Wednesday, November 14, 2012

FANFIC : Star

Baro B1A4

Minah Girls' Day

Kiseop Ukiss

Yoseob BEAST

Naeun A-Pink

Lee Joon MBLAQ

Bi Rain







“Awak tengah berlatihkah?” tanya Minah mengejutkan Baro yang sedang termenung. “Awak butakah?” kata Baro. Minah tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Baro. Baro meninggalkan Minah. “Kenapa awak nak berhenti dari berlari? Awak takut kalahkah?” tanya Minah membuatkan Baro berhenti. “Awak pengecut.” Kata Minah dengan perlahan namun Baro dapat mendengarinya. “Kau diam! Kau tak tahu apa-apa langsung. Jadi jangan nak masuk campur,” Baro marah.
 Baro terus berjalan meninggalkan Minah seorang diri di padang yang luas. Minah kecewa dengan sikap Baro. “Budak tu memang keras kepala. Untuk cairkan kepala dia tu, kena ada api yang sangat besar!” kata Kiseop. Minah mencari-cari suara siapakah itu. “Dekat atas lah!” kata Kiseop yang melihat Minah mencarinya. “Senior~”
“Dah lama senior kat sini?” tanya Minah. “Lama lah jugak. Baru nak tengok si Baro tu tunjuk skill, kau pula datang mengganggu.” Kata Kiseop dengan serius. “Yakah!? Maafkan saya~” kata Minah dengan serba salah. Kiseop ketawa melihat telatah Minah. “Saya bergurau sajalah! Janganlah ambil hati~” kata Kiseop. “Yakah!?” Minah rasa tertipu. “Tapi, si Baro tu memang keras kepala. Dirinya masih di zaman lampau.” Kata Kiseop, namun Minah tidak memahaminya. “Apa yang dimaksudkan oleh senior?”
~
“Awak okay, Yoseob?” tanya Baro yang kelihatan sedih. “Awak bodoh! Kenapa patah balik? Sepatutnya awak habiskan larian!” Yoseob marah. “Tapi, saya nak tolong awak. Kitakan kawan~” Kata Baro. “Babo~ Di atas  trek, hubungan kita ialah musuh yang ingin mendapat pingat emas.” Kata Yoseob lagi. “Kenapa awak cakap macam ni?” tanya Baro yang tidak faham akan sikap Yoseob. “Awak terlalu baik, Baro. Sebab itulah ramai yang pijak kepala awak!” kata Yoseob. Baro terdiam. “Lagi pula, awak dah lepaskan peluang awak untuk ke peringkat kebangsaan. Saya kecewa dengan awak!” kata Yoseob membuatkan Baro bertambah sedih.
~
“Kita putus sajalah~” kata Na Eun. “Tapi kenapa?” tanya Baro yang tidak berpuas hati. “Saya rasa Lee Joon lagi handsome dah popular dari awak. Lagi pun dia tu lebih baik dari awak.” Kata Na Eun secara terang tanpa berselindung. “Lee Joon?!” Baro tidak mempercayainya. “Kau dengar tu, kawan? Kau memang tak layak untuk dialah! Lari pun pancit, ada hati nak lawan dengan aku?” tanya Lee Joon dengan sombong. “Jomlah sayang! Saya rasa panas lah dekat sini,” Na Eun mengajak Lee Joon pergi.
~J~
“Kejohanan tahun dah nak bermula. Awak tak terfikir nak masuk kah?” tanya jurulatih, Mr. Rain seakan-akan memujuk Baro. “Suruh sajalah Minho masuk.” Kata Baro. “Awak pastikah?” Mr.Rain inginkan kepastian. “Awak tahu tak yang Lee Joon sekarang ini bersekolah di Mapo High School. Which mean, kita akan jumpa dia,” kata Kiseop. Baro terdiam. “Apa kena mengena dengan saya?” tanya Baro.
“Keras kepala betul budak ni!” Mr. Rain berasa geram dengan sikap Baro. “Sabar, Mr. Rain! Sabar~” Kiseop menenangkan Mr. Rain. “Kalau dia anak saya, dah lama saya panggang di atas api yang besar. Baru dia menyesal kata macam tu!” kata Mr. Rain. “Masalahnya Mr. Rain, dia tu bukannya anak Mr. Rain.” Kata Kiseop. “Begini sajalah. Awak umumkan tentang pemilihan wakil sekolah untuk kejohanan daerah pada hari sabtu ini pukul 3 petang di padang. Lantak dialah kalau dia nak datang atau pun tidak.” Kata Mr. Rain memberi arahan. “Baiklah!”
