Chunji Teen Top |
Fei Miss A |
“Aku tahu lah yang aku ini bukannya cantik sangat macam girlfriend kau! Tapi
janganlah hina macam aku ni buat benda yang terkutuk, boleh tak?” Fei berasa
amat marah. “Perasan pun yang kau tu hodoh! Ingatkan tak tahu~” kata Chun Ji.
“Sudah lah Fei~ Jangan cari pasal dengan si Chun Ji yang gila ini. Nanti kau
pun akan jadi gila juga kalau kau layan budah setan ni,” kata Min menenangkan
hati Fei. Ricky dan L.Joe yang berada disebelah Chun Ji ketawa mendengar
kata-kata Min.
“Apa pasal korang ketawa? Suka dengar aku macam tu? Kau memang kurang ajar
ya perempuan! Berani kau kata aku gila? Kau tak pernah rasa penangan penampar
kah?” Chun Ji berasa amat marah dipermalukan sedemikian. “Aku cakap betul apa!?
Yang kau nak marah buat apa. Memang pada zahirnya kau gila! Mana boleh tukar
hakikat ini lagi!?” Min menaikkan lagi api kemarahan Chun Ji. “Kau!” Chun Ji
sudah tidak tahan lagi mendengar kata-kata Min. Tangannya pantas menghadiahkan
lempang kepada Min namun ditahan oleh Fei.
“Jantan keparat! Pengecut! Berani kau naikkan tangan kau pada perempuan?!”
Fei amat marah bila ada orang yang ingin menyakiti Min, sahabat baiknya.
Kemudian Fei menampar Chun Ji. “Aoch~” kata L.Joe sambil membuat gaya. “Diamlah
kau L.Joe! bising saja!” Ricky marah. “Best gila tengok drama ni. Dapat feel
daripada pelakonnya,” kata L.Joe. “Hahaha~ Betul tu! Aku sokong!” kata Ricky
menyokong apa yang L.Joe kata.
“Puas hati kau lempang aku? Sekarang apa lagi? Kau blah lah dari sini! Aku
nak muntah tengok muka kau lah hodoh!” Chun Ji berasa teramatlah marah. Fei
menarik tangan Min dan keluar dari kelas itu.
~~
~Lima tahun selepas kejadian itu~
“Ini pengurus kamu yang baru. kali ini yang last kamu tukar pengurus. Kalau
tak kamu urus sendiri hal kamu, faham?” kata bos besar syarikatnya. “Okay~”
Chun Ji hanya menjawab acuh tak acuh saja. Alah! Sebelum ni, cakap jugak kalau
pecat pengurus suruh aku urus sendiri. Last-last carikan juga, bebel Chun Ji di
dalam hati.
Pengurus kali ini
merupakan pengurus yang kesepuluh dalam tempoh dua bulan. Alasan kenapa Chun Ji
memberhentikan sembilan orang pengurus yang sebelum ini ialah tidak efisyen
dalam menjalankan tugas.
“Namanya, Park Irin. Pernah menjadi pengurus kepada kumpulan SS501 selama
tiga tahun.” Kata bos. “Alasan dia berhenti?” tanya Chun Ji. “Tamat kontrak,”
kata bos. Tok tok tok. Pintu bilik bos diketuk. “Masuk!” kemudian pintu dibuka
dan orang itu masuk. Chun Ji tidak terus melihat wajahnya. Dia menunggu
perempuan itu memulakan bicara. “Annyeonghasaeyo, saya Park Irin.” Kata Fei.
“Ini dia, Park Irin.” Kemudian, Chun Ji melihat si gadis yang menjadi
pengurusnya dari atas sampai bawah. “Macam pernah jumpa?” kata Chun Ji. “Kalau
tidak ada apa-apa lagi, bolehlah Chun Ji beritahu apa yang dia perlu lakukan
bagi memuaskan hati awak,” kata bos. “Okay~”
~
“Kita pernah jumpa dimana-mana kah?” tanya Chun Ji. Fei hanya tersenyum.
“Okay~ What ever~ Jadi, saya kena panggil awak Irin kan? Awak lebih muda dari
saya kan?” kata Chun Ji. “Err.. panggil Fei boleh? Sebab saya dari kecil orang
panggil saya Fei. “ Kata Fei. “Fei?” Chun Ji cuba mengingati dimanakah dia
pernah mendengar nama Fei. “Fei si hodoh dari kelas 3-B?” kata Chun Ji. “Nak
aku cekik kau?” kata Fei. Chun Ji tersenyum apabila tekaannya tepat.
