Wednesday, November 14, 2012

FANFIC : You Are Mine

Leeteuk Super Junior

Taeyeon SNSD

Eunjung T-Ara

Hyorin SISTAR







PART 1

“Bos panggil you, Taeyeon!” ucap Eunjung setelah Taeyeon siap untuk duduk di tempatnya. Taeyeon berasa hairan. Awalnya dia panggil. Selalunya sebelum tengah hari dia akan panggil dan lepas tu mereka akan keluar lunch together. Lantas Tayeon bangun dan menuju ke bilik bossnya.
Taeyeon masuk setelah diketuk. Kata-kata Hana tadi membuatkan dia cemas. Kata Hana, muka bossnya itu pucat dan tak bermaya. Taeyeon ternampak Leeteuk terbaring di sofa. Segera Taeyeon mendekatinya.
“Leeteuk, are you okay?” tanya Taeyeon. Tangan Taeyeon segera menyentuh dahi Leeteuk. Panas. Leeteuk mengambil tangan Taeyeon. Leeteuk membuka matanya kemudian memberikan senyuman.
“Dah okay!” kata Leeteuk.  Mukanya masih pucat. Taeyeon bangun dan keluar dari bilik itu.
“Hana, tolong bawakan tuala kering dengan semangkuk air. Bawakan ubat sekali,” pesan Taeyeon kemudian dia masuk semula ke dalam bilik. Hana segera mematuhi arahan Taeyeon.
“I’m fine!” kata Leeteuk lemah.  Dia menggenggam telapak tangan Taeyeon.
“No! You are not fine! Kalau dah sakit, buat apa datang ke officce. Berehat sajalah kat rumah,” kata Taeyeon. Leeteuk merapatkan Taeyeon dengan dirinya. Mata Taeyeon direnung. Cantik sekali. Sungguh menawan. Terubat segala penyakit.
“I’m okay when I see you. Bila tengok Taeyeon saja, segala jenis penyakit yang ada dalam dunia ni dah sembuh,” kata Leeteuk. Manis punya ayat. Boleh dapat diabetis kalau tiap-tiap hari dengar.
“Manisnya ayat! Nanti kena diabetis baru tahu!” kata Taeyeon. Leeteuk tersenyum nipis.
“Taklah semanis senyuman Taeyeon. Senyuman Taeyeon lagi manis kalau dibandingkan dengan kata-kata Leeteuk,” kata Leeteuk. Mereka berdua saling tersenyum. Tak lama selepas itu, Hana mengetuk pintu bilik dan dia masuk.
“Ini saya bawakan apa yang Taeyeon pesan tadi,” kata Hana. Kemudian dia meletakkan barang yang dibawa di atas meja di hadapan Taeyeon.
“Terima kasih. Nanti saya pujuk Leeteuk beri bonus untuk awak bulan ni,” kata Taeyeon. Hana tersengih. Mentang-mentang dia awek boss, senang-senang je dia boleh cakap macam tu. Kemudian Hana keluar dari bilik. Tidak mahu dia mengganggu pasangan yang sedang hangat bercinta itu.
“Dengar tak apa yang Taeyeon kata tadi?” tanya Taeyeon kepada Leeteuk yang sedang melelapkan mata. Dia tahu, Leeteuk masih dalam keadaan sedar. Leeteuk tidak menjawab pertanyaan Taeyeon. Tuala yang basih itu diletakkan di dahi Leeteuk.
“Leeteuk!” panggil Taeyeon.
“Ada apa sayang?” Leeteuk buat-buat tidak tahu.
“Leeteuk dengar tak apa yang Taeyeon cakap tadi?” ulang Taeyeon kembali. Leeteuk buat muka blur. Matanya dikelip beberapa kali.
“Apa yang Taeyeon cakap? Kejap....” Leeteuk berfikir.
“Ah! Dah ingat! Taeyeon cakap perkataan ‘Leeteuk’ tadi!” kata Leeteuk. Taeyeon sudah mula geram. Dicubit pipi comel Leeteuk itu. Leeteuk juga tidak mahu melepaskan peluang mencubit pipi montel Taeyeon.
“Sakitlah! Lepaskanlah!” rayu Taeyeon. Leeteuk menggeleng.
“Tak nak! Taeyeon lepaskan dulu. Baru Leeteuk lepaskan,” kata Leeteuk. Macam budak-budak. Taeyeon mengalah. Dia melepaskan cubitan di pipi Leeteuk. Leeteuk juga mengotakan janjinya.
“Makan ubat ni. Lepas tu rehat. Jangan buat kerja langsung! Taeyeon ada banyak kerja nak buat. Nanti lunch, Taeyeon datang balik, okay!” kata Taeyeon. Tayeon bangun dan bersedia untuk ke biliknya. Tiba-tiba, tangannya ditarik dan Taeyeon jatuh dipangkuan Leeteuk. Leeteuk memeluk Taeyeon seeratnya. Kemudian kucupan diberikan oleh Leeteuk di dahi Taeyeon. Leeteuk kemudian melepaskan dakapannya.
~
“Are you okay, Jung Soo? Muka you pucat macam orang tak cukup darah saja,” kata Hyorin sambil tangannya menyentuh dahi Leeteuk. Leeteuk mengalihkan tangan Hyorin. Leeteuk bangun dari baringannya.
“Okay. Dah sihat,” kata Leeteuk.
“No! Jom, I bawa you pergi ke klinik,” kata Hyorin mempelawa. Tangan Hyorin sekali lagi merayap ke muka Leeteuk. Leeteuk segera menepisnya.