~J~
“Awak nampak tak bintang tu?” tanya Minah. Baro mendongak melihat langit malam. “Banyak sekali bintang di langit pada malam ni,” kata Minah. Baro hanya mendiamkan diri. “Saya harap awak pun menjadi bintang yang menyinari sekolah kita. Dah lama sekolah kita tak pergi ke peringkat kebangsaan. Mr. Rain tentu dah rindu nak tengok pelajar-pelajarnya menjejakkan kaki ke peringkat kebangsaan.” Kata Minah lagi. Baro melihat wajah Minah yang sedang memandang ke langit.
“Saya merupakan peminat awak! Abang saya juga!” kata Minah. “Abang?” spontan Baro berkata. “Abang saya, Yoseob. “ kata Minah. “Yoseob?” Baro terkejut bila mendengar nama itu. “Abang saya kata awak merupakan bintang yang sentiasa menerangi malam yang gelap. Tapi saya rasa abang saya dah salahlah! Saya rasa awak ni bintang yang telah hilang kelipannya.” Kata Minah kemudian melihat wajah Baro.
“Yoseob~” Baro masih menyebut nama itu.
~
“Baro, awak ialah bintang! Saya amat sukakan bintang. Bintang yang tinggi dan susah untuk digapai. Saya suka!” kata Yoseob. “Saya bintang? Kalau saya bintang, awak bulan!” kata Baro bergurau. “Apalah awak! Sampai hati samakan saya dengan bulan yang hanya cantik dari segi luar tapi sebenarnya hodoh di permukaannya.” Kata Yoseob. Dua sahabat itu ketawa bersama-sama.
~
“Bintang yang paling tinggi dan susah untuk digapai itulah yang paling abang saya suka. Tapi, saya suka bintang yang paling bercahaya di langit. Bintang itulah yang membawa kegembiraan kepada saya,” kata Minah lagi. Baro hanya mendiamkan diri. Dirinya tidak melayang ke dunia maya. Dia mendengar setiap kata yang Minah cakap. “Kenapa mesti bintang yang tinggi?” kata Minah. Baro sendiri tidak tahu jawapan bagi soalan Minah. “Baro~ Junior yang paling saya sayang.” Minah mengulangi kata-kata abangnya. “Yoseob kata?” tanya Baro. Minah hanya mengangguk sambil tersenyum.
~J~
“Baiklah, beratur ikut kategori!” Mr. Rain memberi arahan. Para atlit sekolah yang hadiri pada sesi pemilihan bagi mewakili sekolah mengikut setiap arahan yang diberikan oleh Mr. Rain. “Kita mulakan dengan lelaki dahulu!” kata Mr. Rain lagi.
~
“Ke garisan .... Sedia ! .. “ kata Mr. Rain memberi arahan. “Adakah saya terlambat?” tanya Baro. Semua orang yang berada di padang terkejut dengan kehadiran Baro. “Baro~” kata Minah dengan gembira. “Ish, kau ni! Kacau semangat aku sajalah! Mr. Rain saya rasa atlet macam ini tak patut ada dalam pasukan kita. Tidak menepati masa langsung!” kata Kiseop. “Betul tu!” yang lain juga setuju dengan apa yang dikatakan oleh Kiseop. “Benar kata Kiseop. Tiada semangat kesukanan langsunglah awak ni! Awak nak masuk ke tidak?” tanya Mr. Rain.
“Sudah tentulah nak! Kalau tak, buat apa saya dekat sini. Lebih baik saya tengok SNSD buat comeback kat Music Core!” kata Baro. “Kalau macam tu, cepatlah sikit!” kata Kiseop. Baro dengan segera masuk ke trek. “Ke garisan ... sedia ... !! bang!” bunyi pistol angin yang ditembak oleh Mr. Rain. Dalam masa sebelas saat, kelapan-lapan pelari sudah pun tiba di garisan penamat.