“Dah agak dah~ Tak sangka kau jadi pengurus artis. Dan kau tetap tak
berubah. Tetap hodoh!” kata Chun Ji menyakitkan hati Fei. “Aku nak cari artis
lain lah!” kata Fei merajuk. “Ehh~~~” Chun Ji menahan Fei. “Kau tak boleh
pergi~ kau kan dah sain kontrak. Nanti kesian kat kau kena bayar pampasan yang
banyak.” Kata Chun Ji. “Kesian kat aku atau kau nak aku kesian kat kau?” Fei
menyindir.
“Apa pasal kau
cakap macam tu?” tanya Chun Ji membulatkan matanya. “Kau fikir aku tak tahu?
Dalam tempoh dua bulan, kau dah pecat sembilan orang pengurus artis sebab kau
tak puas hati dengan mereka. Kalau kau pecat aku or aku letak jawatan pada
tarikh yang tidak sepatutnya, kau akan urus diri kau sendiri. Tentu kau jugak
yang susah nanti, kan?” kata Fei.
Chun Ji
tersenyum. “Bijak juga kau ni kan? Aku fikir bila muka dah hodoh, otak pun tak boleh
pakai. Rupa-rupanya boleh pakai jugak! Jadi, kau dan aku terpaksalah bersama-sama
untuk tempoh dua tahun yang penuh dengan dugaan ni ya?” Kata Chun Ji. “Okay~
aku tidak ada masalah. Tapi dengan syarat kau tak akan panggil aku hodoh dalam
tempoh dua tahun ini. Kalau tak, aku sendiri akan letak jawatan walaupun tanpa
pengetahuan kau. Aku tak kisah kena bayar berapa banyak pampasan sekali pun.
Boleh?” tanya Fei. “Deal~” Chun Ji bersetuju tanpa berfikir panjang.
~~
“Tak sangka kau dengan Chun Ji dapat bertahan sampai setahun,” kata Min.
“Hahaha~ Selagi jadi pengurus dia, selagi itulah dia tak boleh buat masalah.
Kalau tak, dia juga yang rugi,” kata Fei.
“Haha~ Betul juga! Kalau kau berhenti, kau kena bayar pampasan yang bagi
kau hanya masalah kecil saja. Tapi kalau dia, dia dah tak boleh cari pengurus
yang baru. haha~ Bijak betul kawan aku ini! Aku bangga jadi kawan kau!” kata
Min. “Well~ Tengoklah anak siapa!?” kata Fei. “Anak Mr. Park Ji Young!” kata
Min. Mereka berdua ketawa bersama-sama.
~
“Salah sudah tekaan kau! So, where’s my money? I can’t smell it?” kata
Ricky. “Cis! Kau pakai magic, ehh?” kata L.Joe yang tidak berpuas hati sambil
menghulurkan sejumlah wang kepada Ricky. “Apa punya bengaplah kau ni? Of course
lah akan lebih setahun mereka bekerja bersama. Kalau tak, kesianlah kawan kita
seorang ni. Bos dia tak akan carikan dia pengurus yang baru kalau dia pecat
budak tu sebelum tarikh yang ditetapkan.” Kata Ricky.
“Eh, Chun Ji. Kau tak rasakah yang sebenarnya hebatlah jugak.” Kata L.Joe.
“Apa pasal pulak?” tanya Chun Ji. “Yalah! Kau dapat hidup dengan musuh kau
lebih dari setahun. Hebat, babe! Kalau aku, tak sampai sehari aku dah bergaduh dengan dia dan akan pecat
dia hari itu jugak!” kata L.Joe. “Betul betul betul. Aku sokong!” kata Ricky.
“Apa kau fikir kitorang tiap-tiap hari buat apa?” tanya Chun Ji. “Bercakap
baik. Guna bahasa yang sopan. Tiada kesalahan tatabahasa langsung.” Kata L.Joe
meneka. “Hahaha~~ Otak mu! Of course lah bergaduh! Kalau tak cari pasal dengan
dia, tak lengkap hidup ni lah wei!” kata Chun Ji. “Cis! Ingatkan punyalah baik
kau layan dia macam permaisuri. Rupa-rupanya tidak!” kata Ricky.
~~
“Hoi! Kau kat mana? Kenapa tak datang lagi?” Chun Ji berasa marah. “Aku tak
sihat. Aku ambil MC hari ini. Sorry~” kata Fei diikuti batuk-batuk kecil dan
kemudian memutuskan talian telefon. “Hoi! Hoi! Hoi! Aish~ Dia sakit pulak hari
ini! Macam mana ni?” kata Chun Ji seorang diri.
