Leeteuk Super Junior |
Taeyeon SNSD |
Changmin 2AM |
Eunjung T-Ara |
Hyorin SISTAR |
“Kita putus,
nak?” tanya Changmin dengan selambanya. Taeyeon terkejut badak apabila Changmin
mengutarakan soalan keramat tersebut. Ternganganya, namun masih mampu dicover.
“What? Are you
kidding?” Taeyeon masih tidak percaya. Apa kesalahannya?
“Nope! I’m
serious!” kata Changmin lagi sambil menunjukkan muka serius. Bertambah sakit
hati Taeyeon apabila mendengarnya. Ditambah pula dengan riak muka Changmin yang
langsung tak bersalah tu.
“Apa salah saya?
Huh? Tolong beritahu saya! Biar saya perbaiki kesalahan saya itu!” pinta
Taeyeon seraya merayu agar Changmin tidak meninggalkannya. Dengan muka yang
blur, Changmin berkata lagi.
“Awak tak salah.
Cuma saya jumpa cinta sejati saya.” Terkejut Taeyeon apabila mendengarnya. Dia
tidak percaya. Changmin bertemu dengan cinta sejati? Siapa perempuan yang suka
menjadi perampas itu?
“Okay! Saya pun
tak kisah sangat! Lagipun saya dah muak tengok muka awak!” kata Taeyeon. Tipu.
Taeyeon memberanikan dirinya. Tidak dibiarkan air mata yang jernih itu jatuh
dihadapan lelaki yang blur tu.
“Really? That’s
good! So, saya tak perlulah risau pasal awak kan?” tanya Changmin yang sudah
siap untuk beredar.
“Yes!” kata
Taeyeon dengan keras.
“Kalau macam tu,
goodbye! Kalau berkesempatan, kita akan bertemu lagi,” kata Changmin.
Dihadiahkan senyuman yang paling manis buat Taeyeon. Kalaulah ada begini cara
dia senyum dengan perempuan, semua perempuan di dalam dunia ni milik dia seorang saja.
“Saya tak rasa
macam nak jumpa awak lagi lepas ni,” kata Taeyeon. Changmin beredar setelah
salamnya tidak disambut.
~
“Kau tak malu ke
nangis kat tepi jalan yang tengah sibuk ni?” tanya Leeteuk dengan selambanya.
Taeyeon mendongak melihat siapakah gerangan yang berani menegurnya. Taeyeon
merenung muka Leeteuk dalam-dalam.
“Comelnya! Nak
jadi boyfriend saya tak?” tanya Taeyeon tiba-tiba. Memang betul muka Leeteuk tu
comel, tapi janganlah tanya soalan yang merapu macam tu. Ish, Taeyeon ni! Sihat
ke tidak? Leeteuk tersenyum mendengarnya. Dia kemudian duduk mencangkung
disebelah Taeyeon.
“Apa yang aku
dapat kalau aku jadi boyfriend kau?” tanya Leeteuk. Taeyeon menggeleng kepala.
“Tak ada apa-apa.
Cuma dapat senyuman saya yang paling cantik sedunia!” balas Taeyeon. Leeteuk
tersenyum mendengarnya. Gilakah perempuan ni seorang? Putus cinta agaknya! Tak
lama selepas itu, Taeyeon jatuh pengsan. Leeteuk menjadi kelam kabut. Apa patut
aku buat dengan perempuan ni? Fikir
Leeteuk.
“Apa awak buat
pada saya, huh?” tempik Taeyeon. Dia
begitu marah. Leeteuk cuba menjelaskannya. Namun ditolak oleh Taeyeon sebelum
mendengar penjelasannya hingga habis.
“Berani awak
sentuh saya! Saya akan buat laporan polis!” ugut Taeyeon. Leeteuk mencapai
tangan Taeyeon. Dipegang erat dan kuat. Tidak mahu dilepaskannya.
“Dengar dulu!” kata
Leeteuk dengan keras. Taeyeon menjadi takut. Takut kalau-kalau lelaki comel di
depan matanya bertukar menjadi beast. Dia senyap. Mendengar apa yang Leeteuk
ingin katakan.
