Kyuhyun |
U-ie |
Junsu |
Lee Joon |
Changmin |
Kevin |
“Kau kenapa lagi
ni? Masam saja. Gaduh dengan Uee lagi ke?” soal Junsu. Kyuhyun hanya
mengangguk.
“Kali ni apa pula
masalah korang?” Joon turut bersimpati.
“Dia ungkit lagi
soal aku dengan Eunjung,” kata Kyuhyun.
“Pasal Eunjung
luahkan perasaan terhadap kau? Jealous nya awek kau sorang tu!” kata Changmin
pula. Kyuhyun tersengih mendengarnya. Tahu tak pe.
“Aku pun tak
faham macam manalah kau boleh tahan dengan dia selama tujuh tahun ni,” tambah
Joon pula.
“Aku sendiri pun
tak faham. Macam mana kami jumpa dulu pun aku dah tak ingat. Ingat-ingat je,
dah tujuh tahun aku kenal dia,” kata-kata Kyuhyun mengundang tawa pada
rakannya.
“Teruk betul
kawan aku orang ni,”
“Kau pergila explain
kat dia elok-elok. Cakap dengan perempuan yang merajuk ni kena lemah lembut.
Tak boleh kasar-kasar,” nasihat Junsu.
“Betul tu!
Perkara kecil je ni. Aku yakin kau boleh buat!” kata Joon sambil menepuk lembut
bahu Kyuhyun. Kyuhyun mengangguk faham. Betul kata kawan-kawan dia itu. Selama
tujuh tahun dia bersama dengan Uee, masalah apa yang tidak selasai. Semuanya
diselesaikan dengan aman dan sepakat.
“I’m sorry, okay?
Saya tak dapat nak halang dia daripada sukakan saya. Lagipun saya bukannya ada
perasaan terhadap dia pun. Just you in my heart,” ujar Kyuhyun dalam usahanya
memujuk Uee.
“Yakah?” Uee
tidak percaya.
“Betullah!
Tolonglah percayakan saya,” Kyuhyun masih mahu mencuba.
“Habis tu, gambar
ni gambar siapa?” soal Uee sambil melempar beberapa keping gambar tepat
mengenai muka Kyuhyun. Kyuhyun mengambil salah satu gambar itu. Dia tergamam.
“Uee, I can
explain this,” kata Kyuhyun. Dia cuba untuk meraih tangan Uee. Namun Uee lebih
pantas menepisnya.
“I don’t believe
you anymore!” kata Uee dengan kasar.
“Tak! Ni salah
faham saja!”
“Saya nak putus!”
Uee berjalan laju meninggalkan Kyuhyun. Kyuhyun cuba mengejar, namun Uee telah
hilang entah ke mana.
“Kenapa lagi dengan
kawan kau yang sorang tu?” soal Joon kepada Junsu. Junsu hanya mengangkat bahu
beberapa kali tanda tidak tahu. Junsu mendekati Kyuhyun yang sedang duduk
sambil memeluk lututnya dan menyembamkan kepalanya di atas kepala lutut.
“Apa masalahnya
lagi?” tegur Junsu. Kyuhyun memandang Junsu dengan mata kuyu.
“Dia minta
putus,” kata Kyuhyun lemah. Joon dan Junsu tidak percaya.
“Kenapa?” soal
Joon. Kyuhyun menunjukkan gambar-gambar dia dengan Eunjung. Junsu mengambilnya.
Setelah selesai melihat gambar itu, dia menyerahkannya kepada Joon.
“Betul ke semua
ni?” soal Junsu.
“Aku tolong
Eunjung saja masa tu. Pekerja hotel tu call aku, kata ada orang mabuk tidur di
lobi hotel tu. Dorang dapat nombor aku dari phone dia,” kata Kyuhyun.
“Kau cakap pada
Uee?” soal Junsu. Kyuhyun menggelengkan kepala.
“Dia tak nak
dengar penjelasan aku,” kata Kyuhyun.
“Aku rasa lebih
baik kau jumpa dia. Terangkan pada dia. Biar dia tahu, tu hanya salah faham
saja. Dia patut tahu,” kata Junsu memberi nasihat.
“Betul tu!” Joon
juga menyokong.
“Kenapa ajak
jumpa?” soal Uee.
“Saya nak bagi
penjelasan pada awak. Awak tolonglah dengar!”
“Apa dia? Cakap
sajalah,”
“Saya dan Eunjung
memang tak ada apa-apa. Kami kawan saja. Masa tu saya tolong dia sebab dia
mabuk. Itu saja,” kata Kyuhyun.
“Tu saja?” soal
Uee.
“Kenapa awak tak
nak percayakan saya? Kenapa awak dah berubah?” soal Kyuhyun.
“Saya berubah ke?
Atau awak yang berubah?” soal Uee balik. Kyuhyun terdiam.
“Sebab tu saya
minta putus. Saya tak rasa yang kita ni serasi lagi,” kata Uee. Kyuhyun masih
diam.
