Infinite's Sungkyu '60 Seconds' |
Posto posto ! ada
surat mari . dan itu dari maktab . maka , tidak lain dan tidak bukan , itu
ialah result final semester 2 . argh ! haha . bila dah tengok . nak ketawa pun
ada . macam tak percaya saja . aku punya result ke ni ? mesti dorang salah taip
ni . haha . tapi itulah kenyataannya . a big applause to FATH ! PNG yang paling
tinggi untuk tahun 2012 ! tahinah ! tak pernah dapat lebih daripada 3.70 .
first time ! cuma ada masalah sikit . BI boleh pulak dapat B . ni rasa macam
nak mengamuk ni . selepas ni , kena approve BI and PHYSIC . biar dapat A . A-
pun tak pe . tapi kalau boleh , nak A+ . baru syok tengok result . chaiyok FATH
! SPM lebih kurang dua belas bulan lagi . berbaloilah aku stay petang sampai
waktu makan malam lepas tu balik unit , rush mandi and keluar ke maktab balik
sebelum pukul lapan malam . orang lain sempat berbaring atas katil . aku ,
duduk atas katil pun kadang kadang tak sempat walaupun aku tak baca buku time
stay petang . haha . tak kisah lah .
Kesimpulannya ,
tahun ni sangat mencabar . masalah PHYICS tak dapat A , masih belum dapat
diselesaikan lagi . aih! Macam manalah nak dapat A+ dalam PHYSIC ? first and
last dapat A dalam PHYSIC time selaras satu semester satu . haha . macam mana
tak dapat A , kalau soalan dia setakat introduction to physic je . masalah yang
seterusnya ialah BI . i need to speak english . tapi , tak menyesal sangat
dapat B . ingatkan dapat lagi teruk sebab karangan memang sah sah dah fail
sebab no idea ma ! first time buat karangan yang panjang berjela . gila nak
mati fikir idea apa . selain itu , penah juga frust sebab selaras png bawah
dari 3.50 untuk first time . rasa nak meraung time tu . macam mana tak frust ,
kita study sampai pukul dua untuk physic , last last langsung tak boleh skor .
dapat E lagi adalah . lepas kejadian tu , aku dah tak amalkan stay sampai lewat
malam sangat . paling lewat pun pukul 1 pagi . tapi kadang kadang habis prep ,
balik unit terus tertidur . belum sempat nak bukak loker lagi .
Dan masalah yang
paling besar sekarang ni , aku sesat . aku tak tahu nak pilih apa selepas SPM .
target aku adalah untuk mendapat SPC ke luar negara . dan masalahnya , aku nak
jadi apa ? doktor ? engineer ? or else ? aku buntu . aku masih tak tahu nak
jadi apa . sekarang ni , aku amat suka CHEMISTRY . tapi masalahnya , apa
peluang yang aku dapat nanti ? adakah betul apa yang bakal aku pilih ni ? dan
aku nak ambil SENI untuk SPM sebab nak ganti BIOLOGY yang aku fikir mungkin
susah sikit untuk aku skor dengan cemerlang sebab aku tak ada semangat
sayangkan BIOLOGY seperti aku sayangkan CHEMISTRY . ada lagi sebulan untuk
fikirkannya . harus bersedia untuk MOCK INTERVIEW dan pelbagai lagi . fikirlah
betul betul what is the best for you .
Dan masuk ke
maktab 1 Januari nanti . wow ! cepatnya ! haha . tak terfikir pun akan balik ke
maktab secepat itu . time fly so fast , dear ! homework kena siapkan secepat
mungkin . banyak lagi yang belum siap . hohoho ! HWAITING !!!