Friday, November 23, 2012

Mimpi yang ....

DOUBLE A's KIMCHI
Mak dan abah bagi pilihan sama ada nak sekolah di MRSM atau balik semula ke SMKUT. Aku gembira, tapi aku tak tahu nak buat pilihan. Dua-dua memberi makna kepada aku. And aku buat keputusan untuk balik semula ke SMKUT.

Bila di SMKUT, aku masuk kelas yang sama dengan BAYA dan FAZERA. Aku gembira. Tapi, bila time rehat, aku rehat seorang diri tapi bukan di kantin. Aku duduk di tepi tebing dan melihat permandangan negeri JOHOR. Aku nampak bandar JOHOR yang maju. Aku nampak ISKANDAR (bukan nama orang). Lama aku duduk di situ memikirkan kemajuan JOHOR sehingga lupa nak masuk kelas.

Bila aku ingin kebali ke kelas, aku naik tangga di BLOK KBSM. Aku lalu tingkat satu, aku mencari kelas aku. Aku nampak, 4 Ariani. ? . aku pun tak tahulah. Bila nampak ZARITH, aku terus masuk kelas tu. Nampak CIKGU SYAKILA di meja guru. Aku kena denda sebab masuk kelas lambat. Terima sajalah. Lepas dah habis dia mengajar, aku terfikir sesuatu.

Macam mana aku nak belajar ADD MATH dan MATH MOD form yang aku tak belajar lagi? Macam mana dengan biasiswa aku yang aku dapat semasa aku di MRSM? Sebelum ni aku dapat makan free di MRSM. Tempat lain tak akan ada. Macam mana dengan SPC aku yang hanya khas untuk pelajar MRSM saja?

Bila aku tengok kelas tu, warna hijau. DAILAMI? Mungkinkah kelas aku tahun depan akan berwarna hijau? Aku suka warna hijau kerana warna itu memberi begitu banyak kenangan pada aku. Then, aku nak tanya FAZERA, nak ambil seni macam mana. Tapi tak jadi. CIKGU SYAKILA pula tanya aku, kamu tak ada alat tulis ke? Hah! Baru aku teringat. Aku datang sekolah dengan tangan kosong. Buku teks aku belum pinjam di SPBT. Buku tulis aku belum beli. Alat tulis, langsung tak ada. Macam dah biasa dengan gaya tangan kosong ke sekolah.

Tak! Aku tak nak lepaskan peluang keemasan aku yang hanya ada di MRSM sahaja. Peluang aku cerah di MRSM. Then aku kata pada diri aku sendiri. “Tak! Aku hanya mimpi!”. Dan aku tersedar dari mimpi yang paling ngeri itu.