“Saya sayangkan
awak. Tapi untuk teruskan perhubungan ni, saya rasa kita sudah tak mampu lagi,”
ujar Uee lagi.
“Kita masih kawan
kan walaupun kita sudah putus?” soal Kyuhyun. Uee memberikan senyuman.
“Sudah tentulah!”
“Cuma saya nak
awak tahu yang saya dengan Eunjung memang tak ada apa-apa. Kami kawan saja.
Saya nak awak percaya yang itu,” kata Kyuhyun.
“Ya, saya
percayakan awak,” balas Uee.
“Baiklah! Uee,
secara rasminya kita putus!” kata Kyuhyun sambil menghulurkan tangan. Uee
menyambutnya. Kyuhyun menggenggam erat tangan Uee lalu menarik Uee ke dalam
pelukannya.
“Tujuh tahun
cinta yang kita bina, kini menjadi kenangan buat kita,” kata Kyuhyun.
‘Tabahlah
Kyuhyun!’ Kyuhyun memberi semangat kepada dirinya.
“Apalah lagi
masalah kawan kita tu? Aku tak faham betullah. Kebelakangan ni, ada sajalah
masalah yang melanda,” kata Joon. Changmin dan Junsu hanya melihat Kyuhyun dari
jauh. Mereka tidak berani hendak menegur dia.
“Tapi aku rasa
kali ni lagi teruk,” kata Changmin. Junsu mengangguk setuju.
“Sampai menangis
bagai,” tambah Junsu.
“Kau pergilah
tegur dia! Kau kan yang paling rapat dengan dia,” kata Changmin kepada Junsu.
Joon pun menolak Junsu agar menghampiri Kyuhyun.
“Yalah! Janganlah
tolak aku! Aku boleh jalan,” kata Junsu yang mengalah. Dia menarik nafas dalam
sebelum berjalan menghampiri Kyuhyun.
“Kau okay tak?”
soal Junsu. Dia sudah mengambil tempat di sebelah Kyuhyun.
“Aku dah putus
dengan dia,” kata Kyuhyun. Air matanya mengalir perlahan. Junsu terkejut
mendengar perkhabaran itu.
“Kenapa?”
“Aku rasa itulah
keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Kebelakangan ni, kami selalu bergaduh
dan tak sependapat. Aku rasa kami memang dah tak serasi lagi,” ujar Kyuhyun.
Junsu mengusap belakng Kyuhyun dengan lembut bagi menenangkannya.
“Aku sayangkan
dia,” kata Kyuhyun. Kini Kyuhyun telah berada di dalam pelukan Junsu. Air mata
mengalir dengan laju.
“Hello?” Uee
menjwab panggilannya. Namun Kyuhyun hanya diam.
“Kyu?” panggil
Uee. Kyuhyun masih lagi mendiamkan diri.
“Kyu? Awak di
sana kan?” tidak lama selepas itu, terdengar Kyuhyun menangis.
“Awak dah okay
tak?” tanya Uee setelah lama membiarkan Kyuhyun menangis.
“Sorry!” akhir
dapat juga mendengar suara Kyuhyun.
“Kenapa ni?” soal
Uee.
“Aku rasa macam
lelaki yang tak berguna,” kata Kyuhyun.
“Kenapa?” Uee
tidak mengerti.
“Aku dah putus
dengan Gyuri,” kata Kyuhyun.
“Kenapa?” soal
Uee.
"Dia kata
aku ni terlalu membosankan,” kata Kyuhyun bersama ketawa. Entah ikhlas ataupun
tidak.
“Sudahlah! Jangan
difikirkan sangat perempuan macam tu,” kata Uee menenangkan Kyuhyun.
“Thanks!”
“Hey, kawan! Sorang
sahaja?” tegur Joon. Kyuhyun hanya tersenyum.
“Aku bukan macam
korang. Ada orang yang special,” perli Kyuhyun.
“Alah, kita geng
lah! Aku pun sorang saja,” kata Joon pula.
“Yakah?” Kyuhyun
tidak percaya.
“Percayalah!”
Malam itu, mereka
menghadiri Majlis Reunion Sekolah Tinggi mereka. Semuanya hadir. Sedang Kyuhyun
dan Joon sibuk berbual antara mereka, Uee datang menghampiri mereka ditemani
seseorang.
“Hai, Kyu! Hai,
Joon!” tegur Uee.
“Hai!” balas
Kyuhyun dan Joon serentak.
“Saya nak
perkenalkan, ini teman lelaki saya, Kevin,” kata Uee sambil memperkenalkan
teman lelaki yang baru. kyuhyun dan Joon bersalaman dengan Kevin sambil
bertukar senyuman.
“Sudah berapa
lama kenal?” soal Joon.
“Sebulan,” jawab
Uee. Kyuhyun hanya mendiamkan diri.
“Minta maaf. Kami
minta diri dulu, ya!” kata Uee
“Kenapa duduk
dekat luar?” tegur Uee. Kyuhyun menoleh ke belakang. Dia melemparkan senyuman
buat Uee.
