Monday, November 12, 2012

FANFIC : I'm Sorry

Victoria f(x)


Donghae Super Junior

Minhwan FT Island

Nichkhun 2PM

Heechul Super Junior




“Saya janji yang saya akan jaga awak sampai bila-bila. Saya akan ingat janji saya,” kata Donghae kepada Victoria. “Janji?~” Victoria inginkan kepastian. “Ya! Saya janji!” kata Donghae. Victoria gembira mendengarnya. “Sukalah tu?” tanya Donghae. Donghae mencuit hidung Victoria. “Sudah tentulah suka. Kan ada abang handsome yang nak jaga saya,” kata Victoria.

~ Tiga bulan kemudiannya ~

“Donghae, mana awak? Kenapa off phone!?” kata Victoria seorang diri. Victoria berasa tidak senang hati apabila dia sehari suntuk dia tidak dapat melihat wajah Donghae. “Nich, you ada nampak Donghae tak?” tanya Victoria. “Kau tak tahukah yang Donghae hari ini akan bertolak ke Europe?” balas Nichkhun dengan soalan. “Europe? Buat apa?” tanya Victoria. “Sambung belajar. Parent dia paksa dia pergi,” kata Nichkhun.
“Sempat lagi kot kalau kau kejar sekarang,” kata Nichkhun. Victoria dengan segera berlari keluar mencari teksi. Tiba-tba muncul sebuah kereta yang dia kenal. “Kenapa Vic?” tanya Minhwan. “Senior, boleh tumpang tak? Pergi airport,” tanya Victoria. “Sure, why not. Masuklah cepat,” kata Minhwan mempelawa. “Terima kasih.”

~ Airport ~

Victoria tercari-cari kelibat Donghae ataupun orang yang rapat dengan dia dan Donghae. Namun, hampa.  Tengah sibuk mencari, tiba-tiba Victoria terlanggar seseorang. “Vic!” suara yang amat Victoria cam. “Hyung! Mana Donghae?” tanya Victoria. “Dah berlepas.” Kata Heechul dengan tenang. Victoria terdiam. Hancur hatinya bila mendengarnya.
“Maafkan saya kerana tak beritahu awak. Dia yang suruh saya rahsiakannya.” Kata Heechul. Victoria hanya berdiam diri. “Ini. Dia kasi,” kata Heechul sambil menghulurkan satu bar coklat dan sepucuk surat. Victoria mengambilnya dengan berat hati. “Hyung pergi dululah!” kata Heechul. Victoria membuka surat itu perlahan-lahan.
Victoria yang comel lagi menawan serta lawa dan cantik a.k.a tengah mengampu ni, Donghae minta maaf!!!!!!!!!!!! I’m sooooooooooooo sorrrrrrryyy!!!!!!!!!!! Pergi tanpa pengetahuan Vic. Tapi, Vic tunggu Donghae pulang ya? Tunggu tau! Siap kau kalau kau tak tunggu! Aku bunuh kau! *acah sajalah!* Donghae pasti akan pulang dan orang yang frst sekali yang Donghae nak lihat ialah Vic. Sorry. Sayang buat selamanya, Donghae.
Victoria menangis membacanya. “Jom, kita balik!” ajak Minhwan.

