Friday, November 16, 2012

FANFIC : Hyung, Maafkan Saya!

Baekho NU'EST

Aron NU'EST

Hayoung A-Pink

C.A.P Teen Top

JR NU'EST

Ren NU'EST

Minhyun NU'EST








“Baekho cuba kau serius sikit!” jangan main-main boleh tak!” marah JR. si Baekho ni bukannya boleh harap sangat! Main tibai je apa yang dia nak kata. Kena sampuk agaknya dia hari ni. JR tak habis-habis mengutuk Baekho di dalam hatinya. Tergeleng-geleng kepala Baekho mengenangkannya. Nanti-nanti jelah aku minta maaf kat dia. Tokok JR lagi.
“Yang kau ni kenapa? Mengutuk aku lah tu! Dasar kawan tak berguna!” marah Baekho kerana dia menyangka JR akan mengkhianatinya. Apa pasallah aku pergi bukak cerita ni kat depan jR? dah lah mulut becok ni tak boleh dipercayai sangat. Karang, si bidadari tak dapat, penumbuk pulak yang singgah kat muka aku yang cute ni. Tersengih Baekho mengutuk dirinya dan pada masa yang sama sempat lagi dia membangga diri.
“Mana ada! Cuma aku tak percaya je. Kau betul-betul yakin ke?” JR meminta kepastian. Baekho mengangguk dengan yakinnya.  Tak pernah dia seyakin ni. Mana tak yakin. Tiap saat asyik gila baying saja.
“Kau dah tanya hyung, Minhyun dan Ren?” JR bertanya lagi. Baekho tidak tahu hendak menjawab bagaimana.
“Errr.. Ren dengan Minhyun dah tahu, tapi .. tak tahulah Kalau Aron hyung dah dapat tahu ke belum,” jawab Baekho dengan takut-takut. JR menepuk dahinya. Nak kena matilah budak ni sekor!
“Apa pasal kau tak bagi tahu hyung dulu? Mengamuk dia karang Kalau dia tahu yang dia jadi orang yang last tahu pasal benda yang penting ni!” kata JR. Baekho ber tambah takut hendak bertemu dengan Aron. Kalau dibelasahnya aku nanti, habislah muka macho aku! Sempat lagi Baekho memuji dirinya yang tak seberapa tu.
“Macam mana ni, JR? aku takutlah!” Baekho meluahkan kerunsingannya. JR menarik nafas dalam. Dia nih! Suka sangat menyusahkan orang Kalau sehari tak menyusahkan orang memang tak sah lah! Bukan namanya Baekho Kalau tak mengganggu keharmonian hidup orang!
“Jom, kita jumpa dia!” ajak JR memberi kata putus.
“Hah?!” Baekho terkejut beruk.


