Tuesday, March 19, 2013

One Week of Happiness ...

SS1---SS5 .. From 13 to 9


Minggu aktiviti sungguh best sekali...!!! masa hari pertama (3 Mac 13), ada hari kerjaya. Banyak universiti yang dibawah MARA yang datang dan uni yang berhampiran Kedah. Maktab ada menjemput budak maktab yang lain untuk datang especially Kepala Batas. But ... L mr Nabil tak datang. Kesian Tasha dok tunggu kekasih gelap dia tu. Gara-gara bangun lambat lepas tu kena tinggal dengan bas. Padan muka! Siapa suruh berjaga malam! 

http://s4.ohbulan.com/wp-content/uploads/2012/11/hafiz.jpeg
Esoknya (4 Mac 13) pula sebelah pagi, ada Amali Haji. Wow! Buat tawaf kat volleyball court. Tengah matahari dok memacak tinggi kat atas kepala pulak tu. Malamnya pulak, HAFIZ HAMIDUN !!!!! huhuhu... kalau tak aku tak nak pergi sebab kena bayar tiga ringgit. Bapak dia ar nak bayar tiga ringgit. Nak pergi koop pun tak mampu, ni nak bayar tiga ringgit. But at the end, tiket freee.... so, bermulalah episode FATH jatuh cinta pada HAFIZ HAMIDUN. Rupa-rupanya dia tu is my senior. Sebaya dengan Ustaz Radzi. Rapat giler dia dengan Cikgu Nafsiah. And yang paling penting, dia ex-KINDI. LOL!!! Yang penting jugak, assistant dia tu pun handsome jugak! Si HAFIZ HAMIDUN ni, dah lah suara dia sedap giler.. lepas tu ada lesung pipit yang sangat comell... ada satu part tu, dia panggil budak perempuan naik ke pentas, dengan segera PIJA naik. Di perkenalkan  diri sebagai HAFIZAH HUSSIN. And you know what HAFIZ HAMIDUN said? “Eh, macam serasi kan? Hafiz Hamidun dan Hafizah Hussin,” semua perempuan aku rasa menjerit bila dia kata macam tu. 2H2 .... sejak dari hari tu, segala zikir dia menjadi kegilaan budak maktab nih.
Th next morning pulak (5 Mac 13) , ada Grammar Made Easy. Bolehlah.. best lah jugak. Tapi yang paling penting pada sebelah petang tu. Ada explorace. Best giler explorace kali ni walaupun berkonsep islamic sikit. Mula-mula kena buat mayat aka pocong guna kertas mahjong. Lulus! Then, kitorang berlari lah ke stage BWP untuk buat solah jenazah. Banyakkan buat solat jenazah kat atas stage tu dengan ramai yang menjadi pemerhati. Nak ketawa je. Lepas tu, ada yang kena jalan atas permukaan yang lincin sambil bawak mayat tu dan letakkan belon ke dalam baldi. Yang jahatnya, Syafiq Dollah tu pergi sembur air. Kurang asam giler! Masa Aizzat nak pergi letak belon ke dalam baldi tu, si Azri Ibrahim pulak pergi alih baldi tu. Jahat!!! Part yang paling best ialah, time checkpoint kat bilik pengawal tu. Kena berlakon. Situasinya, ank yang menderhaka kepada kedua-dua ibu bapanya. Selepas ibu bapanya meninggal, barulah dia menyesal. Kena buat fasi rasa sedih. Tapi lain pulak yang jadi. Syafiq Sharif jadi si anak, Kein jadi si Mak dan Aizzat jadi si bapa. Memang lawak giler. Baru masuk intro je, dah lawak. Memang pecah perut. Sampaikan si Azhim aka fasi tu pun ketawa. Mungkin kelas kami buat drama genre komedi penyesalan. Dan masa nak pergi ke checkpoint yang last sekali kat stage foyer AB, kena lalu tempat SD aka Sarip Dol aka Syafiq Dollah. Dia pergi sembur air guna paip getah. Habis basah aku dengan Farisha. Memang sakit hati giler dengan dia hari tu. Tak pelah, pergi lah habiskan dulu checkpoint baru akan pergi balas dendam kat dia. Masa kat atas stage tu, Jafni pegi baling belon air kena kaki Alya kot. Pembelot kelas! Lepas tu, si Boss pula baling belon air kena kaki Kein. Tu satu lagi manusia yang annyoing pada hari tersebut. Pergi baling tepung, belon air etc kat orang. Kurang ajo! At the end, kelas KINDI dapat nombor lima... dan bila dah habis tu, dorang semuanya berkejar-kejaran sambil membaling apa saja yang ada, I mean belon air and tepung. Mungkin juga sebaldi air. Hoho.. saling balas membalas. Best lah! Release tension... 