~ Tiga tahun kemudian ~

“Kenapa renung macam tu? Ada yang tak kena kah pada muka saya?” tanya Minhwan. “Tak adalah. Cuma nak renung muka bakal tunang Cik Victoria ni lama-lama. Makin lama ditenung, makin handsome rupanya,” kata Victoria. “Yakah? Macam ada yang tak kena saja?” kata Minhwan.  Victoria tersenyum. “Cepat beritahu apa dia!”
“Kita lunch sama-samakan?” tanya Victoria. “Of course lah! Kenapa?” tanya Minhwan. “Tak ada apa-apa. Cuma nak lunch sama-sama saja,” kata Victoria. “Betulkah? Tak ada yang lain?” Minhwan inginkan kepastian. “Yalah! Percayalah!” kata Victoria. “Okay~ macam biasa, eh?” tanya Minhwan. Victoria mengangguk. “Kalau macam tu, I got to~” kata Minhwan. “Okay~ See you~”
~
“I’m so sorry~” kata Minhwan meminta maaf selepas terlanggar seseorang. “Tak apa~” kata Donghae. Minhwan memandang rupa lelaki itu. “Donghae~” kata Minhwan terkejut. “Eh, Minhwan! Lama tak jumpa!” kata Donghae dengan gembira. Minhwan cuba untuk senyum, namun tidak bisa. “Kenapa? Tak suka jumpa aku kah?” tanya Donghae. “Bukan macam tu! Cuma .... “
“You! Sorry lambat. Banyak kerja tadi, “ kata Victoria. Minhwan hanya berdiam diri. “Kenapa dengan baju ni?” tanya Victoria yang perasaan akan baju Minhwan yang berwarna lain. “Tertumpah kopi,” kata Minhwan dengan heartless. “You kenapa?” tanya Victoria. Minhwan hanya berkerut dahi.
“So, ini bakal tunang kau?” tanya Donghae membuatkan Victoria terkejut. Victoria melhat wajah rakan Minhwan dan dia bertambah terkejut. “Donghae?” Victoria seolah-olah kehilangan kata-kata. Donghae berkerut dahi. “Vic?” Donghae terkejut. “You akan bertunang dengan Minhwan minggu depan?” tanya Donghae, ingin mendapatkan kepastian.
Victoria lambat-lambat mengangguk. “Begitukah?” Donghae segera melihat jam. “Sorrylah. I kena pergi dulu. Ada banyak kerja yang belum siap,” kata Donghae kemudian pergi. “Kenapa you tak cakap awal-awal?” tanya Victoria. “I don’t know!” kata Minhwan. “You? You sayang I tak?” tanya Minhwan. “Kenapa you cakap macam ini?” Victoria berasa hairan.
“Manalah tahu dengan kehadiran dia, you akan berubah hati ke cinta lama you balik,” kata Minhwan. “Suka hati you lah nak kata apa!” kata Victoria. “Kenapa you ni?” kata Minhwan. “I kecewa. You tak percayakan I langsung!” kata Victoria kemudian pergi.
~
“I’m sorry. Saya tak tunggu awak,” kata Victoria. “Saya juga nak minta maaf yang saya tak jaga awak seperti yang saya janji,” kata Donghae. “Saya harap yang awak tak mengganggu hubungan saya dengan Minhwan.” Kata Victoria. “Awak fikir saya jahat sangatkah?” tanya Donghae. “Saya tak kata awak jahat! Saya cuma risau kehadiran awak akan mengganggu segala-galanya.” Kata Victoria. Perlahan-lahan dia meninggalkan Donghae.
“Awak cintakan saya tak?” tanya Donghae. Victoria segera berhenti kemudian berpaling ke arah Donghae menghadap wajah Donghae. “Dari dulu sampai sekarang hati saya cumalah untuk awak. Tapi, saya cintakan Minhwan sepenuh hati saya. Dialah yang selalu berada saat saya susah dan senang. Dialah menjadi penyelamat kepada saya saat nyawa saya terancam. Dan dia jugalah yang menjadi doktor bagi merawat hati saya yang lara. Saya tak akan mungkin meninggalkannya walau macam mana sekalipun. Walau pun dia memaksa untuk saya bersama dengan awak. Hati saya tetap keras untuk bersama dengan Minhwan,” kata Victoria sambil menangis.
“Baiklah! Saya tak akan ganggu hubangan awak berdua. Saya janji,” kata Donghae.
~
“Kau nak tahu tak semalam Victoria jumpa aku?’ tanya Donghae. Minhwan terkejut. “Apa yang dia cakap dengan kau?” tanya Minhwan. “Dia cakap yang dia cintakan aku lagi,” kata Donghae. Panas hati Minhwan apabila mendengarnya. “Aku minta diri dululah!” kata Minhwan. “Tunggu dulu! Aku belum habis cakap lagi lah!”
“Apa lagi yang dia cakap?” tanya Minhwan dengan nada meninggi. “Ayat pertama dia membuatkan aku senang hati. Tapi bila masuk ayat keduanya, aku tahu aku tak cukup sempurna untuk menakluk hati dia. Aku mash ingat lagi setiap kata yang diungkap oleh dia. Dari dulu sampai saat ini, saya tetap mencintai awak. Tapi, hati saya sepenuhnya untuk Minhwan.” Kata Donghae. “Kau jangan nak buat ceritalah!” Minhwan tidak percaya.
“Yang aku sakit hatinya, dia cakap kau penyelamatnya. Kaulah doktor dia. Aku jealous~” kata Donghae. “Sudahlah Donghae! Stop mereka cerita. Aku tak sudi nak mendengarnya!” kata Minhwan. “Kau hanya perlu percayakan dia saja. Kau jagalah dia dengan baik. Kalau tak, aku tak teragak-agak untuk rampas Vic dari kau!” kata Donghae.
~
“Kenapa you nak jumpa I tengah-tengah malam ni?” tanya Victoria. Minhwan tersenyum. “You okay tak?” tanya Victoria. “I senang sangat you puji I depan bekas cinta lama you!” kata Minhwan. “Apa yang you cakap? I tak fahamlah!” tanya Victoria. “You tak perlu faham. I harap sangat yang hubungan kita kekal hingga ke mati.” Kata Minhwan.
“I pun harap macam tu lah!” kata Victoria. “Vic, I trust you!” kata Minhwan kemudian mencium pipi kanan Victoria. “I pun percayakan you jugak!” kata Victoria. “Baguslah macam tu! I ni kan penyelamat you. I kan doktor you. So, you kenalah percayakan I, kan? Kalau you tak percayakan I, mati katak you, kan?” kata Minhwan.
“Apa yang you merepek ni? I tak fahamlah! Cuba cerita sikit!” kata Victoria. “Sayang, Donghae dah cerita semuanya!”
~
“Hei, kawan lama! Ada bawak balik awek Eropah tak?”  tanya Heechul. “Sorry, hyung! Semua awek dah ada date dorang sendiri,” kata Donghae. “Yakah? Apa pasal tak rembat saja?” tanya Heechul. “Tak boleh lah, hyung! Tak baik. Nanti dapat musuh,” kata Donghae. “Naif sangatlah kau ni!” kata Heechul. “Hyung pula? Takkan tak nak kawin lagi? Umur dah nak masuk 30-an” kata Donghae.
“I love being single. Couple making trouble,” kata Heechul. “Sama betul pemikiran hyung dengan saya. Hyung sentiasa faham hati saya. Apa kata kalau hyung bercinta dengan saya?” tanya Donghae. “Tak apalah! Saya tak berminat dengan awak,” kata Heechul. “Apalah hyung ni! Kan kita dah lama berkawan! tak kan lah hyung tak ada perasaan langsung dengan saya?” tanya Donghae. Heechul berfikir sejenak. Kemudian dia menggeleng.
“Hyung ni memang heartless betullah!” Donghae marah. “Eh, sekejap! Ada satu!” kata Heechul. “Apa dia hyung? Love?” Donghae ingin tahu. Tapi Heechul menggeleng. “Perasaan meluat!” kata Heechul. “Saya benci hyung!” kata Donghae.