Suzy Miss A |
Taecyeon 2PM |
Eunjung T Ara |
Soohyun UKiss |
Chunji Teen Top |
Jiyoung KARA |
“Suzy!
Hati-hati!” jeritan Soohyun mengejutkan Suzy. Kini suzy berada dalam dakapan
Soohyun. Tatkala Soohyun melepaskan melepaskan pelukannya, terdapat banyak
darah di tangan dan baju Suzy. “Suzy, awak tak apa-apa?” tanya Soohyun. Muka
Soohyun berubah menjadi pucat. “Soohyun.... kepala awak .... berdarah .. “ kata
Suzy tersekat-sekat. Terkejut dek kejadian yang begitu pantas berlaku. Suzy
mula cemas. Tiba-tiba, Soohyun tumbang dipangkuannya. “Soohyun!” teriak Suzy.
“Kenapa dengan dia?” tanya Taecyeon setelah tiba. “Bawak dia ke hospital
cepat!” teriak Suzy. Persoalan yang dilemparkan oleh Taecyeon dibiarkan sepi
tanpa jawapan. “Mari cepat!” Dahi Taecyeon berkerut apabila melihat begitu
banyak darah yang mengalir keluar.
......
“Kau kan yang
buat semua ni?” tanya Taecyeon dengan marah. Eun Jung tersengih. “Kau ada bukti
ke nak tuduh aku?” tanya Eun Jung kembali. Taecyeon menyeluk poket bajunya. Dia
mengeluarkan kalung Eun Jung yang dijumpai di tempat kejadian. Eun Jung
terkejut. “Ini apa?” Eun Jung mula panik. Kedengaran suara bisikan daripada
pelajar lain yang menyaksikan drama tak berpengarah itu. Eun Jung mula
meraba-raba lehernya.
“Mana kau jumpa?”
tanya Eun Jung. “What do you think?” tanya Taecyeon bermain teka-teki dengan
Eun Jung. Eun Jung ingin merampas rantai leher tersebut namun tindakan pantas itu
dapat dihidu oleh Taecyeon terlebih dahulu. “Rantai aku ... rantai aku ... hilang ... semalam,” kata Eun
Jung tergagap-gagap. Dia sedaya upaya menafikannya agar rahsia tersebut tidak
dapat dibuka. “Yakah?” Taecyeon tidak percaya.
“Betullah!” Eun
Jung ingin mempertahankan dirinya. “Pelik? Semalam lepas kejadian tersebut, aku
langsung tak nampak kau pakai rantai itu. Tapi sebelum kejadian itu, ada pula
rantai kau,” kata Taecyeon. Eun Jung sudah tidak tahu ingin berkata apa. “Aku
... Aku ... Aku ...” Eunjung tergagap-gagap ketika berbicara. matanya mula
berkaca. “Kenapa? Takut? Atau kau yang sebenarnya buat?” Taecyeon terus-terusan
menuduh Eun Jung. Biar Eun Jung diberikan tekanan agar dia menceritakan hal
yang sebenarnya.
......
“Suzy, kami minta
maaf dengan awak sebab selalu menyusahkan kamu,” ucap Minzy. “Ya, betul tu!
Kami memang salah. Tolong maafkan kami, ya?” kata Hyun Seong pula. Suzy berasa
hairan. ‘Aku tengah bermimpi ke?’ kata Suzy dalam hati. Suzy tidak percaya
dengan apa yang berkalu saat itu. Dia cuba menampar-nampar pipinya. “Aduh!” kata
Suzy.
‘Memang betullah!
Aku tak mimpi,’ kata hati Suzy. Taecyeon tersengih melihat gelagat Suzy.
“Korang semua salah makan ubat ke? Atau korang tengah prank aku sekarang ni?”
tanya Suzy. Dia masih belum percaya. “Nak buat apa kami makan ubat? Kami bukannya
sakit. Lagi pun betullah! Kami minta maaf. Kenapa? Awak tak sudi maafkan kami
ke?” tanya Ji Young.
