Minho & Yoogeun |
Luna f(x) |
“Appa~ Esok ada hari ibu bapa dan guru. Appa datang tak?” tanya Yoogeun.
“Hari ibu bapa dan guru? Sudah tentulah appa akan datang!” kata Minho. “Appa
janji?” “Janji, sayang~” Minho berjanji. “Yeay~ Appa akan datang!!” Yoogeun
berasa gembira. “Kalau macam itu, Yoogeun kena tidur awal. Nanti kalau Yoogeun
bangun lambat, appa akan tinggalkan Yoogeun,” kata Minho. “Baik, boss!!” kata
Yoogeun kemudian segera masuk ke dalam biliknya.
Kemudian, Minho
mendail nombor telefon setiausahanya. “Esok saya tak masuk kerana menghadiri
perjumpaan ibu bapa dan guru di sekolah Yoogeun. Jadi, tolong batalkan semua
temu janji saya esok,” kata Minho memberi arahan. “Baiklah boss!” setiausahanya
mematuhi arahan ketua.
~~
“Cikgu~ Ini appa saya!” Yoogeun memperkenalkan Minho kepada guru kelasnya
setelah selesai sesi pembelajaran. “Oh~ Annyeonghasaeyo~ Saya guru kelas
Yoogeun, Cik Luna.” Luna memperkenalkan dirinya. “Annyeonghasaeyo, saya Choi
Minho, bapa kepada Yoogeun~” Minho pula memperkenalkan dirinya. Kemudian mereka
berdua berjabat tangan. “Bagaimana dengan prestasi Yoogeun setakat ini? Ada dia
buat masalah kah?” tanya Minho.
“Yoogeun seorang budak yang baik. Dia dengar kata guru dan segala kerja
sekolah yang diberikan, dia siapkan dengan sempurna,” kata Luna memuji Yoogeun.
“Bagus lah kalau macam itu,” kata Minho. Dia lega apabila mendengar pujian yang
diberikan olah Luna. Tiba-tiba telefon Minho berdering. “Maafkan saya,” kata
Minho. Kemudian, Minho menjawab panggilan telefon yang diterima.
“Yoogeun, mari kita pulang!” Minho memanggil Yoogeun yang sedang sibuk
berbual dengan rakannya. “Saya minta diri untuk pulang dulu,” kata Minho kepada
Luna. Wajah kelihatan serius sekali.
~~
“Yoogeun~ Awak tidak balik lagi?” tanya Luna. Yoogeun hanya menggeleng dan
tidak memandang wajah Luna. “Selalunya siapa yang ambil awak?” tanya Luna.
“Appa~” kata Yoogeun lemah. “Mungkin appa sibuk. Apa kata kalau cikgu teman
kamu menunggu appa kamu?” kata Luna. Yoogeun hanya mengangguk. “Kita tunggu
sama-sama, ya?” kata Yoogeun. Yoogeun hanya mendiamkan diri dan tidak berkata
apa-apa.
Tidak lama
selepas itu, sebuah kereta muncul di hadapan sekolah. Appa Yoogeun keluar dari
kereta dengan muka yang bercelaru. “Yoogeun, maafkan appa. Appa tadi ada hal
yang tidak dapat dielakkan. Maafkan appa, ya sayang~” kata Minho. Yoogeun hanya
mengangguk. “Terima kasih Cik Luna kerana temankan Yoogeun,” kata Minho. “Itu
perkara kecil saja~” kata Luna. “Yoogeun lapar~” kata Yoogeun. “Mari kita pergi
makan. Cikgu ikut kami sekali boleh? Sebagai tanda terima kasih,” kata Minho.
“Baiklah~”
~
“Terima kasih sekali lagi kerana temankan Yoogeun. Tadi memang saya ada hal
yang tidak dapat saya elakkan.” Kata Minho. “Sama-sama~ Sebagai seorang guru,
memang patut saya buat begitu, tidak sanggup saya meninggalkan Yoogeun seorang
diri,” kata Luna. “Kebelakang ini saya amat sibuk kerana ada barang yang baru
perlu dipasarkan,” kata Minho. “Oh, begitu! Pasti awak letih,” kata Luna.
~~
“Hujung minggu ini cikgu sibuk tak?” tanya Minho. “Tidak. Kenapa?” tanya
Luna pula. “Saya ingat nak ajak cikgu piknik di air terjun yang ada di hujung
daerah.” Kata Minho. “Piknik di air terjun? Rasanya boleh,” Luna bersetuju
dengan cadangan yang diberikan oleh Minho. “Yeay~ Cikgu akan ikut sekali~” kata
Yoogeun dengan gembira.
“Kamu suka kalau cikgu pergi sekali?” tanya Luna. “Suka sangat!” kata
Yoogeun.
~~
“Nak tanya sikit boleh tak?” kata Minho. “Apa dia?” “Orang secantik cikgu
ini sudah ada kekasih hati, kah?” tanya Minho. Luna ketawa. “Kenapa? Lawak
sangatkah soalan saya?” kata Minho. Berkerut dahinya. “Tidak. Buat masa sekarang ini, saya mash
belum ada kekasih hati. Tapi, teman lelaki itu memang ramai!” kata Luna.
