Wednesday, November 21, 2012

Posto Posto ~~~

Infinite's Sungkyu '60 Seconds'
Posto posto ! ada surat mari . dan itu dari maktab . maka , tidak lain dan tidak bukan , itu ialah result final semester 2 . argh ! haha . bila dah tengok . nak ketawa pun ada . macam tak percaya saja . aku punya result ke ni ? mesti dorang salah taip ni . haha . tapi itulah kenyataannya . a big applause to FATH ! PNG yang paling tinggi untuk tahun 2012 ! tahinah ! tak pernah dapat lebih daripada 3.70 . first time ! cuma ada masalah sikit . BI boleh pulak dapat B . ni rasa macam nak mengamuk ni . selepas ni , kena approve BI and PHYSIC . biar dapat A . A- pun tak pe . tapi kalau boleh , nak A+ . baru syok tengok result . chaiyok FATH ! SPM lebih kurang dua belas bulan lagi . berbaloilah aku stay petang sampai waktu makan malam lepas tu balik unit , rush mandi and keluar ke maktab balik sebelum pukul lapan malam . orang lain sempat berbaring atas katil . aku , duduk atas katil pun kadang kadang tak sempat walaupun aku tak baca buku time stay petang . haha . tak kisah lah .
Kesimpulannya , tahun ni sangat mencabar . masalah PHYICS tak dapat A , masih belum dapat diselesaikan lagi . aih! Macam manalah nak dapat A+ dalam PHYSIC ? first and last dapat A dalam PHYSIC time selaras satu semester satu . haha . macam mana tak dapat A , kalau soalan dia setakat introduction to physic je . masalah yang seterusnya ialah BI . i need to speak english . tapi , tak menyesal sangat dapat B . ingatkan dapat lagi teruk sebab karangan memang sah sah dah fail sebab no idea ma ! first time buat karangan yang panjang berjela . gila nak mati fikir idea apa . selain itu , penah juga frust sebab selaras png bawah dari 3.50 untuk first time . rasa nak meraung time tu . macam mana tak frust , kita study sampai pukul dua untuk physic , last last langsung tak boleh skor . dapat E lagi adalah . lepas kejadian tu , aku dah tak amalkan stay sampai lewat malam sangat . paling lewat pun pukul 1 pagi . tapi kadang kadang habis prep , balik unit terus tertidur . belum sempat nak bukak loker lagi .
Dan masalah yang paling besar sekarang ni , aku sesat . aku tak tahu nak pilih apa selepas SPM . target aku adalah untuk mendapat SPC ke luar negara . dan masalahnya , aku nak jadi apa ? doktor ? engineer ? or else ? aku buntu . aku masih tak tahu nak jadi apa . sekarang ni , aku amat suka CHEMISTRY . tapi masalahnya , apa peluang yang aku dapat nanti ? adakah betul apa yang bakal aku pilih ni ? dan aku nak ambil SENI untuk SPM sebab nak ganti BIOLOGY yang aku fikir mungkin susah sikit untuk aku skor dengan cemerlang sebab aku tak ada semangat sayangkan BIOLOGY seperti aku sayangkan CHEMISTRY . ada lagi sebulan untuk fikirkannya . harus bersedia untuk MOCK INTERVIEW dan pelbagai lagi . fikirlah betul betul what is the best for you .
Dan masuk ke maktab 1 Januari nanti . wow ! cepatnya ! haha . tak terfikir pun akan balik ke maktab secepat itu . time fly so fast , dear ! homework kena siapkan secepat mungkin . banyak lagi yang belum siap . hohoho ! HWAITING !!!