“I’m never touch
you. Walaupun sedikit!” kata Leeteuk. Dia cuba mempertahankan yang benar. Tapi,
dia kehilangan kata-kata. Kenapa? Kenapa?
“Tak percaya!”
kata Taeyeon. Dia cuba melepaskan diri daripada Leeteuk. Namun usahanya hanya
sia-sia. Genggaman Leeteuk terlalu kuat.
“Awak! Sakit tahu
tak?” kata Taeyeon. Meminta untuk dilepaskan. Leeteuk segera melepaskannya.
“Sorry!” ucap
Leeteuk dengan spontan. Dia segera membelek tangan Taeyeon.
“Sorry!” ucap
Leeteuk sekali lagi apabila melihat tangan Taeyeon kelihatan merah. Taeyeon
berasa terharu.
“I’m so sorry!”
kata Leeteuk lagi. Raut wajahnya berubah dari garang seperti singa kepada wajah
yang risau.
“Betul, awak tak
buat apa-apa?” tanya Taeyeon. Inginkan kepastian yang benar. Leteuk mengangguk
beberapa kali. Diangkat tangan kanannya.
“Sumpah! Saya
cuma angkat awak masuk dalam bilik saja. Lepas tu, saya keluar dari bilik!”
kata Leeteuk sambil tangan masih diangkat.
“Habis tu, pagi
tadi awak buat apa dalam bilik tu dengan tak pakai baju?” tanya Taeyeon seperti
menyoal siasat seorang penjenayah yang dikehendaki oleh FBI dan CSI kerana
ingin mencederakan presiden Barrack Obama.
“Well, saya cuma
nak tukar baju saja. Ingatkan awak masih tidur. So, saya tukar sajalah dekat
situ,” kata Leeteuk yang teragak-agak. Taeyeon tidak percaya. Dia merenung muka
Leeteuk dengan renungan yang tajam. Kalaulah ada laser keluar dari matanya,
conferm hancur berkecai Leeteuk dibuatnya.
“Betul! Tak
tipu!” kata Leeteuk. Dia cuba membuat muka innocent.
“Sudahlah. Saya
nak balik!” kata Taeyeon. Dia sudah malas mahu melayan lelaki yang baru sehari
dikenalinya. Kini dia hanya perlu mencari alasan kenapa dia tak pulang
semalaman. Mesti bapanya sudah siap tunggu dihadapan pintu rumah dengan rotan.
“Saya hantarkan
nak?” pelawa Leeteuk. Taeyeon hanya mengangguk. Leeteuk tersenyum.
“Tunggu sekejap.
Nak tukar baju dulu,” kata Leeteuk. Leeteuk naik ke atas dan masuk ke biliknya.
Tidak lama selepas itu, dia keluar semula dengan sesuatu di tangannya.
“Ni awak punya
ke?” tanya Leeteuk sambil menghulurkan nametag milik Taeyeon. Taeyeon hanya
mengangguk dan dia mengambil nametag itu dari tangan Leeteuk.
“Dah lama awak
kerja kat situ?” tanya Leeteuk, ingin tahu.
“Tujuh bulan,”
kata Taeyeon.
“Kim Taeyeon,”
Leeteuk menyebut nama Taeyeon. Taeyeon mengalihkan pandangannya.
“Kenapa?” tanya
Taeyeon. Leeteuk hanya menggeleng.
“Tak ada
apa-apa.”
~
“Taeyeon, ada
orang nak jumpa kau kat lobi,” kata Eunjung.
“Siapa?” tanya
Taeyeon. Siapalah yang mencarinya pada waktu macam ni? Eunjung hanya
menggeleng. Taeyeon dengan malasnya bangun dari tempat duduknya menuju ke lobi
di tingkat satu. Officenya pula berada di tingkat lima. Jauh tu!
