Myungsoo |
Tisya |
Hayoung |
Zelo |
Jiyoung |
Minzy |
Minwoo |
Changjo |
Sungkyu |
Sungjong |
“Tak sangka aku
dapat juga aku masuk sekolah ni,” ujar Hayoung dengan gembira. Tisya tidak
melayannya. Dia sibuk membaca novel yang baru dibelinya.
“Hoi! Kau dengar
tak apa aku kata?” soal Hayoung dengan marah.
“Dengarlah!
Baguslah kau dapat sekolah yang sama dengan aku. Aku ingat tak tengok muka kau
lagi. Aku dah bosan asyik tengok muka yang sama sejak dua tahun yang lalu,”
kata Tisya. Hayoung mencebik. Sampai hati dia kata macam tu.
“Pedulilah kau!
Aku yakin, kali ni kita tak akan sama kelas lagi. Aku pun dah nak termuntah
tengok muka kau. Harap-harap dapat sekelas dengan L,” balas Hayoung. L? Yang berlakon
dalam Dead Note ke?
“Bukan dia orang
Jepun ke?” soal Tisya aneh.
“Orang Jepun?
Siapa?” Hayoung tidak mengerti.
“L. Bukan ke dia
berlakon dalam Dead Note?” Hayoung memtertawakan Tisya.
“Kau fikir dia
sorang saje yang namanya L. Ni L lain lah! Tu lah kau, belajar je tahu. Tapi
perkembangan negara kau tak tahu,” sempat lagi Hayoung mengutuk Tisya.
“Suka hati aku
lah. Bajet macam L tu penting sangat!” Tisya segera menyambung pembacaannya.
“L handsomelah!”
sempat lagi Hayoung memuji L. Tisya membuat muka hendak termuntah.
“Kau sedih ke tak
dapat sekelas dengan aku?” soal Tisya. Bahu Hayoung dipeluk lembut.
“Bila masa aku
nak sedih pasal kau? Aku sedih sebab tak dapat sekelas dengan L! Dia sekelas
dengan kau!” kata Hayoung seakan-akan ingin meraung sekuatnya.
“Sampai hati kau
kata macam tu. Kau lebihkan alien berbanding aku,” Tisya pula merajuk.
“Hari tu kau juga
yang kata kau tak nak sekelas dengan aku lagi dan jangan panggil L alien,”
tambah Hayoung pula.
“Aku main-main
jelah!”
Semua perempuan
menjerit memanggil nama L. Ah! Bingitnya telinga. Dorang semua ni tak tahu ke
ada orang nak belajar. Tisya merungut di dalam hati. Akhirnya dia mengambil
tindakan dengan menyumbat telinganya dengan earphone lalu memainkan lagu yang
ada dalam mp3 nya.
Sedang Tisya
sibuk menghayati lagu, ada seseorang mengetuk mejanya. Tisya memandang gerangan
siapakah yang berani mengganggunya. Membulat mata Tisya memandang orang itu.
Dia ingin berkata-kata, namun tidak mampu. Lidahnya kelu. Lelaki itu
mengukirkan senyuman. Tisya menarik earphone yang menyumbat telinganya.
“Sebelah awak ada
orang tak?” soal Myungsoo. Lambat-lambat Tisya menggeleng. Kemudian Myungsoo
tersenyum. Dia menarik kerusi disebelah Tisya lalu melabuhkan punggung.
Perempuan yang berada di dalam kelas mereka menjerit cemburu.
“Awak . . . awak
nak duduk sini ke?” tanya Tisya dengan tergagap-gagap. Myungsoo mengangguk
laju.
“Kenapa tak boleh
ke?” cepat-cepat Tisya menggeleng kepala.
“Tapi saya tetap
nak duduk sini. Awak kata tadi tak ada orang,” Myungsoo tetap dengan
pendiriannya. Degil betullah! Tisya menghembuskan nafas dengan kasar. Dia
kembali menyumbat telinganya dengan earphone. Buku di hadapan matanya dibaca
semula.
‘Macam mana dia
boleh ada di sini? Bukan dia sibuk dengan muzik ke?’ Tisya tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap bukunya. Tisya memandang ke sebelah kanannya.