“Kalau macam itu, cikgu dating lah dengan appa saya! Appa saya juga seorang
yang tiada kekasih hati tetapi ada ramai teman wanita!” kata Yoogeun. “Kamu
Yoogeun, buat appa rasa serba salah pula!” kata Minho yang malu mendengar
kata-kata Yoogeun. “Kecil-kecil lagi sudah tahu makna kekasih hati. Yoogeun
sudah ada kekasih hati kah?” tanya Luna.
“Ada! Namanya Irin.” Kata Yoogeun dengan bangga. “Appa tidak tahu pun?” kata
Minho. “Cikgu kenal tak?” tanya Luna. “Tak~ Dia sekolah di tadika.” Kata
Yoogeun. “Macam mana Yoogeun kenal dengan dia?” tanya Minho. “Dia duduk selang
dua rumah dari rumah kita.” Kata Yoogeun.
“Oh, begitu~ Comel tak dia?” tanya Luna. “Comel~ Nanti Yoogeun kenalkan pada
cikgu dan appa~” kata Yoogeun.
~~
“Appa ada pertandingan karokae lah! Appa masuklah!” kata Yoogeun ketika
berjalan-jalan di pusat beli-belah. “Tak nak lah! Appa malu lah!” kata Minho.
“Masuklah~ saya nak juga dengar suara awak yang emas itu~” kata Luna memujuk.
“Suara saya tidaklah sedap sangat~” kata Minho menafikan apa yang dikatakan
Luna. “Jangan tipulah! Yoogeun kata awak suka berkarokae~ jangan lah malu-malu
pula~” kata Luna. “Baiklah! Demi Mr.
Yoogeun dan Cik Luna, saya sahut cabaran anda berdua!” kata Minho akhirnya
mengalah.
~
“Saya Choi Minho, ingin menyanyikan lagu Because I Miss You dari Jung Yong
Hwa untuk Luna.” Kata-kata Minho membuatkan Luna terkejut. Kemudian, Minho mula
menyanyikan lagu itu. Lunak sekali suaranya bak Choi Minho dalam kumpulan idol
Korea yang bernama SHINee. ( -_-‘ )
Always under exactly the same sky, always exactly the same dayOther than your not being here, there’s nothing different at allI just want to smile, want to forget everythingJust like absolutely nothing has happened, smiling to live my daysMiss you, miss you so much, because I miss you so muchEveryday all by myself, calling and calling youWant to see you, want to see you, because I want to see you so muchNow it’s like I have this habit, keep calling out your nameIt’s the same todayI thought I’d let go, not leaving anything behindNo, no, now I still can’t let you goMiss you, miss you so much, because I miss you so muchEveryday all by myself, calling and calling youWant to see you, want to see you, because I want to see you so muchNow it’s like I have this habit, keep calling out your nameIt’s the same todayEveryday, everyday, it feels like I’m gonna die, what should I do?Love you, love you, I love youI hadn’t even spoken the words, I just let you goSorry, sorry, do you hear my wordsMy late confession, can you hear itI love you
Setelah selesai
menyanyikan lagu itu, tepukan gemuruh kedengaran. “Terpukau para penonton
mendengarnya!” kata MC.
“Hebatlah appa! Malu Jung Yong Hwa kalau dia dengar,” kata Yoogeun memuji.
“Hebat!” Luna pula memberi komen. “Saya ikhlas dengan apa yang saya nyanyikan
tadi,” kata Minho membuatkan Luna terkejut. “Saya benar-benar serius untuk
menjadikan awak ibu kepada Yoogeun dan isteri kepada saya,” kata Minho dengan
wajah serius. Luna tidak menjawab apa-apa.
“Baiklah! Kini tiba masanya saya mengumumkan para pemenangnya! Keputusan
juri telah pun berada di tangan saya,” kata MC. “Tempat ketiga jatuh kepada
Encik Cha Bong Joon. Dipersilakan Encik Cha Bong Joon naik ke pentas untuk
menerima hadiah. Tempat kedua pula jatuh kepada Cik Kim Ga Eul yang comel~ dan
pemenang yang mendapat tempat pertama ialah seorang lelaki yang menyanyikan
lagu yang bertajuk Because I Miss You. Dipersilakan Encik Choi Minho untuk
menerima hadiah!!!” kata MC.
“Yeay~ Appa menang!!!” kata Yoogeun dengan gembira. “Jom, kita pergi
makan!!” kata Minho.
~~
“Dah fikir masak-masak soalan yang saya kemukan tempoh hari?” tanya Minho.
“Omma, tak payah fikir panjang-panjang! Yoogeun nak sangat omma jadi omma
Yoogeun!” kata Yoogeun. “Belum apa-apa kamu sudah panggil cikgu kamu omma. Kamu
memang tidak sabar kah?” tanya Minho. Luna tersenyum melihat gelagat Minho dan
anaknya. “Tidak! Yoogeun nak omma!” kata Yoogeun.
“Luna~ Macam mana? Awak setuju tak?” tanya Minho. Luna tidak juga menjawab
pertanyaan Minho. “Omma~” Yoogeun merayu. Kemudian, Luna tersenyum. “Siapa
sanggup menghampakan Yoogeun yang comel ini!” kata Luna. “Itu maknanya
jawapannya ya lah?” Minho inginkan kepastian. Luna mengangguk.
“Yes!” kata Minho dengan gembira. “Yeay~ Yoogeun dapat omma yang baru~”
Yoogeun melompat kegembiraan.