Taeyeon menuju ke
kaunter untuk bertanya kepada Minzy siapa yang mencarinya. Miinzy menunjuk ke
arah seorang lelaki yangs edang duduk di sofa. Dari belakang, Taeyeon dapat
menganggak siapakah gerangan lelaki itu. Kata Minzy, lelaki tu macam salah
seorang ahli DBSK. Yakah? Kata-kata Minzy tu bukannya boleh dipakai sangat.
Lebih banyak masuk dalam tong sampah adalah.
“Ada apa hal
jumpa dengan saya?” tanya Taeyeon. Lelaki itu bangun dan menghadap Taeyeon. Dah
agak dah! Memang sah budak tu! Lelaki itu mengukirkan senyuman.
“Kenapa?” tanya
Taeyeon dengan kasar.
“Janganlah macam
ni! I’m sorry,” kata Changmin dengan muka jambunya itu.
“Sorrylah! Please
straight to the point! I’m busy!” kata Taeyeon. Changmin cuba mencapai tangan Taeyeon
namun Taeyeon lebih pantas menepisnya. Tatkala itu, Leeteuk melalui lobi. Dia
melihat adegan itu.
“Saya minta maaf.
Saya tak patut buat macam tu pada awak! Saya tahu saya salah. Saya cintakan
awak!” kata Changmin, memujuk Taeyeon. Leeteuk segera meninggalkan tempat itu
dengan pantas. Hatinya membara. Cemburu.
“Yakah? Bukan
awak dah jumpa cinta sejati awak?” tanya Taeyeon, memerli. Changmin segera
menggeleng.
“Rasa cinta saya
pada awak dengan dia lain. Sejak kita berpisah, dalam kepala otak saya hanya
ada awak saja. Saya asyik teringatkan awak saja,” kata Changmin.
~
“Taeyeon, bos besar
nak jumpa kau!” kata Eunjung. Taeyeon terkejut. Apalah malangnya nasib dia hari
ni. Dahlah jumpa dengan mamat tu, sekarang ni bos besar cari dia pula. Besar
sangat ke kesalahan yang aku buat? Taeyeon tidak habis-habis berdoa agar bos
besar nak jumpa dia tentang hal-hal yang menggembirakan.
Sesudah sampai
dihadapan pintu bos besar yang tertera nama Park Jung Soo, Taeyeon teragak-agak
untuk mengetuknya. Namun tangannya tetap mengetuk pintu itu. Setelah keizinan
diberi, Taeyeon memulas tombol pintu itu. Inilah kali pertama dia masuk ke
bilik bos besar dan kali pertama juga dia berjumpa dengan bos besar. Sebelum
ni, cuma tahu nama. Rupanya tidak pula diketahui oleh Taeyeon. Dalam fikiran
Taeyeon, Presiden Park mesti gemuk dan perut boroi.
“Ada apa bos nak
jumpa saya?” tanya Taeyeon dengan berani. Namun masih tersekat-sekat. Gemuruh.
“Kalau nak
bercinta sekalipun, tunggulah habis waktu kerja. Tak boleh ke tunggu sampai
waktu kerja habis. Kalau pelabur nampak, apa yang mereka akan katakan?” kata
Leeteuk dengan marah. Taeyeon berkerut dahi. Macam pernah dengar suara tu, tapi
di mana ya?
“Maafkan saya,
Presiden Park. Tapi saya tak faham maksud tuan,” Taeyeon berterus terang. Leeteuk
mengalihkan pandangannya, memandang Taeyeon secara berdepan. Terkejut Taeyeon.
Lelaki comel tu, bos dia kah?
“Kenapa?
Buat-buat tak faham lagi. Tadi saya nampak awak berpegang tangan dengan jantan
yang entah mana munculnya dekat syarikat saya. Awak fikir, saya akan biarkan
saja,” kata Leeteuk lagi. Dia masih marah dengan Taeyeon. Dia juga marah dengan
dirinya sendiri. Tak sangka dia boleh jatuh cinta dengan perempuan itu. Taeyeon
mendiamkan diri. Inikah perangai sebenarnya? Suka marah tak tentu pasal?
