Wednesday, November 14, 2012

FANFIC : You + Me = Ours

Leeteuk Super Junior

Taeyeon SNSD

Eunjung T-Ara

Hayoung A-Pink

Raina After School

Lee Donghae Super Junior






PART 1
PART 2



Bos ada tak?” tanya Taeyeon kepada Hana. Hana hanya menggeleng sebelum menyambung semula tugasnya. Taeyeon berasa hairan. Tidak pula diberitahu ke mana dia hendak pergi.
Bos, dia keluar dengan Hyorin. Meeting dengan klien luar negara. Klien penting,” kata Hana setelah Taeyeon masih belum beredar dari tempatnya. Taeyeon berkerut dahi.
Dorang yang handle projek penting tu. Bos tak nak terlepas projek berbillion dolar tu. So, puan muda janganlah jealous,” sambung Hana lagi. Taeyeon akhirnya mengalah. Dia balik semula ke tempat duduknya dengan kecewa.
Taeyeon, jom lunch sekali,” ajak Eunjung. Taeyeon hanya menggeleng. Eunjung tidak berpuas hati. Dia menarik sebuah kerusi dan duduk disebelah Taeyeon.
Kenapa tak nak? bos mana?” tanya Eunjung. Taryeon hanya menggeleng. Eunjung mengeluh. Dia bangun dan meletak semula kerusi yang ditariknya tadi ke tempat asal.
Kalau macam tu, nanti aku bungkuskan kau nasi goreng satu. Nanti kalau kau lapar, bolehlah kau makan,” kata Eunjung sebelum turun menuju ke restoran yang berada bertentangan dengan pejabatnya.
~
Sayang dah makan?” sapa Leeteuk setelah melihat isterinya sedang khusyuk menonton televisyen. Taeyeon hanya menggeleng. Leeteuk terus membaringkan kepalanya di atas paha Taeyeon.
Kenapa balik lambat?” tanya Taeyeon. Leeteuk memandang Taeyeon.
Sorry! Susah sikit nak yakinkan pelabur dari US tu,” kata Leeteuk. Taeyeon berpura-pura sudah mengantuk.
Sudahlah. Saya nak tidur. Esok nak bangun awal,” kata Taeyeon sambil mengangkat kepala Leeteuk. Kemudian dia bangun dan terus menuju ke bilik. Tidak lama selepas itu, Leeteuk mengikut Taeyeon naik ke bilik setelah televisyen di tutup.
Semasa Leeteuk masuk ke bilik, Taeyeon sudahpun baring di atas katil. Leeteuk menuju ke bilik air untuk mandi. Badan terasa melekit sekali. Usai mandi, Leeteuk terus mendapatkan Taeyeon di atas katil. Leeteuk cuba untuk memeluk Taeyeon, namun Taeyeon segera menepisnya. Leeteuk terpaksa mengalah. Mungkin isteri kesayangannya itu tengah ‘red light’.
~
Taeyeon sayang, jom makan!” ajak Leeteuk. Taeyeon hanya menggeleng. Taeyeon sibuk menguruskan fail yang perlu disiapkan dengan segera. Tiada pembohongan.
Tak boleh ke tinggalkan kerja tu dulu?” tanya Leeteuk. Sekali lagi Taeyeon menggeleng. Leeteuk mengalah. Dia menarik kerusi dan duduk mengadap Taeyeon. Leeteuk merenung Taeyeon yang sedang sibuk menguruskan fail-fail yang berlambak di atas mejanya. Setelah siap kesemuanya, Taeyeon mengeliat. Penat.
Taeyeon memandang Leeteuk yang dari tadi duduk dihadapannya. Kasihan Leeteuk. Sanggup menemaninya walaupun tidak dipinta. Comel juga wajah Leeteuk yang sedang lena. Waktu rehat telah pun tamat lima minit yang lalu.
Abang, bangun!” ucap Taeyeon dengan perlahan. Leeteuk terjaga dan memandang Taeyeon. Cantik. Menawan. Merdu betul suaranya. Leeteuk mencapai bibir Taeyeon.