“It’s okay. I dah makan ubat tadi,” kata Leeteuk. Taeyeon masuk ke bilik Leeteuk tanpa mengetuk terlebih dahulu, melihat adegan melampau Hyorin. Taeyeon keluar dari bilik itu dengan menutup pintu bilik itu dengan kuat sehingga mengejutkan Leeteuk dengan Hyorin. Dalam kepala Leeteuk, mesti Taeyeon melihat kejadian tadi. Leeteuk segera bangun dan keluar dari bilik itu, meninggalkan Hyorin yang kebingungan.
“Jung Soo, you nak ke mana tu? You kan tak sihat!” jeritan Hyorin tidak diendahkan Leeteuk. Segera dia mencari Taeyeon.
“Tahu Taeyeon ke mana?” tanya Leeteuk kepada Eunjung yang siap untuk keluar makan tengah hari setelah melihat tempat duduk Taeyeon kosong.
“Err... keluar makan kat restoran depan tu,” kata Eunjung yang kehairanan. Leeteuk tanpa membuang masa menuju ke restoran yang dimaksudkan oleh Eunjung. Restoran itu sesak dengan pelanggan. Maklumlah, sekarang ni tengah hari. Orang mestilah ramai. Leeteuk tercari-cari kelibat Taeyeon.
Setelah lama mencari, mata Leeteuk tertumpu kepada satu susuk tubuh manusia yang dikenalinya. Taeyeon duduk dengan Minzy di meja makan itu. Leeteuk segera mendekati mereka. Leeteuk duduk di hadapan Taeyeon. Taeyeon terkejut. Begitu juga dengan Minzy. Boss besar duduk semeja dengannya. Taeyeon bersedia untuk bangun namun ditarik oleh Leeteuk.
“I’m sorry. Dia tak  boleh dikawal,” kata Leeteuk. Tangan Taeyeon digenggam erat. Rakan office Taeyeon yang lain berbisik antara satu sama lain. Memang benar mereka menjalini hubungan. Sah dan sahih! Leeteuk memekakkan telinganya daripada memdengar gosip-gosip yang tak betul langsung. Mata Taeyeon digenangi air matanya. Tunggu empangan itu bocor saja. Dia tidak tahan mendengar suara-suara sumbang yang mengata tentang dirinya.
“I’m sorry. Biarkan saya sendirian dulu,” kata Taeyeon. Leeteuk melepaskan genggaman tangannya. Taeyeon bangun dan dia ingin keluar dari restoran itu. Terasa bahang bila berada di dalam restoran itu.
“Ya! Kim Taeyeon-ah! Berani awak nak tinggalkan saya sendirian!” jerit Leeteuk. Semua mata tertumpu kepada Leeteuk. Taeyeon mengalihkan pandangannya kepada Leeteuk. Bulat mata Leeteuk memandang Taeyeon dengan renungan yang tajam.
“Biarkan apa yang mereka nak kata. Awak tahukan apa yang mereka kata tu semuanya tak betul. Semuanya salah. Saya cinta awak. Dan awak juga cintakan sayakan?” tanya Leeteuk kepada Taeyeon. Lambat-lambat Taeyeon mengangguk. Air matanya mengalir jatuh. Leeteuk terbatuk-batuk.
“Kalau macam tu, kita kahwin nak?” tanya Leeteuk kepada Taeyeon. Leeteuk sedang melamar Taeyeon dihadapan semua orang. Taeyeon terkejut dengan lamaran Leeteuk. Dia tidak sangka yang Leeteuk akan melamarnya dihadapan semua orang. Leeteuk inginkan kepastian.
“Taeyeon? Nak tak? Kalau tak, sudahlah! Saya cari orang lain,” kata Leeteuk kecewa. Mata yang memerhatikan drama yang dilakonkan oleh Leeteuk dan Taeyeon masih setia menanti reaksi seterusnya daripada Taeyeon. Bukan senang nak tonton drama secara live.
“Siapa cakap tak nak?” kata Taeyeon, akhirnya. Leeteuk segara mengalihkan pandangannya. Dia memandang Taeyeon dengan mata yang bersinar-sinar.
“Betul?” tanya Leeteuk.
“Betullah!” Taeyeon menjawab.
“Apa yang betul?” tanya Leeteuk kembali. Taeyeon berasa geram.
“Apa yang Leeteuk tanya tadilah!” jawab Taeyeon. Leeteuk tersenyum. Leeteuk berjalan menuju ke Taeyeon.
“Apa yang Leeteuk tanya?” tanya Leeteuk. Sengaja dia mahu mempermainkan Taeyeon. Taeyeon bertambah geram. Taeyeon mengangkat penumbuknya.
“Nak kena ni ke?” pertanyaan Leeteuk dibalas dengan pertanyaan. Leeteuk tersengih. Taeyeon diraih ke dakapannya.
“Saranghae!”Leeteuk berbisik kepada Taeyeon.  Taeyeon geli hati.
“Saranghae!” Taeyeon juga tidak mahu melepaskannya. Mereka saling berpelukkan.
“Yeah! Tahun ni kita dapat bonus!” ada satu suara sumbang mengejutkan Leeteuk dan Taeyeon. Mereka terlupa ada mata yang memerhatikan gelagat mereka. Mereka yang mendengar suara tadi ketawa terbahak-bahak.

To Be Continued . . .