Myungsoo sudah hilang. Entah bila masa dia menghilang, Tisya tidak perasanlah
pulak.
“Kenapa awak
asyik pakai earphone je?” soal Myungsoo. Membulat mata Tisya mendengar soalan
dari Myungsoo.
“Semuanya sebab
peminat awak yang memekik tu lah!” kata Tisya dengan garang.
“Awak dengar lagu
apa?” soal Myungsoo lagi. Ish dia ni! Tak boleh tengok aku senang sikit.
“Apa-apa saja
lagu yang sedap di dengar,”
“Lagu Infinite
ada tak?” soal Myungsoo lagi. Tisya menggeleng kepala. Myungsoo segera
mencebik. Dia mengeluarkan mp3nya.
“Dengar yang ni.
Mesti sedap!” kata Myungsoo. Tisya hanya menurut.
“Tisya yang
tersayang, saya minta maaf sebab tak contact awak. Saya tahu saya salah.
Sudikah awak memaafkan saya? Terimalah lagu ni, Because I Miss You,” kedengaran
suara Myungsoo. Dia memang sengaja merakamnya terlebih dahulu. Tisya terasa
ingin menangis mendengarnya.
“Sedap kan?” soal
Myungsoo. Tisya tidak menjawab soal Myungsoo itu. Dia mengambil sehelai kertas
lalu mencoretkan sesuatu.
Masa berlalu dengan pantas. Saya sudi maafkan awak. Tapi untuk menjadi seperti dahulu, saya minta maaf. Saya tak mampu. Awak telah berubah. Saya telah berubah. Banyak benda yang telah berubah. Saya minta maaf.
Myungsoo
membacanya. Dia segera merenyukkan kertas itu. Dia tidak percaya. Dia ingin
bertanyakan hal itu kepada Tisya namun terhalang kerana guru subjek memasuki
kelas.
“Weh, aku dengar
kau duduk sebelah L. Betul ke?” Hayoung tidak percaya. L?
“Myungsoo,
Infinite?” soal Zelo, teman karib Tisya sejak kecil. Dia memandang ke arah
Tisya untuk mendapat kepastian. Tisya hanya mengangguk lemah.
“Bestnya!” Hayoung
menjerit.
“Hayoung, belikan
aku Coke!” kata Zelo sambil menghulur sehelai not kertas kepada Hayoung.
“Kau belanja
aku?” soal Hayoung. Zelo hanya mengangguk. Hayoung segera merampas duit yang
dihulurkan Zelo.
“Kau nak apa
Tisya?” soal Hayoung.
“Apa-apa
sajalah,” balas Tisya.
“Okay!” Hayoung
segera berjalan menuju ke kedai yang berhampiran.
“Betul ke apa yang
minah tu kata?” soal Zelo setelah Hayoung menghilang. Tisya sekadar mengangguk.
“Dia kata apa?”
soal Zelo. Tisya hanya menggeleng.
“Pedulilah dia.
Nak hidup atau tak,” kata Tisya.
“Kau tak cintakan
dia lagi kan?” soal Zelo. Tisya diam. Dia kaku. Mengangguk tidak, menggeleng
pun tidak.
“Tisya, kau
jangan buat bodoh je,” pesan Zelo.
“Aku tahulah apa
yang aku nak buat. Lagi satu, Hayoung tak tahu pasal aku dengan Myungsoo. Kau
diam-diam sajalah,” kata Tisya pula.
“Yalah, aku
tahu!”
“Tisya, saya sukakan
awak. Sudi tak kalau awak jadi girlfriend saya?” tanya Minwoo di hadapan semua
pelajar di dalam kelas Tisya. Semua mata memandang Tisya untuk mendapatkan
jawapan. Hanya Myungsoo saja yang kelihatan tidak mempedulikan apa yang
berlaku. Kononnya khusyuk membaca buku dan tidak mendengar apa yang dikatakan
Minwoo kerana menyumbat telinganya dengan earphone.