Jom makan?” ajak Leeteuk. Perutnya sudah lapar. Tidak dapat ditahan lagi. Taeyeon mengangguk.
Tapi, nak kemas ni dulu,” kata Taeyeon. Tangan Taeyeon sedang sibuk mengemas fail yang banyak itu. Rakan sepejabat Taeyeon pun kebanyakkannya sudah pulang dari makan tengah hari. Setelah selesai mengemas, Taeyeon mendapatkan suaminya yang sedang menunggunya.
~
Sayang, abang kena pergi ke US untuk beberapa hari,” ucap Leeteuk ketika waktu makan malam.
Dengan siapa?” tanya Taeyeon. Kemudian dia menyuap nasi ke dalam mulutnya.
Hyorin dan Siwon,” kata Leeteuk. Taeyeon tidak jadi untuk menyuap nasi ke dalam mulutnya setelah mendengar nama itu.
Lama ke?’ tanya Taeyeon. Dia sudah tiada selera untuk menjamah makanan itu lagi walaupun tidak dinafikan masakannya sungguh enak sekali. Leeteuk hanya mengangkat bahu.
Tak tahulah! Bergantung kepada si pelabur tu la,” kata Leeteuk. Taeyeon mendiamkan diri. Dia bangun dari tempat duduknya dan menuju ke sinki dapur. Pinggan yang digunakannya malas hendak dibasuh. Nanti sajalah.
Jangan risau. Abang akan cuba balik secepat mungkin,” kata Leeteuk menyedapkan hati isteri kesayangannya itu. Taeyeon masih membisu. Leeteuk pantas meraih Taeyeon ke dalam dakapannya.
Yalah! Jangan nakal-nakal sangat!” kata Taeyeon memberi pesanan.
Okay, bos!”
~
Betul ke Taeyeon ada hubungan dengan Pengurus Lee?” tanya Hana. Hayoung hanya mengangguk.
Betul! Hari tu aku nampak, Pengurus Lee dengan Taeyeon dekat hospital. Mesti ada apa-apa tu!” kata Hayoung, mengukuhkan hujahnya.
Baguslah tu! Si laki buat hal di US dengan si Hyorin. Bini dia pula dengan Pengurus Lee semasa suami tak ada kat rumah,” kata Raina pula. Taeyeon berada disebalik pintu, terkedu mendengarnya. Bagaimana kalau Leeteuk mendengarnya?
Tak ada kerja lain kah? Asyik nak bergosip saja! Panggil Taeyeon masuk!” kata Leeteuk dengan lantangnya mengejutkan Hana, Hayoung dan Raina. Mereka terkedek-kedek balik ke tempat asal mereka. Begitu juga dengan Taeyeon. Mesti Leeteuk mendengar perbualan mereka. Taeyeon tanpa membuang masa kembali ke tempatnya.
Setelah dia duduk, satu panggilan telefon dia terima. Lantas di angkatnya. Setelah itu dia bangun semula dan menuju ke bilik Leeteuk. Diketuk pintu bilik sebelum masuk. Muka Leeteuk sangat garang. Tidak sanggup Taeyeon memandang wajah itu. Leeteuk merenung Taeyeon seperti dia merenung seorang penjenayah. Kata-kata yang baru didengarinya cukup pedas. Sakit hati mendengarnya. Pagi-pagi lagi sudah menerima malang.
Bila abang sampai?” tanya Taeyeon. Dia masih tidak berani memandang Leeteuk.
Pagi tadi. Abang terus ke pejabat,” kata Leeteuk. Lama mereka mendiamkan diri. Leeteuk mahu Taeyeon bersuara dahulu. Taeyeon pula berbelah bahagi untuk memberitahu berita gembira itu. Akhirnya, Taeyeon memberanikan dirinya memberitahu hal itu. Taeyeon menghulurkan sesuatu kepada Leeteuk.
Apa ni?” tanya Leeteuk. Dia mengambilnya. Bertambah sakit hati Leeteuk. Jadi memang benarlah apa yang dikatakan mereka tadi.
Anak siapa ni?” tanya Leeteuk. Taeyeon berkerut dahi. Bodoh sangatkan Leeteuk? Sudah tentulah anaknya. Takkanlah anak kucing pula.