“Kau nak mati ke, Baekho?” Aron cuba untuk mencekik leher Baekho. Namun sempat juga Minhyun, JR dan Ren menahannya. Kalau tak, memang kena gali kubur lepas ni. Baekho melarikan diri bersembunyi disebalik tiang. Takut!
“Kalau dengan aku pun kau tak berani nak tentang, inikan pula si CAP tu!” jerkah Aron. Dengan gigil, Baekho berjalan menghampiri Aron. Mata Aron ditenung dalam. Dalam hati Baekho, tak putus-putus berdoa agar Aron cepat sejuk.
“Lepaskan aku!” Aron memberi arahan kepada Minhyun, JR dan Ren. Mereka bertiga hanya menurut. Kalau tak ikut nanti, tak pasal-pasal mereka bertiga sekali kena hentam dengan hyung dorang ni.
“Kau ni, kalau sehari cuti daripada buat masalah boleh tak?” tanya Aron. JR hanya tersengih mendengarnya. Itulah ungkapan rasmi buat Baekho.
Macam-macam masalah dah Baekho timbulkan. Minggu lepas, dia pergi belasah anak bauh kesayangan Yongguk, si Zelo tu sampai koma seminggu. Apa lagi, Yongguk pun naik beranglah! Siap bawak angkatan bersentaja jumpa kita orang lagi. Nasib baik, Aron yang selamatkan keadaan dengan cara diplomasi. Kalau tak, dah tak jumpa Baekho dalam Dunia ni lagi. Tapi lepas tu, Aron belasah dia sampai lunyai. Tu pun belum sedar diri lagi. Masih bikin masalah lagi.
“Saya bukannya buat masalah pun. Saya Cuma terjatuh cinta saja,” Baekho mepertahankan dirinya. Aron tergelak mendengarnya. Jatuh cinta?
“Memanglah kau jatuh cinta saja. Tapi, kau jatuh cinta dengan bunga CAP! Tu yang kau dah menempah maut tu!”
“Hayoung pun cintakan saya jugak!” Baekho masih belum mengalah.
“Habis tu, si CAP tu dah tak cintakan Hayoung ke?” Baekho diam seribu bahasa. Tak tahulah pulak nak jawab apa.
“Kenapa diam? Kalau si CAP tu dengan rela hati melepaskan Hayoung kepada kau, aku pun tak kisah. Baik aku buat mimpi daripada melayan kau ni! Tak habis-habis bikin masalah. Nasib baiklah kau sorang je yang tak faham bahasa. Gamaknya Kalau dorang bertiga juga macam kau, boleh mati aku dibuatnya,” Aron merungut.
“Alah, hyung memang tak saying saya pun kan sejak dulu lagi. Hyung ambil saya pun sebab hyung kesiankan saya saja. Saya sedarlah siapa saya,” kata Baekho dengan sedih. Eh, dia ni! Bikin ayat jiwang pulak! Minta simpatilah tu! Getus Aron di dalam hati.
“Kalau kau betul-betul cinta mati kat si Hayoung tu, kau selesaikanlah sendiri. Aku malas nak masuk campur. Tapi, Kalau kau sayangkan kami dan nyawa kau, lebih baik kau lupakan si Hayoung tu. Sebab aku tak berani nak kacau si CAP tu. Kalau dengan yang lain, aku boleh tahan lagi. Tapi, Kalau dengan CAP, sorry! Aku tak boleh tolong!” Akhirnya Aron memberi kata putus yang mengecewakan Baekho.


“Aku bukannya tak sayang kau, Hayoung. Aku cuma tak mampu membalasnya. Ramai yang akan menentang nanti. Aku takut, ada yang akan hilang nyawa nanti gara-gara kita berdua,” kata Baekho dengan pasrah.
“Apa yang kau cakap ni? Aku tak percaya! Kalau kau takut dengan CAP, nanti aku akan cuba cakap dengan dia. Kau janganlah risau!” Hayoung cuba untuk memujuk. Barang kali Baekho akan berubah fikiran.
“Aku tak rasa dia akan dengar cakap kau. Dia tu spesies yang tersesat. Tak mungkin sama dengan yang lain. Spesies yang unik. Dia tak akan lepaskan kau. Tu aku pasti sangat!” kata Baekho menolak cadangan Hayoung.
“Alah, kita cuba dulu! Belum cuba, belum tahu, kan?” Hayoung tetap dengan pendirianna. Degil gila perempuan ni. Kepalanya keras mengalahkan batu. Batu pun boleh pecah Kalau diketuk dengan benda yang berat. Dia ni, nak ketuk guna apa pun tak tahu lah!
“Jangan! Nanti tak pasal-pasal, kau kena belasah dengan dia pulak. Aku tak nak kau cedera,” Baekho berkeras melarangnya. Hayoung menggeleng kepala.
“Tak mungkin dia sanggup belasah aku. Dia kan sayang kat aku,” kata Hayoung dengan yakin.


“Apa hal hau nak jumpa aku?” soal Aron walaupun dia sudah dapat menduganya.
“Baik kau suruh budak kau tu jauhkan diri daripada Hayoung. Aku tak nak dia hilang nyawa nanti,” ujar CAP. Bengangnya terhadap Hayoung belum hilang lagi.
“Okey nanti aku ajar dia. Kau jangan risau lah,” ujar Aron. CAP tersenyum sinis.
“Mana mungkin aku tak risau. Aku risau Kalau dia betul-betul ikut perangai abang kau tu. Aku masih belum hilang dendam lagi terhadap abang kau,” ujar CAP sambil tersenyum. Secara serta merta Aron teringatkan abangnya yang menjadi mangsa CAP. Dia tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama.
“Perkara yang dah lepas jangan lah nak diungkit lagi. Aku akan pastikan Baekho akan duduk diam-diam,” Aron memberi jaminan.
“Aku nak tengok sejauh mana Baekho akan duduk diam-diam,” ujar CAP sebelum beredar. Tin kosong berhampiran dengan Aron disepaknya sekuat hati setelah CAP menghilang dari pandangannya.