“Minta maaflah,
saya hargai perasaan awak terhadap saya. Tapi, saya tak mampu membalasnya
kerana sekarang ni saya hanya mahu menumpukan perhatian terhadap pelajaran
saja,” kata Tisya mengecewakan Minwoo.
“Saya akan tunggu
awak,” kata Minwoo. Tisya menunduk memandang buku yang berada di hadapan
matanya. Minwoo masih menunggu jawapan Tisya.
“Jangan buat
janji macam tu. Saya tak nak awak penat menunggu saya,” ujar Tisya sambil
memandang buku. Matanya mula bergenangan air mata. Tunggu masa untuk mengalir
saja.
“Saya tetap akan
tunggu,” balas Minwoo lagi. Dia tidak mahu mengalah. Air mata Tisya sudah pun
mengalir.
“Kenapa saya
bodoh sangat menunggu sesuatu yang belum pasti?” soal Tisya perlahan. Minwoo
tidak mendengar apa yang dikatakan Tisya. Mata Myungsoo sudah bertukar merah.
Dia segera bangun dan keluar dari kelas itu.
Myungsoo menumbuk
dinding sepuas hatinya. Tangannya yang sudah berdarah tidak dihiraukannya.
Baginya sakit tangannya tidak seberapa berbanding sakit hati Tisya. Setelah
penat, Myungsoo terduduk sandar pada dinding.
“Saya salah!”
“Ingat tak yang
saya pergi audition untuk jadi artis tu?” soal Myungsoo. Tisya hanya
mengangguk.
“Saya dah
berjaya!” kata Myungsoo dengan gembira.
“Tahniah!” kata
Tisya dengan senyuman yang kelat.
“Kenapa? Awak tak
suka ke?” soal Myungsoo yang menyedari perubahan Tisya. Tisya hanya menggeleng.
“Awak tahukan,
nilah impian saya sejak kecil lagi. Sekarang peluang ada di hadapan mata saya.
Saya tak nak lepaskan peluang itu,” kata Myungsoo. Tangan Tisya diramas lembut.
Tisya mengangguk faham.
“Saya janji,
walaupun sejuta artis cantik depan mata saya, hanya awak yang berada di dalam
hati saya. Tapi awak kena tunggu saya,” kata Myungsoo mengulit janji.
“Janji?” Tisya
inginkan kepastian. Myungsoo mengangkat tangan kanannya seakan-akan bersumpah.
“Janji!”
“Saya akan tunggu
awak!”
“Kenapa tangan
awak ni, Myungsoo?” soal Dr. Park sambil membalut tangan Myungsoo yang luka.
“Tak ada
apa-apa,” kata Myungsoo acuh tidak acuh. Ada seseorang mengetuk pintu bilik
rawatan.
“Masuklah!” ujar
Dr. Park. Tangannya masih ligat membalut tangan kanan Myungsoo.
“Doktor ada ubat
sakit kepala tak?” soal Tisya yang memasuki bilik rawatan itu. Myungsoo kenal
suara itu. Segera dia memandang Tisya.
“Tunggu sebentar.
Biar saya habiskan balutan ni dulu,” kata Dr. Park. Tisya hanya mengangguk
faham.
“Kalau saya dapat
tahu ada barang sekolah yang rosak, saya tak teragak-agak untuk melaporkannya
kepada pihak pentadbiran,” kata Dr. Park memberi amaran kepada Myungsoo setelah
dia selesai membalut tangan Myungsoo.
“Saya fahamlah,”
balas Myungsoo. Segera dia keluar dari bilik rawatan itu.
“Tak faham betul
dengan budak seorang tu. Mesti ada masalah dengan girlfriend lah tu,” kata Dr.
Park. Tisya hanya memasang telinga saja. Di dalam fikirannya sekarang,
bagaimana tangan Myungsoo boleh terluka. Dia bergaduh dengan orang ke?
“Kamu nak apa
tadi?” soal Dr. Park kepada Tisya yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
“Err.. ubat sakit
kepala,” kata Tisya. Dr. Park mengangguk faham.