~
“Kau kenapa? Macam ibu kucing hilang anak saja~” kata Ricky. “Yalah! Kau ada
masalah kah? Kalau ada, apa pasal kau tak cerita sama kami? Kata kawan~” kata
L.Joe. “Ini, si Fei ni hah! Hari ini boleh pulak dia sakit. Aku dah lah tak
tahu jadual aku hari ini. Call aku pun tak angkat. Asyik off saja~” kata Chun
Ji. “Hahaha~ Ada orang tu rindukan seseorang!” L.Joe menyakat. “Otak mu! Bila
masa pula aku nak rindu kat dia!? Daripada rindu kat dia, lebih baik aku
rindukan Park Shin Hye yang comel lagi menawan tu!” kata Chun Ji.
“Wei! Itu bukankah Fei?” tanya Ricky sambil menunjuk ke arah perempuan yang
dikatakan Fei. “Yalah~ Itu memang Fei!” L.Joe menyetujui apa yang dikatakan
oleh Ricky. Chun Ji berasa amat marah apabila ditipu oleh Fei. Dengan segera
dia mendekati Fei yang sedang sibuk melayan teman lelakinya itu.
“Oh~ Tak sihat ye? Ini hospital kah? Alamak! Aku salah masuk jalanlah!” Kata
Chun Ji menyindir. Fei terkejut apabila disapa oleh Chun Ji dengan cara itu
dihadapan rakannya. “Irin, do you know this guy?” tanya Chang Jo. “Sorry, Chang
Jo. Excuse me~” kata Fei. Kemudian Fei menarik tangan Chun Ji dan membawanya ke
suatu tempat yang tidak ramai orang.
“Nak kata apa? Oh! Tadi memang sakit. Tapi entah tiba-tiba bila lelaki tu
call, terus sihat. Macam itu kah alasan kau?” kata Chun Ji dengan marah.
“Sorry, Chun Ji. Aku tak ada niat langsung nak tipu kau! Kalau aku beritahu
yang aku nak keluar date dengan seseorang pasti kau akan marah. Sebab itulah
aku bagi alasan macam itu! Aku memang tidak ada niat langsung nak bohong dengan
kau!” kata Fei memberi penjelasan. Namun, Chun Ji tidak dapat menerimanya. “Oh,
salah aku lah ni!? Okay, fine! Aku mintak maaf. Aku tak ada niat nak ganggu kau
berdating dengan lelaki kaya tu!” kata Chun Ji kemudian meninggalkan Fei.
“Chun Ji! Chun Ji! Chun Ji!”
~~
“Chun Ji, hari ini kau cuma ada rakaman untuk SBS Strong Heart pukul dua
nanti. Nanti lunch kau nak makan apa?” tanya Fei. Namun, kata-kata tidak
diendah oleh Chun Ji. “Kau dengar tak?” tanya Fei, inginkan kepastian. Namun,
Chun Ji tidak membalas. “Kau pekak eh?” tanya Fei lagi. Namun, Chun Ji masih
juga mendiamkan diri. “Chun Ji~” Fei memanggil dan Chun Ji tidak juga membalas.
“Sorry lah pasal hal semalam!” kata Fei.
“Senangnya kau kata sorry, kan?” Akhirnya Chun Ji membuka mulut. “Habis itu,
kau nak aku buat apa?” tanya Fei. “Kau tak pernah fikirkah yang aku ni risaukan
kau? Call aku langsung kau tak angkat. Apatah lagi sms yang aku kirim. Entah
kau baca ataupun tak?” kata Chun Ji membuatkan Fei terdiam. “Minhae~” sepatah
saja Fei berkata. “Aku sudah muak dengar perkataan maaf kau!” kata Chun Ji
kemudian keluar dari bilik meninggalkan Fei.
~~
Sejak dari
peristiwa itu, Fei dan Chun Ji tidak bergaduh lagi. Mereka hanya bercakap apa
yang perlu sahaja.
“Chun Ji nanti malam ada KBS Anniversary Awards and aku tak akan temankan
kau. Baju dah ada dalam bilik kau dan ada driver akan jemput kau pada pukul 5
nanti.” Kata Fei. Chun Ji hanya mendengar, tidak memberi respon. “Kalau macam
itu, aku pergi dulu lah~” kata Fei kemudian pergi.
~
“Acara seterusnya, dipersilakan 2AM, 2PM, Wonder Girls, Miss A dan
penampilan istimewa Park Ji Young bersama anak perempuannya, Park Irin.” Kata
MC. Sebaik sahaja MC menyebut nama Park Irin, Chun Ji terus melihat ke arah
pentas. Fei membuat persembahan bersama-sama dengan Miss A dengan lagu Goodbye
Baby. Wajah Fei amat lain jika dibandingkan pada hari-hari biasa. ‘Sungguh
cantik sekali!’ kata hati Chun Ji.
~~
“Minggu depan merupakan minggu terakhir. Dan aku tak bercadang nak sambung
kontrak. “ kata Fei. “Dan sepanjang minggu depan, kau tak ada apa-apa aktiviti
selain daripada merakam lagu untuk album kau yang terbaru,” kata Fei lagi.