Anak kita lah!” jawab Taeyeon.
Pastikah?” Leeteuk meraguinya. Taeyeon berkerut dahi. Apa yang tak kena dengan Leeteuk ni? Soalan bodoh dia boleh tanya. Nak minta kepastian lagi.
What are you talking about? Abang tak percaya tu anak abang ke?” tanya taeyeon. Dia mula naik angin. Leeteuk mengangkat bahu.
Laki tak guna!” kata Taeyeon dengan geram. Dia bangun dan keluar dari bilik itu. Pintu bilik itu dihempas dnegan kuat sekali sampai seluruh pejabat itu terkejut. Taeyeon pergi ke tempat duduknya dan mengambill handbagnya. Dia keluar dari pejabat itu dengan segara.
~
Mana Taeyeon? Laporan untuk semalam dia belum hantar lagi!” Pengurus Lee naik angin. Eunjung memberanikan diri untuk bersuara.
Selepas keluar dari bilik bos, terus dia keluar,” kata Eunjung. Pengurus Lee mengerut dahi.
Eunjung masuk sekejap,” arah Pengurus Lee. Eunjung segera mematuhi arahan itu. Dia kini berdiri di hadapan Pengurus Lee.
Apa yang berlaku?” tanya Pengurus Lee. Eunjung tidak mengerti maksud Pengurus Lee itu.
Antara Taeyeon dengan Presiden Park?” Pengurus Lee menjelaskan maksudnya.
Menurut Hana, Presiden Park bergaduh dengan Taeyeon. Mungkin, presiden Park percaya yang Pengurus ada hubungan dengan Taeyeon semasa Presiden ke US,” Eunjung bercerita. Pengurus Lee terkejut beruk apabila mendengarnya.
Siapa pula yang sebarkan fitnah tu?” tanya Pengurus Lee dengan marah. Urat-urat hijau di kepalanya mula timbul. Mukanya mula kemerahan. Begitu juga dengan matanya.
Err... kalau yang tu, saya tak tahu,” kata Eunjung dengan tergagap-gagap. Takut dia melihat perubahan mendadak Pengurus Lee itu. Moodnya tengah tak baik, so tak boleh nak keruhkan keadaan. Pengurus Lee segera keluar dari biliknya meninggalkan Eunjung keseorangan. Segera dia menuju ke bilik Presiden Park. Salah faham ini harus diselesaikan dengan segera.
Ada apa awak nak jumpa saya? Ada masalah dengan projek ke?” tanya Leeteuk setelah Pengurus Lee berdiri dihadapannya. Pengurus Lee menggeleng.
Sebenarnya saya nak beritahu tuan yang saya dengan Taeyeon tiada apa-apa hubungan. Tuan jangan nak dengar fitnah yang budak-budak office tu. Mereka semua tu suka tabur fitnah. Lain yang mereka lihat, lain yang mereka cerita,” kata Pengurus Lee. Dia ingin membela diri.
Fitnah apa yang mereka taburkan?” tanya Leeteuk. Pengurus Lee tidak tahu ingin menjawab apa.
Er....  saya tak tahu. Tapi, ada sesuatu yang saya lupa nak roger dekat tuan. Itupun atas permintaan Taeyeon sendiri,” kata Pengurus Lee.
Beberapa hari yang lepas, Taeyeon pengsan setelah kami habis berjumpa dengan klien di Inchieon. Jadi saya bawanya ke hospital. Saya tak tahu apa penyakitnya dan apa doktor kata. Taeyeon minta saya rahsiakannya daripada tuan. Dia nak beritahu tuan sendiri, kata Pengurus Lee, menceritakan apa yang berlaku.
Leeteuk terbeliak biji matanya. Gambar bayi yang berada dalam kandungan Taeyeon diperhatinya. Leeteuk mengeluh berat. Apa yang sudah dilakukan?