You know we loved each other, during those many days together You know we were hurt together, without even caring if it was the other’s businessWhere are you now? Can’t you hear my voice? My pained heart is looking for you, calling out for you, like crazyMy heart, my tears, then my memories of you Drop by drop, are falling inside my heart again Though I cry, though I cry, following the memories I can’t erase Again today, my empty heart is drenchedYou know we liked each other, you laughed at my little smile You know we cried together, you were pained by my tearsWhere are you now? Can’t you see how tired I am? My pained heart is looking for you, calling out for you, like crazyWill you come back to me? While I keep calling your name everyday I’m wandering inside this desperate longing, looking for youMy love, my tears, my memories of you Drop by drop, are falling inside my heart again Though I cry, though I cry, following the memories I can’t erase Again today, my empty heart is drenched
Nyanyian Myungsoo
mendapat sambutan hangat. Sungguh beremosi sekali. Penonton yang menghadiri
konsert mini anjuran sekolahnya memberi tepukan yang gemuruh buat Myungsoo.
“Sedihnya lagu
yang dia nyanyi!” kata Hayoung. Tisya hanya tersenyum kelat.
“Jom kita pergi
jumpa L!” kata Hayoung. Dia menarik tangan Tisya agar Tisya mengikutnya untuk
bertemu dengan Myungsoo. Tisya hanya mengikut sahaja.
“Hai!” tegur
Hayoung sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Myungsoo. Myungsoo
mengukirkan senyuman.
“Hai! Awak
siapa?” soal Myungsoo.
“Hayoung, kawan
baik Tisya sejak menengah rendah,” kata Hayoung dengan ceria. Myungsoo
mengangguk ngerti.
“Sedaplah awak
nyanyi tadi!” kata Hayoung memuji. Tisya hanya mendiamkan diri saja. Myungsoo
tersenyum mendengar pujian itu.
“Tisya!” laung
seseorang. Myungsoo memusing ke belakang. Zelo.
“Mana korang
menghilang? Penat aku cari,” rungut Zelo sambil menyerahkan secawan Coke kepada
Tisya dan Hayoung.
“Sorry. Ni hah,
Hayoung! Terhegeh-hegeh sangat nak jumpa L dia,” kata Tisya.
“L?” Zelo
mengalihkan pandangan. Senyuman diberikan buat Myungsoo.
“Hai! Zelo!” kata
Zelo memperkenalkan diri kepada Myungsoo. Myungsoo pelik. Takkan budak ni dah
lupakan aku sedangkan Tisya tak pernah pun lupakan aku. Hilang ingatan kot
budak ni. Myungsoo menyambut huluran tangan Zelo sambil tersenyum kelat.
“Myungsoo,” kata
Myungsoo ringkas.
“Dah jom pergi
shopping! Nanti lambat pula,” kata Zelo. Tangan Tisya dicapainya. Tisya
membiarkan sahaja. Zelo dan Tisya berjalan meninggalkan Myungsoo dan Hayoung.
Myungsoo memandang pasangan itu dengan hati yang lara.
“Saya pergi dulu
ya! Bye bye!” kata Hayoung sebelum meninggalkan Myungsoo sendirian. Myungsoo
tersenyum kelat ke arah Hayoung.
“Betul tu! Aku
perlukan kehidupan baru tanpa kau,” kata Myungsoo seorang diri.
Sejak dari itu,
Myungsoo tidak pernah bercakap dengan Tisya lagi. Tisya juga perasan akan
perubahan Myungsoo itu. Namun dia biarkan sahaja. Malas dia mahu mengusutkan
kepalanya memikirkan soal Myungsoo.
Kadang-kadang
Myungsoo tidak hadir ke sekolah kerana menghadiri aktiviti kumpulannya. Sudah
seminggu Myungsoo tidak hadir ke sekolah kerana ke luar negara untuk
mempromosikan album terbaru kumpulannya.
“Hari ni L datang
sekolah tak?” soal Jiyoung.
“Entahlah! Dah
seminggu dia tak datang sekolah. Rindulah kat dia,” kata Minzy pula. Tisya
hanya memasang telinga sahaja.
“Annyeong!” satu
suara yang cukup dikenali menyapa seisi kelas dengan suara yang ceria. Semua
mata memandang ke arahnya.