“Macam mana kau dapat kekalkan stamina kau dan kelajuan kau? Sedangkan sudah setahun aku tak nampak kau berlari.” Kata Kiseop dengan hairan. “Aku bukan macam kau! Kelajuan perlu dapat dengan latihan. Aku ni dapat kelajuan secara semulajadi.” Kata Baro dengan bangga.
~
“Baiklah! Nama yang saya sebut ini perlu datang latihan setiap petang. Kalau saya tak nampak awak, merit kokurikulum awak akan saya potong sebanyak 5 mata. Faham!” kata Mr. Rain mengugut. “Faham!” serentak mereka berkata. “Faham~” Baro berkata dengan lambat. “Macam siputlah kau ni” Kiseop marah. “Okay! Jangan bergaduh lagi!” kata Mr. Rain.
“Bagi lelaki, Baro, Kiseop, Minho, Jinon, Taefung, Seung Hyun, Siwan, Min Hwan serta Sung Kyu dan Chang Jo. Bagi perempuan pula, Minah, Soyeon, Suzy, Sulli, Jieun, Jooyi, Gaeun, Seung Ah serta Sohyun dan Minji. Bagi yang tak dapat, cuba lagi tahun depan dan esok ada pemilihan untuk acara padang. Siapa yang berminat, sila hadirkan diri anda. Jangan risau, SNSD awak tak akan lari. Kalau tak ada apa-apa lagi, yang tidak terpilih sila tinggalkan padang sekarang.” Kata Mr. Rain membuatkan mereka tertawa. “Macam perli saya saja!” kata Baro. “Ada orang terasa pula~” kata Mr. Rain membalas.
“Mr. Rain, siapa yang jadi kapten pasukan pada tahun ini?” tanya Minho. “Senior Baro atau Senior Kiseop?” tanya Taefung. “Saya dari awal-awal lagi mahu tarik diri daripada jadi kapten. Biarlah Kiseop saja yang jadi!” kata Baro menolak jawatan yang kosong itu. “Kalau Baro dah kata macam tu, Kiseop sajalah yang jadi Kapten pasukan sekolah kita pada tahun ini!” kat Mr. Rain tanpa rasa sangsi lagi. “Bagi saya, saya tiada masalah untuk menerima jawatan ini,” kata Kiseop dengan bangga.
~
“Apa yang mencairkan hati kau tu?” tanya Kiseop. Baro tersenyum. Dia melihat ke langit. Kiseop juga mengikuti tindakan Baro. “Ada apa di langit?” tanya Kiseop. “Bintang,” kata Baro ringkas. “Ingatkan ada apa tadi. So, apa sebab kau berubah fikiran?” tanya Kiseop lagi. “Bintang.” Kata Baro lagi. “Bintang? Kau okay ke tak ni?” tanya Kiseop dengan risau. Kut-kut Baro tersalah makan ubat. Baro hanya tersenyum.
~J~
“First of all, apa yang Yoseob kata memang benar dan yang kedua, terima kasih.” Kata Baro. “Terima kasih untuk apa?” tanya Minah pelik. “Untuk ingatkan saya yang saya merupakan bintang,” kata Baro. “Sama-sama~” kata Minah. “Jom, saya belanja awak makan. Nak tak?” tanya Baro. “wah ada orang nak belanja makanlah! Ini yang tak boleh menolak ni!” kata Minah. “Jomlah!” ajak Baro.
~
“Dah sampai pun!” kata Baro. “Terima kasih kerana teman saya pulang.” Kata Minah. “Sama-sama. Sebagai seorang lelaki yang gentleman, memang patut saya teman awak pulang. Takut nanti kalau awak tak sampai rumah pula,” kata Baro. “Tak nak masuk dulukah?” tanya Minah. “Ada siapa di dalam?” tanya Baro. “Of course lah my parent.” Kata Minah. “Tak apalah. Lain kali sajalah.” Baro menolak pelawaan Minah. “Jomlah! Jangan risau papa dan mama saya tak akan telan awak!” kata Minah memaksa. Akhirnya, Baro akur dengan permintaan Minah.