“Tadi, security
kat bawah cakap, dia masih kat situ. Lebih baik awak halau boyfriend awak dari
sini, sebelum saya sendiri yang halaunya,” kata Leeteuk dengan keras.
“Dia bukannya
boyfriend saya. Buat apa saya nak halau dia. Kalau tuan nak halaunya, silakan.
Saya pun tak sudi nak tengok muka dia lagi,” kata Taeyeon dengan berani.
Terbeliak Leeteuk mendengarnya. Really? Betulkah?
“Jadi dia bukan
boyfriend awak?” tanya Leeteuk sekali lagi dengan lembut. Taeyeon hanya
menggeleng. Bertukar nada pula mamat comel ni.
“He was my
boyfriend,” kata Taeyeon lagi.
“Really?” tanya
Leeteuk. Dia inginkan kepastian. Taeyeon hanya mengangguk. Hairan dia dengan
bos dia. Tadi bukan main marah lagi. Sekarang dah okay? Leeteuk bangun dari
tempat duduknya.
“Tak tipu?” tanya
Leeteuk lagi.
“Betullah! Buat
apa nak tipu!” Taeyeon sudah malas mahu melayan soalan yang sama berulang kali.
Leeteuk tersenyum lebar.
“Yes!” kata
Leeteuk. Kemudian dia mencapai ganggang telefon.
“Halau budak tu!”
kata Leeteuk. Kemudian meletak ganggang telefon itu. Selepas beberapa saat,
Leeteuk mengangkat kembali ganggang telefon.
“Hana, bawakan
saya dua cawan teh. Segera!” pesan Leeteuk kemudian meletak semula ganggang
telefon. Dia memandang Taeyeon yang tengah kebingungan.
“Kenapa dia nak
jumpa awak?” tanya Leeteuk tanpa segan silu. Dia ingin tahu. Mesti ada yang
dipinta oleh bekas teman lelaki Taeyeon itu.
“Dia nak kembali
semula,” kata Taeyeon yang berpeluk tubuh. Terbeliak biji mata Leeteuk.
“Taeyeon tak
terimakan?” tanya Leeteuk. Taeyeon hanya menggeleng. Jawapan itu melegakan hati
Leeteuk. Leeteuk menghela nafas lega.
“What’s wrong
with you? Tadi bukan main marah lagi. Sekarang ni, soal macam-macam soalan
bagaikan polis. Who are you?” tanya Taeyeon. Malas dia mahu melayan lelaki
sekarang ni. Pintu bilik Leeteuk diketuk. Leeteuk mengarahkannya masuk. Hana
masuk dengan menatang dulang yang mengandungi dua cawan teh. Kemudian dia
meletakkannya di atas meja. Setelah itu dia keluar.
“Sorry! Duduk
lah!” kata Leeteuk dengan lembut. Taeyeon hanya menurut.
“Answer my
question!” kata taeyeon dengan keras. Belum sempat Leeteuk bersuara, seorang
perempuan seksi memasuki bilik Leeteuk tanpa mengetuk terlebih dahulu. Taeyeon
segera bangun dari tempat duduknya.
“Jung Soo, are
you busy?” tanya Hyorin. Leeteuk berasa geram dengan Hyorin. Hyorin segera
mendapatkan Leeteuk. Tali leher Leeteuk, dimain-main oleh Hyorin. Taeyeon
segera mengangkat kaki keluar dari bilik Leeteuk. Leeteuk tidak sempat untuk
menghalang Taeyeon.
~
“Ada apa hal lagi
Presiden nak jumpa saya?” dingin betul suara Taeyeon. Terkilan Leeteuk
mendengarnya. Leeteuk bangun dan merapatkan dirinya dengan Taeyeon.
“I’m sorry!
Taeyeon dengar sini, I love you,” kata Leeteuk, berterus-terang. Tidak dapat
lagi dia membendung rasa cintanya. Semakin lama, perasaan tu semakin menebal
dalam dirinya. Taeyeon tidak dapat menerima kata-kata Leeteuk itu.
“Maaflah
Presiden. Saya bukannya seperti perempuan-perempaun yang lain,” kata taeyeon.