“Annyeong!” Jiyoung
dan Minzy gembira melihat wajah yang sudah seminggu tidak hadir ke sekolah.
Myungsoo berjalan menuju ke tempat duduknya.
“Selamat kembali,
L!” tegur Jiyoung.
“Terima kasih!”
balas Myungsoo.
“Macam mana
dengan keadaan di luar negara?” soal Minzy pula.
“Best! Saya ada
cendarahati buat kamu semua,” kata Myungsoo sambil mengeluarkan satu plastik
berwarna putih jernih. Semua budak kelasnya berkumpul di mejanya.
“Pilihlah yang
mana kalian suka,” kata Myungsoo.
“Terima kasih L!”
Jiyoung dan Minzy gembira sekali. Budak kelasnya yang lain juga begitu.
Maklumlah dapat hadiah daripada artis terkenal.
“Sama-sama,”
balas Myungsoo. Masing-masing sudah kembali ke tempat duduk masing-masing
setelah guru kelas mereka memasuki kelas.
“Saya dah fikir
masak-masak,” kata Myungsoo.
“Soal apa?” tanya
Tisya.
“Pasal kita,”
Myungsoo diam seketika. Tisya masih sabar menanti butir bicara Myungsoo.
“Saya sangat
cintakan awak sejak dulu lagi. Saya minta maaf kerana buatkan awak menunggu
begitu lama. Saya rasa saya patut biarkan awak pergi. Biarkan awak dengan
kehidupan awak. Saya minta maaf kerana mengganggu hidup awak. Saya akan bina
hidup yang baru tanpa awak,” ujar Myungsoo.
Tanpa menunggu
balasan Tisya, Myungsoo segera mematikan talian. Dia tidak mahu Tisya mendengar
dia menangis. Ini cukup menyakitkan apabila terpaksa memlepaskan orang yang
kita sayang. Air mata Myungsoo mengalir laju.
“Berita sekolah
terhangat! Kim Myungsoo atau dikenali sebagai L daripada kumpulan yang baru
menempa nama di peringkat antarabangsa, Infinite telah putus cinta dengan
kekasihnya,” kata seorang announcer. Pelajar perempuan yang mendengarnya
menjerit. Tisya juga terkejut.
“Saya rasa saya
patut biarkan awak pergi. Biarkan awak dengan kehidupan awak. Saya minta maaf
kerana mengganggu hidup awak. Saya akan bina hidup yang baru tanpa awak,”
kedengaran suara Myungsoo berkata. Kemudian dia menangis.
“Tak! Itu tak
mungkin Myungsoo. Kesian kat dia!” kata Hayoung yang tidak berpuas hati.
“Siapakah
perempuan yang berani couple dengan L? Kurang ajar betul! Sampai hati dia buat
L menangis. Tentu dia ada lelaki lain,” kata Jiyoung yang tidak berpuas hati.
Tisya tidak jadi hendak menelan nasi gulung yang dibawanya dari rumah.
“Entah! Kalau aku
dapat tahu siapa perempaun tu, aku akan cincang dia buat sup!” tambah Hayoung
pula. Tersedak Tisya mendengarnya. Aku juga yang disalahkan. Korang semuanya
nampak Myungsoo sorang je yang baik sangat.
“Kau nak ke mana
tu?” soal Hayoung apabila Tisya bangun dan ingin keluar dari kelas.
“Aku nak pergi
tempat yang aman sikit. Bukannya si Myungsoo tu nak mati pun,” kata Tisya.
Bingit telinganya mendengar teriakan perempuan yang gedik tu.
“Kalau dorang
semua tahu yang perempuan tu saya, tentu saya kena pulau dari dorang,” kata
Tisya. Myungsoo menoleh ke belakang. Kelihatan Tisya sedang berdiri beberapa
meter di belakangnya.
“Sorry! Tak tahu
pula ada orang dengar dan rakam,” kata Myungsoo. Dia berasa amat bersalah
dengan Tisya. Nasib baik dia tidak menyebut nama Tisya. Kalau tak sudah tentu
Tisya kena hentam dengan pelajar perempaun sekolah ini. Tisya duduk di sebelah
Myungsoo.