http://4.bp.blogspot.com/-owZxSxQ1Pc8/T5lYz6p6iRI/AAAAAAAABw8/jj6Z1x_RPqE/s1600/hana.jpg
 http://2.bp.blogspot.com/-eL0i_Em2LMI/T_Fm0IoGn7I/AAAAAAAAB1U/dJjWPT57td8/s1600/554047_343099272393302_45429417_n.jpg
 http://4.bp.blogspot.com/-lWZvMaz3yYU/T2p_-FDQEgI/AAAAAAAAMGw/SzEDYblwseE/s1600/527333_343099435726619_305696016133628_877594_463742466_n.jpg
6 Mac 13 kind of special date. Because slot Refleksi, bukan sebarang penceramah yang bagi ceramah. Its HILAL AZMI which is our senior (SPM05’), HANA BENANA dan HAFIZUL KAMAL who is winner of ON AIR. Bukan sebarangan orang. Ini orang datang dari Astro Awani yang dibimbing oleh AZNIL HJ NAWAWI, my favourite personality of Malaysia. Hilal yang handsome dan Hafizul yang cute.... banyak yang kitorang belajar. Baguslah jugak. Tembikai susu... karipap sardin... mengajar kami untuk support kawan-kawan, confident dan confident. Macam mimpi pulak dapat jumpa dorang. Tak sangka..
7 Mac 13 pulak, sepatutnya pergi ke Bidung untuk buat Khidmat Masyarakat tapi tak jadi. At the end kami buat KM kat kelas je. Buat apa lagi, relaks.. siapkan homework, buat bising, etc. Yang lawaknya, cikgu PJ suruh isi yang hari tu buat segak sekali dengan BMI. Dorang dok asyik bergaduh pasal berat dan tinggi. Lawak betullah. Kelas kecoh sebab pasal tu je sebenarnya. Tak ada apa-apa pun.  Hari khamis ni memang free.... malam tu ada sedikit ceramah. dan lepas habis ceramah, budak laki ke masjid, tidur kat masjid. 
 http://2.bp.blogspot.com/-rPbyi5adSA0/UPZZh3sRX2I/AAAAAAAAGbM/u9EaUErKZGs/s1600/Tarikh+Karnival+Jom+Masuk+U+2013.png
http://www.klurbanite.com/wp-content/uploads/2013/02/Karnival-Jom-Masuk-U-2013-290x290.jpg
Esok paginya (8 Mac 13) pukul 4 pagi bangun dan bergerak macam mayat hidup ke masjid. Ngantuk giler kot.. dan malam tu tidur nak dekat pukul satu. Buat qiamulail, lepas tu solat subuh dan kuliah subuh. Habis dalam pukul 7.30 lebih. Lepas habis tu, terus pecut balik ke unit tapi singgah kejap beli nasi lemak. Lapar giler. Then, sampai unit terus melahap then tidur... bertambah berat badan.  :’(  lepas tu petangnya, pergi outing.. haha.. beli hadiah untuk Tisya.. sebenarnya dah habis pun minggu aktiviti.. hehe.. best giler...
Sabtu tu pulak, 9 Mac 13 sepatutnya ada sekolah ganti but kami, form 5 pegi ke USM Penang sempena Jom Masuk U carnival. Sesak giler. ramai sangat manusia. Dalam ramai ramai orang tu bolehlah pulak terserempak dengan si Azam ex form 5 tahun lepas dengan kawan dia. Tahun ni asyik jumpa dia je. Pastu time nak balik, jumpa budak Kepala Batas. Guess what, jumpa Nabil!! Okay, dia makin gelap or mungkin effect daripada cuaca mendung(tak masuk akal). Tasha dah berdating dengan kekasih dia tu sampai encik Afiq pun bermasam muka. Haha.. kesian, sabar jelah Teloq.. then, banyaklah juga pamplet yang aku rembat. Segala macam benda aku rembat. Haha...