Leeteuk tidak dapat menerimanya.
“Why? Kalau pasal
tempoh hari, perempuan tu memang tak tahu adab,” kata Leeteuk, membuat
penjelasan.
“Saya dah tak nak
terlibat lagi dengan percintaan. Saya tak suka hati saya disakiti lagi,” kata
Taeyeon.
“I’m promise.
Saya tak akan sakitkan hati Taeyeon. Only you in my heart,” kata Leeteuk
membuat janji.
“Lelaki memang
mudah menabur janji. Tapi mereka tak pernah tunaikannya!” kata Taeyeon. Dia
ingin keluar dari bilik itu dengan segera. Terasa panas apabila berada di
dalamnya. Leeteuk segara menarik lengan Taeyeon. Kini Taeyeon berada di dalam dakapannya.
Taeyeon terkejut beruk dengan tindakan pantas Leeteuk itu. Taeyeon cuba untuk
melepaskan diri daripada Leeteuk, namun gagal. Kucupan di bibir diberikan oleh
Leeteuk menambahkan lagi kejutan pada Taeyeon.
“I’m different!
Would you be my girlfriend?” tanya Leeteuk dengan lembut kepada Taeyeon yang
masih berada di dalam dakapannya. Taeyeon tidak tahu ingin berkata apa.
“Yakah?” Taeyeon
ingin tahu. Leeteuk hanya mengangguk. Mata mereka saling bertentangan.
“Berapa dalam
cinta awak pada saya?” tanya Taeyeon. Dia ingin menduga Leeteuk.
“Seluas lautan di
bumi, setinggi Gunung Everest, sedalam kerak bumi, sekuat gempa bumi 8.9 sekala
richter, sebanyak bintang di langit, sehangat matahari dan sebesar alam semesta
ini,” kata Leeteuk dengan spontan. Taeyeon tersenyum mendengarnya.
“Percaya tak?”
tanya Leeteuk. Taeyeon mengangguk kepala. Leeteuk tersenyum. Dakapannya semakin
erat.
“You zoom zoom my
heart like a rocket,” kata Leeteuk. Tiba-tiba, Hana mengetuk pintu bilik
Leeteuk. Leeteuk melepaskan dakapannya.
“Ada apa?” tanya
Leeteuk kepada Hana.
“Ahli lembaga
pengarah sudah sampai,” kata Hana, selaku setiausaha Leeteuk.
“Okay! Terima
kasih. Sekejap lagi saya keluar. Awak keluar dulu,” kata Leeteuk. Setelah Hana
keluar, mata Leeteuk terarah kepada Taeyeon.
“So, saya balik
ke offoce dulu,” kata Taeyeon. Dia sudah bangun untuk meninggalkan Leeteuk.
Leeteuk menghulurkan salam pengenalan.
“Hai! My name is
Leeteuk. You?” tanya Leeteuk setelah selesai memperkenalkan dirinya. Taeyeon
tersenyum.
“Saya Taeyeon.
Gembira dapat berjumpa dengan awak,” kata Taeyeon. Dia menyambut salam Leeteuk.
Leeteuk menarik Taeyeon ke dakapannya semula. Satu kucupan lagi diberikan
hingap di dahi Taeyeon.
“You have to go,”
Taeyeon mengingatkan.
“Okay!”
~
“Rasa cinta saya
pada awak dengan dia lain. Sejak kita berpisah, dalam kepala otak saya hanya
ada awak saja. Saya asyik teringatkan awak saja,” kata Changmin.
“Tapi rasa cinta
terhadap awak sudah tidak lagi saya rasai,” kata Taeyeon, mengecewakan
Changmin.
“Awak dah ada
boyfriend yang baru ke?” tanya Changmin. Ingin tahu. Taeyeon menggeleng.
“Saya sedar yang saya tak perlukan cinta awak. Cinta
awak hanya membawa bahana kepada saya saja,” kata Taeyeon kemudian dia
meninggalkan Changmin sendirian.To Be Continued . . .