Eunhyuk & Donghae Super Junior |
EunSiHae Super Junior |
Sooyoung SNSD |
Super Junior |
JYJ - Jaejoong Yoochun Junsu |
“Eunhyuk, saya sebenarnya sudah lama cintakan awak.” Sooyoung meluahkan
perasaannya. “Yakah?” Eunhyuk buat-buat tidak tahu. “Tapi, saya tidak rasa apa
yang awak rasa.” Kata Eunhyuk lagi. “Apa kata kalau awak jadi boyfriend saya?”
Sooyoung memberi cadangan agar dirinya diterima oleh Eunhyuk. “Tapi, sekarang
saya sudah ada girlfriend.” Kata Eunhyuk. Sooyoung terkejut. “Yakah?! Siapa
perempuan itu?” Sooyoung ingin tahu.
Tidak lama
selepas itu, Donghae memanggil Eunhyuk. “Euhyukie!! Cepat, nanti terlambat!”
kata Eunhyuk. “Itu pun dia!” kata Eunhyuk menunding jari ke arah Donghae.
Sooyoung sekali lagi terkejut. “Tidak mungkin! Dia kan lelaki?” Sooyoung
inginkan kepastian. “Sudah tentulah. Awak tak pernah dengarkah pasangan gay?”
kata Eunhyuk. Kemudian, Eunhyuk pergi mendapatkan Dongahae. “Donghae-ah!
Tunggulah saya!” kata Eunhyuk.
~ ~
“Bila kami sebut nama Eunhyuk dan Donghae ... <jeritan ELF> ... pasti
jeritan ELF sangat kuat. Kenapa agaknya?” kata seorang MC. “Sebenarnya, Donghae
ialah isteri saya.” Kata Eunhyuk membuatkan ELF menjerit sangat kuat. “Tapi,
awak ialah milik saya!” kata Kyuhyun. “Ah! Kamu main kayu tiga! Sekarang awak
abaikan saya dan bersama dengan Sungmin!” kata Eunhyuk. “Bukankah Donghae
bersama dengan Siwon?” Leeteuk mempersoalkan kata-kata Eunhyuk. “Donghae ialah
kekasih saya.” Siwon pula ingin menuntut haknya. “Tapi, saya lebih rapat dengan
Donghae.” Eunhyuk menegaskannya.
“Donghae, apa yang awak ingin cakapkan?” tanya MC. “Eunhyuk sebenarnya
seorang yang handsome.” Kata Donghae. “Kamsahamnida, Donghae~” kata Eunhyuk.
“Jadi, siapa lelaki dan siapa pula perempuan?” tanya MC itu lagi. “Saya lelaki,
dan Donghae perempuan.” Kata Eunhyuk membuatkan suara ELF bergema segenap
ruang.
~ ~
“Semalam, Siwon ada post sesuatu di twitter. Saya rasa jealous!” kata
Eunhyuk. “Hah? Awak cakap apa? Saya tidak faham.” Kata Donghae. “Lihat ini.”
Eunhyuk menunjukkan twit yang di post oleh Siwon semalam.“Saya tidak tahu
apa-apa soal ini,” kata Donghae. “Tipu!” Eunhyuk merajuk. “Eunhyukie~~ Jangan
lah merajuk! Nanti saya marah Siwon!” kata Donghae.
“Sudahlah! Tak nak layan awak lagi!” kata Eunhyuk.
~ ~
“Dari #1097 katanya, Saya rindu akan Donghae oppa!” kata Leeteuk. “Ah~
Peminat Donghae. Memang benar Donghae main kayu tiga dengan saya. Semalam saya
sudah pun menceraikan Donghae. Tidak
sangka secepat ini Donghae dapat mencari pengganti saya.” Kata Eunhyuk dengan
kecewa. “Bersabarlah, Eunhyuk. Dalam dunia, bukannya senang nak cari pasangan
yang ikhlas, jujur dan setia pada kita,” kata Leeteuk menenangkan hati Eunhyuk.