“Saja. Panaslah
kat dalam,” kata Kyuhyun. Uee mengangguk faham.
“Uee, nak tanya
sikit boleh tak?” soal Kyuhyun.
“Apa dia? Tanya
sajalah,” kata Uee dengan sedikit kerutan pada dahinya.
“Awak masik
sukakan saya tak?” soal Kyuhyun tanpa mengharapkan Uee menerimanya kembali. Uee
terdiam.
“Kita pernah
melalui cinta yang sangat suci. Tapi, tak mungkin kisah cinta itu akan berulang
lagi,” kata Uee.
“Yah. I know!
Jadi, kenangan itu hanya kita simpan di dalam memori kita saja,” kata Kyuhyun.
Dia pasrah.
“Betul tu. Saya
masuk dululah,” kata Uee.
“Sorry tak angkat
call tadi. Ada meeting. Kenapa?” kata Kyuhyun.
“Tak ada apa-apa.
Cuma nak beritahu yang saya akan kahwin tidak lama lagi,” kata Uee. Kyuhyun
tergamam. Dia kehilangan kata-kata. Lidahnya kelu.
“Hello, Kyuhyun?
Dengar tak apa yang saya kata tadi?” tanya Uee setelah Kyuhyun lama mendiamkan
diri tanpa sebarang respon.
“Tah..niah”
akhirnya Kyuhyun menngeluarkan butir bicara walaupun sepatah sahaja.
“Thanks! Nanti
saya hantar kad jemputan ke rumah awak!” kata Uee sebelum mematikan talian.
Setelah Uee mematikan talian, Kyuhyun mula mengalirkan air mata. Hatinya
hancur. Itulah kata-kata terakhir daripada Uee buatnya. Namun bukan itu yang
dia mahu dengar.
“Aku hanya mahu
dengar kau kata kau sayangkan aku lagi,” kata Kyuhyun seorang diri sambil
mengalirkan air mata yang semakin laju membanjiri pipi.
Kita berjumpa
untuk tujuh tahun. Tiada siapa tahu yang kita akan ucap selamat tinggal macam
ni, dengan senangnya. Namun, kita tetap berpisah. Bersama memori yang kita bina
untuk satu jangka masa yang lama telah hilang. Bagaimana kita buat pada usia
yang muda, bagaimana kita berdua bertemu juga aku tidak meningatinya. Agak
susah untuk kita menguruskan perubahan yang berlaku pada diri kita.
Mereka kata
mengucapkan selamat tinggal amat menyakitkan tetapi aku tidak ada masa untuk
merasainya. Aku hanya fikir inilah jalan yang terbaik buat kita berdua. Namun
begitu, aku tetap jua menangis.
Masa yang berlalu
memberi satu pengharapan yang mudah. Berbeza daripada apa yang minda aku lihat.
Bermula daripada seorang rakan, kemudian kita bercinta. Kita kata walupun kita
telah berpisah, kita tetap akan menjadi rakan.
Semasa tiga tahun
aku hidup sendirian tanpa kamu, kadang-kadang kita berhubung antara satu sama
yang lain. Walaupun aku jumpa orang lain lagi, walaupun aku bercinta lagi,
namun apabila aku sedih, aku akan menghubungi kamu. Tanpa sebarang kata, hanya
tangisan yang didengari.
Kau telah
berjumpa dengan seorang yang baik. Aku hanya berfikir di dalam hati aku tanpa
sebarang kata. Aku tanya pada kamu sekiranya kau masih suka akan aku tanpa
menngharapkan kau akan berkata ya. Aku tahu.
Kita telah
menjalani satu cinta yang sangat suci. Walaubagaimana pun, cinta sebegitu tidak
mungkin dapat dilakukan lagi. Jadi, kita simpan kisah itu di dalam memori kita.
Selalu aku merasakan sikap dingin daripada kamu. Tetapi sekarang, aku tahu kau
tidak boleh bertanya apa-apa lagi.
“Saya akan
kahwin” itulah apa yang kau kata pada aku. Setelah sekian lama, aku kehilangan
kata-kata. Selepas itu, aku menangis. Itulah kata-kata terakhir kau kepada aku.
Hanya perkataan yang aku ingin dengar ialah kau sayangkan aku.
“Kau nak pergi ke
majlis tu?” soal Junsu. Kyuhyun menggeleng.
“Aku tak rasa aku
mampu. Aku takut aku akan menangis di hadapannya nanti,” kata Kyuhyun dengan
mata digenangi air mata.
“Baiklah, aku
faham,” baru sahaja Junsu ingin bangun, Kyuhyun menarik lengannya.
“Berikan ini pada
dia,” kata Kyuhyun sambil menghulurkan satu bungusan hadiah bersaiz sederhana
besar. Hadiah itu kini beralih tangan.
“Cakap kata dia,
aku minta maaf kerana tidak dapat hadir,” kata Kyuhyun. Junsu mengangguk faham.