“Kenapa awak duduk
sini?” soal Myungsoo.
“Suka hatilah!
Macamlah sekolah ni bapak dia yang punya,” marah Tisya. Akhirnya Myungsoo
mengalah. Mereka diam buat beberapa minit sebelum Tisya membuka bicara.
“Kenapa awak
mengalah?” soal Tisya.
“Sebab saya
pengecut. Saya sayangkan awak sangat sangat!!” kata Myungsoo.
“Jadi, kalau kita
sayangkan seseorang tu, kita kena lepaskan dia pergi ke?” soal Tisya. Myungsoo
tersengih mendengar soalan Tisya itu.
“Kalau macam tu,
saya nak tanya satu soalan. Sudi tak awak beradi di sisi saya buat
selama-lamanya?” soal Myungsoo sambil memandang Tisya mengharapkan jawapan ya
daripada Tisya.
“Apa yang saya
dapat kalau saya menerimanya?” soal Tisya hanya sekadar menduga Myungsoo.
“Saya seorang
yang setia. Buktinya, walaupun saya berjauhan dengan awak untuk lebih daripada
tiga tahun, saya tetap teringatkan awak. Walupun berjuta perempuan cantik yang
telah saya jumpa, tak ada yang lebih cantik berbanding awak,” kata Myungsoo.
“Tapi saya tak
sanggup tunggu awak lagi,” kata Tisya.
“Hanya kerana
awak penat menunggu, awak nak lupakan saya? Berbaloi kah?” soal Myungsoo.
“Semua ni saya
buat demi masa depan saya dan masa depan awak. Saya janji selepas awak dapat
kerjaya yang bagus, saya akan datang melamar awak dalam keadaan yang cukup
romantis,” kata Myungsoo. Tangan Tisya diramas lembut. Tisya hanya diam.
“Macam mana kalau
awak mungkir janji?”
“Setakat ni,
pernahkah saya memungkiri janji?” soal Myungsoo kembali. Tisya menggeleng.
“Sudikah awak
menjadi kekasih saya?” tanya Changjo di hadapan Tisya. Myungsoo di sebelah
berdehem perlahan. Tisya mengukirkan senyuman manis buat Changjo.
“Saya hargai
perasaan awak, tapi saya tak boleh menerimanya. Saya minta maaf ya!” ujar Tisya
dengan lembut.
“Yakah? Adakah
alasannya sama seperti dulu?” soal Changjo yang sedikit kecewa. Tisya hanya
memberikan senyuman. Adakah sebab tetap sama?
“Tak apalah! Saya
keluar dulu,” ujar Changjo setelah soalannya tidak dijawab oleh Tisya.
“Ramai betul
peminat,” ujar Myungsoo perlahan. Takut ada pula yang memasang telinga. Tisya
tersengih mendengarnya.
“Lagi ramai
peminat awak,” balas Tisya.
“Kenapa nak jumpa
sekarang?” soal Tisya. Keadaan kelas sunyi kerana semua pelajar sudah
pulang. Myungsoo mendekati Tisya.
“Saja. Dah lama
kan kita tak berdua macam ni,” ujar Myungsoo.
“Siapa suruh
sibuk sangat?”
“Tak suka ke
kalau buah hati dia selalu sangat muncul dalam tv?” soal Myungsoo sambil
mencuit hidung Tisya. Tisya menggeleng.
“Nanti ramai
sangat perempuan yang jatuh cinta pada kekasih dia,” ujar Tisya. Myungsoo
ketawa kecil.
“Jealous ke?”
dengan beraninya Tisya mengangguk.
“Then, I’m
sorry!” ujar Myungsoo.
“Kenapa?” Tisya
hairan. Myungsoo menggeleng kepala.
“Saya hanya rasa bersalah pada awak,” ujar Myungsoo. Dia memeluk bahu Tisya
lalu dia mengusap lembut. Tisya menjatuhkan kepalanya di atas bahu Myungsoo.
“Saya kena bersabar, dan awak pun kena bersabar juga,” kata Tisya.