“Baiklah, mari kita memperkenalkan tetamu kita pada hari!!” kata Leeteuk
dengan bersemangat sekali. “Saya memang tidak sabar lagi!!! Mari kita
memperkenalkan mereka sekarang juga!!!” kata Eunhyuk. “Satu, dua, tiga ....
mempersilakan JYJ !!! Jaejoong, Yoochun dan Junsu !!!” kata Leeteuk.
“Annyeonghasaeyo!!!”
~
“Benarkah awak sudah berpisah dengan Donghae?” tanya Junsu. “Nampaknya
begitu lah!” kata Eunhyuk pasrah. “Wah! Nampaknya Junsu ada harapan untuk
mendapat tempat di hati Eunhyuk!” kata Leeteuk. “Aigoo~~ Junsu-ah!! Awak rasa
kita boleh bersama tak?” tanya Eunhyuk. “Maaflah, Eunhyuk. Mungkin hubungan
kita hanyalah sebagai rakan karib untuk selamanya.” Kata Junsu. “Kenapa?!”
Eunhyuk tidak berpuas hati.
“Sebenarnya, dia milik saya.” Kata Jaejoong. “Wah! Jaejoong sudah pun
mengaku.” Kata Leeteuk. “Dan, haluan kita amat berbeza lah Eunhyuk. Tak mungkin
kita dapat serasi bersama. Dan saya ada kerja yang sangat sibuk dan tak mungin
saya dapat melayan awak dengan sepenuhnya,” kata Junsu. “Alamak! Kesian
Eunhyukie~~~ Cintanya ditolak oleh sahabat karibnya!!” kata Leeteuk.
“Eunhyuk-ah! Jangan risau. Mungkin ada orang lain yang lebih layak untuk
awak.” Yoochun menenangkan hati Eunhyuk. “Benar itu!” Junsu menyokong kata-kata
Yoochun.
~ ~
“Eunhyuk-ah! Saya minta maaf~” kata Donghae. Namun, Eunhyuk tidak melayan
kata-kata Donghae. “Eunhyuk!!! Semuanya hanya lah salah faham saja. Siwon dan
saya ialah rakan yang akrab.” Kata Donghae. “Itu bermakna, Siwon lebih penting
daripada saya lah?!” Eunhyuk tidak puas hati dengan kata-kata Donghae. “Tapi,
awak lain. Awak ialah hati saya!” kata Donghae membuatkan Eunhyuk kembang
hidung. “Benar kah?” Eunhyuk inginkan kepastian. “Benar!! Saya tidak boleh
hidup tanpa awak!” Kata Donghae. “baiklah! Saya juga minta maaf kerana abaikan
awak,” kata Eunhyuk. “Saya sudah lama maafkan awak,” kata Dongahe. Kemudian,
mereka berdua saling berpelukan.
~
“Saya sudah berbaik dengan Eunhyuk! Jadi, tiada siapa pun yang boleh
menghalang hubungan saya dengan Eunhyuk,” kata Donghae kepada Siwon. “Secepat
itu?” Siwon tidak percaya.
~ ~
“Dengar khabarnya, awak dan Donghae sudah pun berbaik semula. Benarkah?”
tanya MC dalam satu rancangan. “Ya! Macam itu lah!” kata Eunhyuk. “Kami juga
tidak percaya hal itu. Baru beberapa jam berpisah, sudah kembali semula,” kata
Heechul.
“Sebenarnya saya dan Donghae tidak boleh berpisah walaupun seminit.” Kata
Eunhyuk. “Jadi sekarang ini awak rindu pada Donghae tak?” tanya MC itu. “Sudah
tentulah! Saya fikir Donghae akan ikut sekali. Tetapi memandangkan dia ada hal
lain, terpaksalah saya datang tanpa Donghae,” kata Eunhyuk dengan kecewa.
“Apa sebabnya awak berbaik semula dengan Donghae?” tanya MC itu lagi.
“Sebenarnya, Donghae amat kekurangan kasih sayang. Jadi saya rasa serba salah
untuk meninggalkan Dongahe seorang diri,” kata Eunhyuk membuatkan seluruh
studio diselubungi gelak ketawa.