Friday, July 29, 2011

[TOP 10] Best Actor ~~~

huhuhuhu !!! 

sekarang ni mari kita lihat ... siapakah actor yang kacak lagi handsome yang sangat berbakat dalam bidang lakonan .. sampai nak menangis kalau tengok drama yang mereka bintangi ....

TERUSKAN PEMBACAAN ANDA ...

KLIK KAT  READ MORE >>>>>



TOP 1

tidak lain dan tidak bukan ... pelakon yang sangat terkenal dengan drama yang sangat meletop dan sudah pun meletus sehingga ke seluruh dunia iaitu : :


yah ! itu dia ~~ LEE MIN HO ....

sekarang ini orang ramai sedang sibuk menonton drama terbaru dia iaitu ...
CITY HUNTER .... 
kepada sesiapa yang belum lagi menonton drama CITY HUNTER ...
silalah segera menontonnya .. tidak dinafikan lagi ... lakonannya memang hebat ... dapat rasa feel semasa menonton drama ini ... RUGI KALAU TAK TENGOK LAGI ...

next ..

TOP 2

sebelum debut sebagai pelakon , idol kelahiran SEOUL ini terlebih dahulu debut sebagai vokalis utama untuk group band yang bernama CN BLUE ... 
drama pertama lakonannya ialah YOU'RE BEAUTIFUL yang mendapat sambutan hangat daripada para penonton .... selain itu juga, YONG HWA juga pernah terlibat dalam satu rancangan yang sanagt popular iaitu , WE GOT MARRIED ... yang dipasangkan bersama SEOHYUN ahli SNSD .. hasilnya daripada rancangan tersebut, ramai peminat berpendapat .. Yong Hwa sememangnya amat mencintai Seo Hyun ... 
Drama terbaru daripada Yong Hwa ialah Heartstrings yang bergandingan bersama PARK SHIN HYE ...

seterusnya ..

TOP 3


mengenali beliau ketika membintangi drama THE TIME BETWEEN DONG AND WOLF serta drama SBS,  ILJIMAE , lakonan actor kelahiran Busan ini amat meninggalkan kesan yang mendalam pada para penonton .... 
eh ... namanya LEE JUN KI ... actor yang bermata sepet 

and next !

TOP 4


teman rapat kepada actor LEE MIN HO dan KIM BUM ini pernah membintangi drama THE RETURN OF ILJIMAE serta drama MY FAIR LADY ini , membuat kemunculan kembali setelah hampir hampir dua tahun tidak belakon ...  JUNG IL WOO kembali berlakon untuk drama SBS 49 Days ... lakonannya sungguh baik seperti rakannya juga ...

seterusnya ...

TOP 5


okay ! calon ideal untuk para wanita dijadikan suami ... KIM HYUN JOONG .....
drama pertama dibintangi beliau ialah BOYS OVER FLOWERS dan drama yang paling terbaru daripada beliau pulak ialah PLAYFUL KISS ....
sekarang ni tengah sibuk membuat comeback lagu KISS KISS ..... 


TOP 6


ini dia ... KIM SANG BUM atau lebih dikenali sebagai KIM BUM .... 
juga melonjak naik selepas membintangi drama BOYS OVER FLOWERS ...
selain itu .. filem lakonnanya dalam DEATH BELL amat dahsyat sekali (tapi last last hero ni mati jugak .. ): ) 
tengok lah DEATH BELL .. pasti anda akan tidak puas hati pasal ending nya .....
drama yang paling terbaru daripada beliau ialah ... Haru: An Unforgettable Day in Korea dan The Woman Who Still Wants To Marry ....

TOP 7



JANG KEUN SUK ... nyanyiannya yang merdu dalam YOU'RE BEAUTIFUL dan MARY STAYED OUT ALL NIGHT wanita di luar sana jatuh hati .. (begitu juga dengan aku) ....
<aku sekarang ni tengah busy berdating dengan 8TV untuk menonton drama MAR STAYED OUT ALL NIGHT>
Filem terbaru dari beliau ialah YOU'RE MY PET ....


aishh ... makin lama makin susah pulak nak buat keputusan ...


TOP 8



Actor yang kini berusia 32 tahun popular dengan drama THE 1ST SHOP OF COFFEE PRINCE kembali berlakon setelah lebih setahun menjalan khidmat tentera ....
lakonan dram yang terbaru dari GONG YOO ialah FINDING MR. DESTINY dan pada tahun ini beliau melibatan diri dalam satu filem iaitu .. CRUCIBLE ...

TOP 9



okay ini pulak ... PARK YOO CHUN ...or MICKY ... yang dahulu nya ahli kumpulan TVXQ or DBSK ...
tapi kini debut sebagai ahli JYJ ... kini sedang sibuk mempromosikan drama MBC MISS RIPLEY ....
(sebab kurang minat dengan JYJ .. so kurang tahu sikit pasal Yoo Chun)

and last but not least ...

TOP 10  (finally ten)

nasib baik terjumpa dia ..



LEE SEUNG GI .... drama terbaru beliau ialah dalam THE GREATEST LOVE namun hanya memegang watak cameo saja ... sebelum itu, Seung Gi juga berlakon dalam MY GIRLFRIEND IS A NINE-TAILED FOX serta BRILLIANT LEGACY ... selain itu, Seung Gi juga sibuk mengacara HAPPY SUNDAY - 1 NIGHT  2 DAYS dan STRONG HEART ... Seung Gi juga seorang penyanyi yang telah banyak mengeluarkan album .. (tapi tak ada lah banyak sangat) ..
Seung Gi juga banyak mendapat anugerah sejak tahun 2004 ...




dan akhirnya siap jugak !!!!
bukan senang nak buat pilihan ..
ranking diatas berdasarkan penglibatan semasa pada 2011 .... serta 2010 ..

No comments:

Post a Comment