“Kenapa saya kena bersabar?” soal Myungsoo hairan. Tisya hanya tersenyum.
“Oh, ya! Saya terlupa yang kekasih saya sorang ni ada ramai sangat peminat,”
kata Myungsoo setelah mengingati kejadian tengah hari tadi. Tisya ketawa kecil.
“Betulkah? Tak sangka betul. Rupa-rupa dialah punca L berpisah dengan bekas
kekasihnya,” kata Jiyoung. Minzy hanya mengangguk.
“Hayoung, kenapa ni?” Tisya hairan dengan perubahan Hayoung yang dingin
terhadapnya.
“Rupa-rupanya, dalam diam kau bermain cinta dengan L kan? Dasar perempuan
plastik!” jerkah Hayoung. Tergamam Tisya mendengarnya.
“Dasar perempuan tak tahu malu,” marah Minzy kepada Tisya. Tisya segera
memasuki kelasnya. Semua mata memerhatinya bagaikan seorang pesalah. Tisya
segera mengambil tempat duduknya. Diam dia di situ tanpa sebarang bicara. Rasa
nak menangis sahaja ketika itu.
Kedengaran suara Minzy dan Jiyoung yang bergosip dengan pelajar perempuan
yang lain. Ada juga yang mentertawakannya. Apabila Myungsoo melangkah masuk ke
dalam kelas, semua menjadi senyap.
“Awak okay?” soal Myungsoo perlahan. Tisya hanya kaku. Pagi tadi Myungsoo
menerima satu MSM daripada nombor yang tidak diketahuinya. Gambar dia dan
Tisya. Tisya sedang meletakkan kepalanya di atas bahunya. Tidak lama itu, guru
pun masuk untuk memulakan sesi pembelajaran.
“Dengar sini! Kalau ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku
sekarang, sila tulis di atas sehelai kertas. Saya menjawabnya satu per satu,”
ujar Myungsoo dengan lantang di kafe sekolah. Setelah sejam dia membuat
pengumuman itu, Myungsoo menerima berpuluh-puluh helai kertas.
“Baiklah semua, hari ini Myungsoo akan menjawab soalan yang telah dipilih.
Soalan yang tidak terpilih akan Myungsoo tulis sendiri jawapannya,” kata
seorang jurucakap melalui corong speaker seluruh sekolah.
“Soalan pertama daripada Loverble, adakah awak berpisah dengan kekasih lama
awak kerana Tisya? Sila jawab dengan jujur,”
“Baiklah. Sebenarnya, saya tidak berpisah dengan kekasih lama saya. Keadaan
yang sebenarnya, saya sudah kembali berbaik semula dengan kekasih saya. Dan
orang yang telah lama saya sayangi ialah Tisya. Dari dulu sampai sekarang,”
jawab Myungsoo.
“Baiklah. Soalan kedua daripada Yuna. Sejak bila awak couple dengan Tisya?”
“Sejak tahun pertama sekolah menengah rendah. Saya dan dia kawan baik sejak
kecil lagi dan kami eratkan lagi hubungan kami sejak naik sekolah menengah
rendah. Tapi kami terputus hubungan apabila saya menjadi trainee,” jawab
Myungsoo.
“Yang terakhir, daripada Park MK. Adakah awak serius dengan Tisya?”
“Tiada perkara serius yang saya lakukan melainkan mencintai Tisya dan
menjadi L,” kata Myungsoo.
“Terima kasih L, kerana membazirkan masa anda untuk menjawab soalan-soalan
ini,”
“Sama-sama. Saya akan mendendang sebuah lagu buat Tisya. Hope you like it,
baby!” kata Myungsoo sebelum memulakan nyanyian.
