Monday, November 12, 2012

FANFIC : I'm Leaving You

Leeteuk

Taeyeon








Haha... lawak betul. Tak payah lah nak main-main,” kata Leeteuk tidak percaya. “Orang tak main-mainlah sekarang ni!” kata Taeyeon dengan raut wajah yang serius. Raut wajah Leeteuk segera berubah. “Yakah! Tahniah!” senyuman kelat diberi. “Siapa lelaki yang malang tu?” tanya Leeteuk. “Namanya Ok Taecyeon. CEO syarikat bapanya,” kata Taeyeon.
Wah! Ada cita rasa juga mak kau kan? Pandai betul dia pilih yang kaya. Mesti handsome kan?” kata Leeteuk. “Boleh lah tahan. Tapi ....” Taeyeon tidak meneruskan kata-katanya. “Tapi kenapa? Dia bisu ke?” Taeyeon menggeleng. “Habis tu dia pekak?” Lagi sekali Taeyeon menggeleng. “Kalau tak bisu or pekak, mesti dia butakan?” Leeteuk meneka lagi. Lagi sekali Taeyeon menggeleng. Masam wajahnya.
Kalau dia bisu, pekak dan buta, tentu dia tak jadi CEO. Tak ada otakkah?” Taeyeon memarahi Leeteuk kerana keceluparan mulutnya. Ada ke kata orang macam tu? “Ya tak ya juga. Habis tu kenapa?” tanya Leeteuk blur. “Aku tak cintakan dia,” kata Taeyeon. Leeteuk memandang Taeyeon. Senyuman diberikan. “Cinta boleh dicambah. Lama-lama akan tumbuhlah cinta tu. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Betul tak?” kata Leeteuk.
Macam mana kalau aku kata yang aku cintakan lelaki lain?” tanya Taeyeon. Matanya tepat memandang Leeteuk dengan renungan yang tajam. “Siapa pula lelaki yang langsung tidak bertuah tu?” tanya Leeteuk. “Kalau aku cakap lelaki yang malang tu  kau, kau nak buat apa?” kata Taeyeon. Mata Taeyeon sudah digenangi air matanya. Tunggu untuk jatuh membasahi pipinya saja.
Tiada apa yang aku nak buat,” kata Leeteuk. Bohong. “Kau tipu bukan?” tanya Taeyeon. Dia tidak percaya. Leeteuk memandang ke bawah. “Katakan yang kau cinta pada aku?” Taeyeon memaksa. “Kalau aku beritahu hal yang sebenar pun, apa yang boleh kau buat?” tanya Leeteuk. “Katakannya!” Taeyeon masih memaksa.
Leeteuk memandang Taeyeon. Muka dan matanya sudah bertukar merah. Air mata sudah membasahi pipinya. “Aku tak cintakan kau. Puas hati?” kata Leeteuk. “Walaupun mulut kau kata begitu, tapi hati kau kata sebaliknya. Aku adalah kau dan kau adalah aku. Kita saling percaya dan memahami. Kenapa kau tak nak pertahankan cinta kau?” Taeyeon tidak berpuas hati.
Apa boleh buat? Kau tahukan aku lemah. Aku tak layak untuk wanita. Aku hanya layak untuk sendirian. Aku tak nak buat kau menderita,” kata Leeteuk tersedu-sedu. Taeyeon mengesat air mata Leeteuk yang mengalir dengan sapu tangannya. “Kau tinggalkan aku. Tapi jangan lupakan aku,” kata Leeteuk lagi. “Katakan yang kau cinta padaku,” pinta Taeyeon. Leeteuk memandang tepat wajah Taeyeon. Bibir halus Taeyeon diraih.
Aku cintakan kau dari dulu sampai sekarang. Kau lebih berharga dari nyawa aku yang tak seberapa ni.”
~
Tahniah, Taeyeon! Tak sangka kau dapat laki yang handsome!” perli Nicole. Taeyeon ketawa kecil. “Kenapa? Kau jelous ke?” tanya Taeyeon. “Jealous tu adalah sikit. Aku ingat kau akan kahwin dengan si Leeteuk tu,” kata Nicole lagi. Riak wajah Taeyeon berubah perlahan-lahan. “Baru aku teringat!” Taeyeon segera masuk ke biliknya. Nicole yang tidak tahu apa-apa, berasa pelik dengan perangai Taeyeon.
Taeyeon segera membuka surat yang dikirimkan oleh Leeteuk sehari sebelum hari perkahwinannya. Akibat sibuk menguruskan saudara-mara yang tidak putus-putus mengunjungi rumah ibunya, dia hampir terlupa akan surat tersebut. Nasib baik Nicole ada menyebut tentang Leeteuk. Kalau tidak, tak sempat nak baca surat tersebut. Taeyeon membuka sampul surat itu perlahan-lahan.