Awak boleh keluar,” kata Leeteuk kepada Pengurus Lee. Pengurus Lee mematuhi arahan tersebut. Leeteuk masih memikirkan tindakan yang tidak wajar dia lakukan kepada Taeyeon. Sungguh bodoh dia mempercayai kata-kata orang lain berbanding isterinya sendiri.
Leeteuk mencapai handphonenya dan mendail nombor Taeyeon. Namun, usahanya sia-sia. Taeyeon mematikan handphonenya. Leeteuk segera mencapai kunci keretanya dan keluar dari pejabat. Leeteuk terus menuju ke rumah.
Taeyeon! Taeyeon!” Leeteuk memanggil-manggil. Tiada yang menjawab. Leeteuk memeriksa di dapur dan di dalam bilik. Namun tiada kelibat manusia. Kemudian dia menuju ke dalam bilik air. Tiada juga kelibat Taeyeon juga. Leeteuk kecewa.
~
Taeyeon masuk ke dalam rumah. Kereta Leeteuk sudah siap dipakir di garaj. Masih marahkah dia? Ketika Taeyeon masuk ke dalam rumah, televisyen di ruang tamu sedang menayangkan siaran tertunda antara Manchester United dan Arsenal.
Taeyeon berjalan perlahan menuju ke bilik tidur. Di sofa, Leeteuk sedang lena dibuai mimpi. Sampai tertidur dia menonton bola. Taeyeon segera naik ke bilik. Namun perjalanannya menuju ke bilik tidak berjalan lancar.
Leeteuk memeluk Taeyeon dari belakang menyebabkan Taeyeon terpaksa menghentikan perjalanannya. Leeteuk memeluk Taeyeon dengan erat sekali. Terasa hangat sekali.
Sorry!” sepatah saja diucap Leeteuk. Dia masih lagi memeluk Taeyeon. Taeyeon melepaskan pelukan Leeteuk.
Kenapa abang senang sangat dengar cakap orang? Orang lain boleh saja kata yang abang pergi US sebab nak berdating dengan Hyorin, Taeyeon pekakkan telinga saja. Abang? Abang memang tak percaya kat Taeyeon ke?” Taeyeon melampiaskanke marahannya kepada Leeteuk. Leeteuk mendengarnya dnegan khusyuk sekali.
Abang jadi macam tu sebab abang terlalu sayangkan sayang! Abang jealous,” kata Leeteuk.
Abang fikir abang punya jealous saja. Sayang punya jealous, abang ada fikir tak?” Taeyeon masih marah.
Ada! Sebab tu abang dah jumpa calon yang sesuai untuk Hyorin. Lagi tiga bulan dorang akan kahwin,” kata Leeteuk. Kemudian Leeteuk mengangkat Taeyeon masuk ke bilik.
Suka kantoilah tu!” Taeyeon tidak percaya.
Kalau tak percaya, tunggu lagi sebulan. Nanti kita dapat kad jemoutan VVIP dari mereka,” kata Leeteuk.
Okay! Kita tengok!” Leeteuk tersenyum. Marah Taeyeon masih belum reda.
Anak abang apa khabar?” tanya Leeteuk.
Oh! Baru sekarang nak mengaku dia tu anak. Sebelum ni bukan main tanya lagi anak sapa!” kata Taeyeon dengan geram.
Acah saja masa tu! Janganlah ambil serius sangat!” kata Leeteuk dengan manja. Taeyeon tidak melayan kata-kata Leeteuk.
Anyway, masa abang tengok bola tadi. Abang dah fikir nama anak kita. Kalau lelaki, abang nak namakannya Tae Jung. Kalau perempuan pula, Soo Yeon. Macam mana?” tanya Leeteuk setelah cadangannya diutarakan.
Suka hati abanglah!” kata Taeyeon malas. Leeteuk tidak berpuas hati.
Sayang! I love you!” kata Leeteuk. Bibir Taeyeon dikucupnya. Itulah satu-satunya cara agar marah Taeyeon reda. Kalau tak reda juga, maknanya Taeyeon memang marah betul.
I love you, too!” kata Taeyeon sambil tersenyum. Senyuman yang manis.
My beautiful lady!”