Baby you light up my world like nobody elseThe way that you flip your hair gets me overwhelmedBut when you smile at the ground it ain’t hard to tellYou don’t know oh ohYou don’t know you’re beautifulBaby you light up my world like nobody elseThe way that you flip your hair gets me overwhelmedBut when you smile at the ground it ain’t hard to tellYou don’t know oh ohYou don’t know you’re beautifulIf only you saw what I can seeYou’ll understand why I want you so desperatelyRight now I’m looking at you and I can’t believeYou don’t know oh ohYou don’t know you’re beautiful oh oh ohYou don’t know you’re beautiful oh oh ohThat’s what make you beautiful
Myungsoo memandang Tisya. Tisya menutup mata Myungsoo dengan telapak
tangannya. Sudahlah dia merenung orang di hadapan pelajar yang lain. Tiba-tiba
Myungsoo berdiri.
“Malam ni, sesiapa pun dijemput hadir ke kafe Fort`e. Infinite akan belanja
malam ni!” kata Myungsoo membuat pengumuman. Dia kembali duduk setelah selesai
membuat pengumuman.
“Jangan lupa jemput Zelo sekali. Dah lama tak jumpa dia,” kata Myungsoo
kepada Tisya. Tisya hanya mengangguk faham.
“Terima kasih kepada semua yang hadir. Sebagai mana semua orang tahu, ini
ialah sambutan Kafe Fort`e yang pertama yang dibuka oleh Sungjong untuk ibunya.
Harap semua bergembira. Kami akan mendendangkan sebuah lagu. Myungsoo, sila
perkenalkan lagu ini!” kata Sungkyu sambil menjemput Myungsoo.
“Baiklah. Lagu ini ditujukan khas buat Cik Choi Tisya. Marry U. Saya harap
semua menyanyi dengan kami sekali. Hope you like it!” kata Myungsoo. Lagu mula
bermain.
Love~ Oh baby my girl~You're my everything, your beauty blinds meMy bride, my present from the heavens aboveAre you happy? There's tears flowing from your eyesUntil the day your black hair turns greyI promise to love you foreverI want to tell you every single day that "I love you"Would you marry me?I want to live loving you and cherishing youI want to put you to sleep in my arms every nightWould you marry me?Will you give my heart this permission?I'll stay next to you for the rest of my life (I do)I love you (I do)Through rain and snow I'll cherish you (I do)I'll take care of you (My love)You in a white dress, me in a tuxedoWe walk step in step underneath the moonI swear, I hate lies, I hate distrustMy princess, my love, stay with meEven though we'll age, I want to live each day smilingWould you marry me?Will you be my everything?Through hardships and troubles (I do)I'll always be there (I do)All the many days we'll spend together (I do)I'm going to be thankful each and every day (My Love)I prepared this for you since long agoPlease take this shiny ring in my handI'll remember this promise we shared with the same heartWould you marry me?I'll stay next to you for the rest of my life (I do)I love you (I do)Through rain and snow I'll cherish you (I do)I'll take care of you (My love)Through hardships and troubles (I do)I'll always be there (I do)All the many days we'll spend together (I do)All I have to give you is my loveThat's all I've got to offerI know I lack many things but not my loveI'll look out and take care of youWill you promise me just one thing?No matter what happensWe'll always love each other... That's allWill you marry me?I do
Semua yang hadir menyanyi bersama Infinite. Mereka ramai-ramai menyebut ‘I
Do’ serentak. Tisya turut menyanyi bersama. Myungsoo menyanyi pada bahagian rap
yang terakhir.
“All I have to give you is my love. That's all I've got to offer. I know I
lack many things but not my love. I'll look out and take care of you. Will you
promise me just one thing? No matter what happens. We'll always love each
other... That's all,” Myungsoo melakukan rap sambil menghampiri Tisya. Setelah
habis menyanyi, Myungsoo melutut di hadapan Tisya menyebab para peminat
menjerit bagaikan kena histeria.
“Will you promise to me that you will always love me?” soal Myungsoo. Tisya
tersenyum.
“Dari dulu sampai sekarang dan untuk selamanya, hanya awak di dalam hati
saya,” balas Tisya. Myungsoo tersenyum gembira.
“Tahniah, hyung!” kata Sungjong. Semua hadirin bertepuk tangan. Myungsoo
berasa amat gembira. Mini concert itu diakhiri dengan persembahan Infinite
dengan lagu, The Chaser. Ketua mereka, Sungkyu sempat juga membuat persembahan
solo dengan lagunya, 60 Seconds.