“Bukan macam tu.
Tapi sebab apa korang minta maaf kat aku?” tanya Suzy. “Segala kejahatan Eun
Jung telah terbukti. Dia sendiri yang mengaku di hadapan kami semua,” kata Chun
Ji. “Eh! Itu penipunya!” ucap Heechul apabila dia melihat Eun Jung memasuki
kawasan sekolah. Tatkala Eun Jung melalui hadapan Suzy, renungan tajam daripada
Eun Jung diberikan kepada Suzy.
......
“Saya minta
maaf!” kata Eun Jung yang duduk melutut di hadapan Soohyun sambil menangis
teresak-esak. “Janganlah macam ni! Bangunlah!” kata Soohyun. Dia cuba
mendiirikan Eun Jung. “Tak nak! Selagi awak tak maafkan saya, selagi tu saya
akan melutut kat sini,” kata eun Jung dengan keras. “Bangunlah! Saya maafkan
awak! Tak mungkin saya akan marah dengan orang yang saya cinta,” Soohyun segera
menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Soohyun terlepas
cakap. “Apa awak kata?” Eun Jung memandang Soohyun dengan pandangan matanya
yang berkaca, digenangi air matanya. “Ops!” kata Soohyun. Tiada lagi yang perlu
dirahsiakan lagi.
“Apa yang awak
kata tadi?” tanya Eun Jung lagi. Soohyun duduk mengadap Eun Jung. Dengan mata
yang kuyu, Soohyun berkata, “Eun Jung, saya cintakan awak. Tak kisahlah awak ni
jahat ataupun cacat sekali pun.” Makin deras air mata Eun Jung mengalir. Tapak
tangan sebelah kanannya menutup mulutnya. ‘Tak sangka selama ni Soohyun cintakan
aku,’ kata Eun Jung dalam hati. “Janganlah nangis. Buat saya rasa serba salah
saja,” kata Soohyun lantas dia menyambut badan Eun Jung ke dalam dakapannya.
“Sorry, Soohyun!
Saya tak tahu,” itu sajalah yang Eun Jung dapat katakan. Dia tidak tahu mahu
dikatakan apa lagi. “Tak apa. Jangan nangis lagi. Saya maafkan awak,” kata
Soohyun. “Terima kasih, Soohyun.” Eunjung menangis dalam pelukan Soohyun.
......
“Sebuah drama
yang sungguh mengharukan,” kata Suzy. Teacyeon menghulurkan sapu tangannya.
Suzy mengambil sapu tangan tersebut lalu dikesatnya air mata yang mengalir.
“Tak sangka Soohyun cintakan Eun Jung selama ini,” kata Suzy lagi. “Tapi kenapa
awak harus menangis?” tanya Taecyeon pelik dengan perangai Suzy yang lain
daripada yang lain.
“Kenapa tak boleh
ke?” Suzy marah. “Bukannya tak boleh. Cuma hairan. Suzy yang saya kenal tak
akan menangis dengan begitu mudah,” kata Teacyeon. “Sudahlah! Lupakan yang saya
nangis tadi!” kata Suzy kemudian berlalu. Taecyeon segera mencapai tangan Suzy.
Lalu Suzy berada dalam pelukan Taecyeon. Dia cuba untuk melepaskannya. Namun,
Taecyeon lebih kuat.
Taecyeon perlahan-lahan
melepaskan pelukannya lalu memandang Suzy yang sudah memerah wajahnya menahan
marah. “Suzy, pinjamkan bibir awak,”
kata Taecyeon. “Apa?” Suzy tidak faham. Taecyeon merendahkan dirinya lalu
mencium bibir halus Suzy. Membulat mata Suzy namun tidak pula dia menolak.
“Saranghaeyo” ucap Taecyeon.