“Mana Baekho? Panggil dia datang sini dengan segera!” arah Aron kepada Ren. Ren segera berlari mencari Baekho. Muka kelat Aron sudah menunjukkan yang Baekho ada membuat masalah lagi.
“Hyung nak jumpa kau!” kata Ren dengan tercungap-cungap. Penat berlari mencari budak sekor ni. Baekho berkerut dahi. Apa masalah yang timbul pulak kali ni? Tanya Baekho kepada dirinya.
“Yang kau duduk lagi ni kenapa? Muka hyung tu dah cukup masam daripada cuka tunggu kau. Lagi kau lambat, lagi dia mengamuk karang,” ujar Ren setelah Baekho masih belum ada tanda-tanda mahu berjumpa dengan Aron. Baekho segera berlari apabila ditegur oleh Ren.
“Apa pasal lambat sangat? Main cinta dengan perempuan tu lagi?!” suara tegas Aron menyebabkan mulut Baekho terkunci. Ni mesti sebab Hayoung. Tapi, apa masalahnya? Baekho tertanya-tanya di dalam hatinya.
“Mana ada hyung? Hyung ni suka je main tuduh!” balas Baekhi setelah lama dia mendiamkan diri.
“Lepas ni, kau jangan berani pergi jumpa Hayoung lagi. Kalau dia ajak, kau jangan nak layan! Kalau kau sayangkan nyawa kau, kau dengar apa yang aku cakap. Jangan sampai aku bertindak, baru kau menyesal nanti,” kata Aron memberi arahan. Mukannya yang serius bersama suara yang tegas menunjukkan yang dia tidak bermain-main.
“Tapi hyung, kami saling mencintai,” Baekho masih belum mahu mengalah.
“Baik kau dengar cakap aku! Aku tak nak sejarah berulang kembali. Cukup-cukuplah dendam CAP terhadap kita dulu. Dan sekarang kau nak tambah lagi dendam dia terhadap kita?” ujar Aron. Baekho hanya diam. Dia tahu masalah yang berlaku Antara Aron dengan CAP dulu.
“Sebab aku sayangkan kaulah, aku cakap macam ni. Kalau aku tak sayang kau, dah lama aku biarkan si CAP tu belasah kau sampai hancur,” ujar Aron dengan suara yang lembut bagi memujuk Baekho.
“Cukuplah aku kehilangan abang aku. Aku tak nak kehilangan kau disebabkan Perkara yang sama terjadi pada abang aku. Kau, JR, Minhyun dan Ren. Semuanya aku sayang,” tambah Aron lagi. Baekho masih begitu. Diamkan diri mendengar kata-kata Aron.
“Baekho, aku tak kisah berapa banyak masalah kau nak buat dengan siapa pun kecuali CAP. Kalau dengan CAP, bila dia dah masuk campur aku dah tak boleh nak buat apa-apa lagi. Sebab dia terlalu berkuasa,” ujar Aron.


“Baekho, jom kita jumpa! Aku rindulah kat kau,” Hayoung merenget manja dengan harapan Baekho akan menurutnya.
“Sorrylah. Aku busy sikit,” ujar Baekho dengan nada mendatar.
“Lain kali?” Hayoung tidak mahu mengalah.
“Aku rasa lain kali pun tak boleh jugaklah. Aku dah janji dengan hyung, dengan diri aku sendiri yang aku akan jauhi kau,” ujar Baekho menyebabkan senyuman di bibir Hayoung hilang serta merta.
“Dorang semua tu dengki dengan kita saja. Dorang tak boleh nak tengok kita bahagia. Takkan kau nak dengar cakap dorang semua tu?” nada suara Hayoung juga berubah.
“Tak! Aku tak kisah kehilangan kau. Tapi aku tak sanggup kehilangan kawan-kawan aku yang jaga aku sejak dulu lagi,” ujar Baekho. Dia tetap dengan keputusannya. Dia sudah berjanji. Baekho segera mematikan talian.