“Mereka ada dalam bilik. Awak buatlah macam rumah sendiri. Saya nak letak barang dulu.” Kata Minah kemudian masuk ke biliknya. Baro melihat gambar-gambar yang tergantung di dinding. “Yoseob~” kata Baro sedih. “Nak tengok bilik abang?” tanya Minah setelah keluar dari biliknya. Kemudian membuka pintu bilik yang berhadapan dengan biliknya. Baro mengikut Minah masuk ke dalam bilik itu.
“Mama tak kasi langsung Minah sentuh semua barang yang ada dalam bilik ini.” Kata Minah. “Yakah?” Baro tidak percaya. “Itu masa dua tahun lepaskan?” tanya Minah. Baro melihat apa yang ditunjukkan oleh Minah. Baro memerhati gambar itu. Dia cuba mengimbau kembali kenangannya bersama dengan Yoseob. Kemudian, Baro mengangguk-angguk. Baro teringatkan sesuatu. “Baju!” kata Baro.
Kemudian Baro melangkah ke arah almari baju. Dia membuka almari baju dan mencari sesuatu. “Jumpa pun!” kata Baro. Dia mengeluarkan sehelai baju dari almari itu. “Kenapa dengan baju tu?” tanya Minah. “Yoseob pinjam baju ni dan ada sesuatu yang diberikan kepada saya yang saya letak pada baju ni. Saya ingat baju ni sudah hilang bersama-sama dengan barang yang dia beri. Rupa-rupanya, dia belum pulangkan lagi,” kata Baro. Dia menyeluk poket yang ada pada baju tersebut satu per satu. “Jumpa!” kata Baro. Dia memegang seutas rantai yang berbentuk bintang berwarna perak.
“Yoseob kasi ini sebagai hadiah untuk girlfriend. Tapi tak sangka pada keesokkan harinya kami putus.” Kata Baro. “Ingatkan rantai itu untuk girlfriend dia. Rupa-rupanya dia kasi rantai itu kepada awak,” kata Minah yang tidak menyangka. “Yoseob manalah ada girlfriend. Dia cuma ada saya sebagai boyfriend dia saja.” Kata Baro. Minah tersenyum mendengarnya.
~
“Betulkah awak tak mahu ambil balik baju awak itu?” tanya Minah. “Tak! Saya cuma nak rantai ni saja,” kata Baro. “Betulkah?” Minah inginkan kepastian. “Betul~ Saya nak pulang dahulu. Dah lewat malam ni.” Kata Baro meminta izin untuk pulang. “Baiklah. Jumpa lagi esok,” kata Minah.
~J~
~Hari Kejohanan Daerah~
“Tak sangka pula kau masuk tahun ni,” kata Lee Joon memerli.  “Yalah! Tak sangka kau ingat aku lagi. Ingatkan dah lupa dah aku,” kata Baro. “Ish, manalah boleh lupa. Tapi yang penting sekarang ini, kau akan kalah!” Kata Lee Joon. “Ish ish ish. Takutnya aku~” kata Baro berpura-pura.
~
“Lee Joon-ah~ kau lari atau joging?” Baro memerli Lee Joon kerana pasukan 4x100m Lee Joon kalah dengan pasukannya. “Siap kau, sengal! Esok final, aku malukan kau!” Lee Joon memberi amaran. “Takutnya aku~” kata Baro.
~
“Ke garisan .... sedia! Bang!” bunyi pistol kedengaran. Baro mendahului diikuti oleh Kiseop dan Lee Joon ketinggalan di tempat ketiga. Namun di saat-saat akhir, Lee Joon berjaya memintas Kiseop tetapi gagal memintas Baro yang jauh meninggalkannya.  “Baro! Pencipta rekod yang baru!” Mr. Rain terkejut dengan kepantasan Baro tiba di garisan penamat. Kiseop dan Lee Joon juga.
~
“Tahniah kepada Baro, Kiseop, Minah, Soyeon, Daniel, Kyung, Alexander, Woori, Seonhwa, Sojin dan Haeri kerana layak ke peringkat yang seterusnya!” kata Mr. Rain dengan gembira. “Wah! Mr. Rain mesti dah gembira sampai dah tak boleh nak lepaskan senyuman tu,” kata Kiseop memerli Mr. Rain yang disedarinya sejak tadi lagi tidak lekang dek senyuman.
~J~