Sayangku  Taeyeon,Apa khabar? Tentu saja kau sihat, bukan begitu? Aku kat sini sihat. Tujuan aku menulis surat ini kerana kerinduanku terhadap dirimu tidak dapat dibendung lagi.Sudah lima bulan kita tak bertemu dan rasa rindu semakin menebal dalam diriku. Aku harap kau masih ingatkan aku. Semalam doktor ada kata yang badan aku semakin lemah. Aku tak tahu berapa lama lagi aku dapat bertahan. Aku amat berharap yang kau dapat temankan aku disaat-saat begini. Tapi, sekarang mungkin kau sudah menjadi milik orang lain.Aku ingat bila aku tinggalkan kau, aku dapat teruskan hidup seperti biasa. Rupa-rupanya tidak. Malah aku seperti mayat hidup tanpa kau disisi. Tapi akan aku teruskan juga perjuangan ini demi melihat dirimu. Kau adalah nyawa aku.
Semoga kau berbahagia dengan suamimu. Ingatlah, aku sentiasa disisimu.Sayang manis,Leeteuk 
Air mata Taeyeon mengalir laju. Tidak dapat dibendung. Saat-saat manis bersama Leeteuk bermain difikirannya. “Aku juga sentiasa berada disisimu,” kata Taeyeon. Tiba-tiba, Taecyeon masuk ke dalam bilik. “Kenapa menangis?” tanya Taecyeon. Taeyeon menggeleng kepala. “Tak ada apa-apa,” kata Taeyeon. “Kalau macam tu, jom turun bawah. Ada kawan-kawan awak yang baru sampai,” kata Taecyeon.
~
Awak tahu tak nama timangan saya?” tanya Leeteuk. Taeyeon menggeleng kepala. Leeteuk teresenyum. “Angel ,” kata Leeteuk. “Yalah tu! Kau tu pembohong terbesar. Tak boleh dipercayai!” kata Taeyeon. Leeteuk mencebik. “Tak percaya sudah lah! Nak merajuk!” kata Leeteuk. “Alah! Janganlah merajuk! Cuba cerita kenapa nama Angel?” tanya Taeyeon.
Leeteuk kembali tersenyum. “Sebab, aku akan lindungi orang yang aku sayang walaupun aku berjauhan dari dia,” kata Leeteuk dengan bangganya. “Yakah?” Taeyeon tidak percaya. Leeteuk hanya mengangguk. “Siapa orang yang kau sayang?” tanya Taeyeon lagi. “My parent and .....“ Leeteuk berhenti berkata. “And who?” Taeyeon ingin tahu. “And you!” kata Leeteuk.
Taeyeon tidak tahu ingin berkata apa. “Kenapa kau nak lindungi aku?” tanya Taeyeon. “Sebab kau adalah sahabat yang paling baik yang pernah aku ada. Susah senang, kau selalu disisi aku,” kata Leeteuk. Taeyeon terharu mendengar kata-kata Leeteuk. “Kenapa kau sayang aku?” tanya Taeyeon lagi. Leeteuk diam seketika.
Sebab kau satu-satunya orang yang sayang aku,” kata Leeteuk. Taeyeon tersenyum mendengarnya.