“Kau buat apa kat sini?” suara Baekho sedikit meninggi. Dasar perempuan tak faham bahasa.
“Aku rindukan kau. Kau tak rindu kat aku ke?” kata Hayoung dengan manja.
“Baik kau balik ke tempat asal kau! Kau jangan nak bikin hal kat sini!” meninggi suara Baekho mengenangkan sikap Hayoung yang keras kepala ni. Habislah dia Kalau Aron tahu. Baekho menarik Hayoung supaya keluar daripada tempat itu. Namun Hayoung tetap keras tidak mahu bergerak.
“Please! Kejap je! Aku rindu nak tengok muka kau yang comel tu,” Hayoung merengek manja. Baekho menarik nafas panjang.
“Satu minit!” Baekho memberi tempoh masa. Hayoung tersenyum puas.


“Mana Hayoung?!” suara CAP bergema. Aron dan JR menjadi pelik. Apa kes mamat ni datang dengan tiba-tiba ni?
“Mana Hayoung?” tanya CAP setelah dia berdiri betul-betul dihadapan Aron.
“Tak ada,” ringkas Aron memberi jawapan. CAP memandang ke arah JR. JR juga menggeleng.
“Mustahil! Dia mesti dengan jantan tu. Mana Baekho? Pergi cari dia! Belasah dia cukup-cukup!” CAP memberi arahan kepada anak-anak buahnya. Anak buah CAP mengikuti arahan yang diberikan. Seluruh tempat itu digeledahnya.


“Dah! Keluar sekarang! Nanti Kalau CAP tahu kau kat sini, kita berdua yang susah nanti,” ujar Baekho.
“Alah! Dia tak akan tahu,” Hayoung masih lagi merenget. Tangan Baekho dipautnya dengan erat. Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak dengan kasar. CAP muncul bersama-sama dengan anak-anak buahnya.
“Korang berdua memang nak mati kan?” soal CAP. Parang di tangannya diangkat tinggi. Aron muncul dengan memukul belakang CAP dengan sebatang kayu keras. CAP jatuh tersungkur. Anak-anak buah CAP membelasah Aron. Minhyun, JR dan Ren yang muncul kemudiannya membantu Aron berlawan dengan mereka yang ramai.
“Baik kau pergi dari sini segera,” ujar Baekho kepada Hayoung setelah berlaku kekecohan. Hayoung segera berlari untuk keluar dari bilik itu. Namun, entah macam mana CAP sudahpun berdiri di hadapan Hayoung dengan parang di tangan. Hayoung menjerit dengan kuat sekali.
Belum sempat parang itu mengenai Hayoung, Aron bertindak menyelamatkan Hayoung dengan menarik Hayoung ke dalam dakapannya. Natijahnya, Aron yang terkena libasan parang CAP. Berkaca mata Baekho menyaksikannya. Segera dia mendapatkan Aron.
“Hyung!” Baekho memanggil. Minhyun, JR dan Ren masih sibuk menguruskan anak-anak buah CAP yang ramai itu. Hayoung di hadapan Baekho hanya mampu menangis. Pada kesempatan itu, CAP cuba untuk membunuh Baekho. Namun kali ini, Hayoung menolak Baekho ke tepi dan dia yang terkena tikaman itu.
“Kurang ajar!” Baekho naik marah. Sudah dua orang yang dia sayang ditikam oleh CAP menyebabkan dia menjadi tidak keruan. Baekho mengambil besi yang terdapat di situ lalu menyerang CAP. CAP mempertahankan dirinya dengan parang di tangan.
Apabila parang ditangannya sudah jatuh, dia memanggil anak-anak buahnya untuk beredar dari tempat itu. Baekho dan yang lain-lain tidak sempat hendak mengejar mereka.


Gambar Aron dan Hayoung ditatapnya. Air mata tumpah lagi untuk entah yang ke berapa kali. JR mengusap lembut bahu Baekho bagi menenangkannya. Kehilangan Aron amatlah memberi kesan kepda mereka berempat terutamanya Baekho.
“Hyung, maafkan saya!” ujar Baekho. Gambar Aron kini berada di dalam pelukannya.