“Banyakkan bintang pada hari ini?” tanya Minah ketika Baro menghantarnya pulang. “Banyak~” balas Baro. Baro secara perlahan-lahan berhenti. “Tapi saya cuma nampak satu bintang saja.” Kata Baro. “Mana?” Minah mencari bintang yang dimaksudkan oleh Baro. Kemudian dia memandang ke arah Baro. “Awak~” kata Baro kemudian mengeluarkan rantai yang diberikan oleh Yoseob.
Perlahan-lahan Baro melangkah ke arah Minah. Dia menyerahkan rantai itu kepada Minah. “Awak pakai kalau awak suka. Dan awak simpanlah kalau awak tak suka.” Kata Baro. Minah hanya berdiam diri. Dia tidak tahu mahu berkata apa. “Maaflah. Saya cuma boleh hantar awak sampai sini saja.” Kata Baro kemudian pergi.
~J~
“Hei, siput! Apa khabar?” Baro bertanya khabar kepada Lee Joon. Lee Joon berasa geram kerana Baro memanggilnya sedemikian. Namun, dia berpura-pura senyum manis. “Sangat baik sebelum jumpa muka kau!” kata Lee Joon. Kemudian, Minah tiba. Lee Joon memandang ke arah Minah. “Excuse me. Saya nak pergi cari jodoh sekejap,” kata Lee Joon. Baro berasa marah apabila melihat Lee Joon cuba mendekati Minah.
“Hai! Awak Minah kan?” tanya Lee Joon. “Ya, saya. Kenapa? Ada masalahkah?” tanya Minah. “Tak ada apa-apa. Cuma saya mahu berkenalan dengan awak boleh tak?” tanya Lee Joon. “Berkenalan tu memanglah boleh. Siapa kata tak boleh?” kata Minah.
Baro yang memerhati gerak geri Lee Joon, sakit hati melihat telatah Lee Joon. Minah pula melayannya. Tiba-tiba, Baro perasankan sesuatu. “Rantai!” kata Baro seorang diri. “Kau kenapa Baro? Kau tengok apa tu?” tanya Kiseop. “Tengok bintang.” Kata Baro. “Bintang? Kau demankah Baro? Mana ada bintang siang-siang hari ni!” kata Kiseop. “Kau tak faham sudahlah!”
“Cantik rantai awak tu. Awak beli di mana?” tanya Lee Joon yang perasankan rantai yang dipakai oleh Minah yang berbentuk bintang. “Oh, terima kasih. Boyfriend saya yang kasi,” kata Minah dengan selamba. “Boyfriend?” Lee Joon inginkan kepastian. Minah mengangguk sambil mengukirkan senyuman.
“Kau kenapa Lee Joon?” tanya Kiseop yang melihat Lee Joon bermuka masam. “Putus cinta~” kata Baro. “Putus cinta?” Kiseop tidak faham. “Macam mana kau tahu si Minah tu tolak cinta aku?” tanya Lee Joon. “kau tahu tak, sepanjang setahun aku tak ada, aku pergi berlatih buat kuasa psikik. Sebab tu aku dapat baca minda kau!” kata Baro. “Banyaklah kau nak kelentong aku!” kata Lee Joon. “Dia tak percaya? Betulkan Kiseop?” Baro meminta sokongan daripada Kiseop. “Betul babe! Aku pun pergi juga, tapi aku ni bab belajar slow sikit,” kata Kiseop. “Cis!”
“Lee Joon, kau nak tahu tak siapa boyfriend Minah?” tanya Baro. “Siapa? Biar aku belasah dia. Baru dia menyesal jadi boyfriend Minah!” kata Lee Joon. “Akulah tu~” kata Baro. “Kau! Janganlah kelentong aku lagi~” Lee Joon tidak percaya. “Rantai yang Minah pakai berbentuk bintang tu aku yang kasi!” kata Baro. “Tak percaya aku!” kata Lee Joon. “Kalau tak percaya, kau pergilah tanya Minah.” Kata Baro. Lee Joon pun pergi bertemu dengan Minah.
“Betulkah apa yang kau kata?” tanya Kiseop. “Kau rasa bab macam ni aku nak tipu kah?” tanya Baro pula. “Betullah ni~ Sejak bila?” tanya Kiseop. “Sejak semalam.” Kata Baro. Kemudian Lee Joon kembali lagi. “Kau memang nak kena dengan aku!” kata Lee Joon. “Eh? Apa pasal pulak?” Baro tidak puas hati. “Apa pasal kau rembat Minah dulu?!” kata Lee Joon. Baro segera melarikan diri dan Lee Joon mengejarnya.