“Kalau tak ada apa-apa hal lagi, aku nak keluar beli lunch. Kau nak apa?” tanya
Fei. “Macam biasa.” Ringkas saja jawapan Chun Ji. “Okay.”
~
“Nah! Ni makanan kau. Aku pergi dulu lah!” kata Fei. “Tunggu dulu!” kata
Chun Ji tiba-tiba. “Kenapa? Aku salah pesan kah?” Fei terkejut. “Semalam kau
nampak sangat cantik,” kata Chun Ji. “Yakah? Terima kasih~” Fei berasa gembira
mendengar pujian Chun Ji.
~~
~Seminggu kemudian~
“Betulkah awak tak mahu sambung kontrak?” kata bos seperti memujuk Fei
supaya bersamanya untuk lebih lama. “Sorry, bos~ Papa saya nak saya jadi artis
dibawah syarikatnya.” Kata Fei menolak tawaran Mr. Bos. “Kalau macam itu,
terpaksalah saya lepas awak walaupun hati saya tak nak~” kat encik bos. “Kalau
macam itu, saya keluar dulu,” kata Fei meminta izin. “Ya~ Jumpa lagi~” kata
bos.
~
“Kau bukan pengurus aku lagikan, hodoh?” tanya Chun Ji. “Lega hati aku.
Lepas ini, tak payah lah aku nak menghadap muka kau tiap-tiap hari lagi,” kata
Fei. Kemudian Fei berjalan keluar dari bangunan syarikat. “Hei, hodoh! Kau
sukalah! Lepas ini kau dah tak payah nak jumpa aku lagikan?” tanya Chun Ji.
“Sudah tentulah!” kata Fei. “Tapi, aku tak suka!” kata Chun Ji. “Huh? Aku tak
fahamlah!” kata Fei.
Chun Ji berjalan
selangkah demi selangkah menuju ke arah Fei. Setelah tiba dihadapan Fei, dia
merendahkan badannya sedikit supaya mukanya sama tinggi dengan muka Fei.
Kemudian dia mencium Fei. Fei segera menolak Chun Ji.
“Kau betul ke tak ni?” tanya Fei. “Aku gila. Kau tak tahu kah? Dah lama aku
gila.” Kata Chun Ji. “Huh?” Fei tidak faham. “Kau ni! Otak lambat receive lah!”
kata Chun Ji. “Kuwang ajo punya budak!” Fei marah. “Kau nak tahu sesuatu tak?”
kata Chun Ji.
“Apa dia?” Fei tidak sabar ingin mengetahui. “Aku cintakan kau sejak sekolah
tinggi lagi,” kata Chun Ji. Fei tidak mempercayainya. “Tipu!” Fei tidak percaya.
“Betullah! Aku betul-betul menyesal kata macam tu kat kau masa tu. Aku nak
minta maaf kat kau tapi aku tak berani. Masa aku dah ada keberanian nak minta
maaf dengan kau, aku dapt tahu kau sudah pindah.” Kata Chun Ji. “Betulkah?” Fei
masih lagi belum percaya. “Betul~ Aku menyesal sangat sebab tolak cinta kau
pada masa tu,” kata Chun Ji.
“Sekarang?” tanya Fei. “Sekarang, aku amat mencintai kau! Dan aku tak nak
kehilangan kau lagi,” kata Chun Ji meluahkan perasaannya. “Betulkah?” tanya Fei
lagi. “Aish~ perempuan ni! Tak percayakan orang langsung! Betullah!” kata Chun
Ji. “Kalau macam tu, aku pun cintakan kau juga!” kata Fei.
~~
-Dahulu-
~Di kelas 3-A~
“Aku dah buat kesilapan yang sangat besar!” kata Chun Ji. “Baru kau tahu!”
kata L.Joe. “Ish, kau ni! Kau sepatutnya beri kata-kata perangsang!” kata
Ricky. “Macam mana ni?” Chun Ji resah.
“Kau dah maki dia dengan teruk, kau boleh tanya macam mana?” kata L.Joe
yang marah. “Ish, kau ni! Kenapa kau pula yang beremosi?” tanya Ricky. “Yalah!
Macama mana aku tak naik angin? Perempuan secantik itu, dia lepaskan macam tu
saja! Kalau tak nak, cakaplah! Aku nak rembat dia!” kata L.Joe.
“Entah kau ni! Perempuan cun kau kata hodoh? Buta eh mata kau?” kata Ricky
yang setuju dengan kata-kata L.Joe. “Apa yang patut aku buat?” Chun Ji masih
mengutarakan soalan yang sama. “Minta maaflah dengan dia, Mr. Pandai!” kata
L.Joe memberi cadangan.