Saturday, July 21, 2012

Buat mu SAHABAT ku ..

Assalamualaikum ..


Sahabat ku , 
ketahuilah sehingga ke saat ni , sahabat mu ini amat menyayangi mu dan merindui diri mu . 
tidak pernah terlintas difikiran untuk melupai diri mu walau sesaat pun . 
sesungguhnya , kehadiran mu memberi sejuta warna dalam hidup ku . 
sesungguhnya , aku sangat bersyukur kerana ALLAH menghadiahkan sahabat yang begitu memahami aku .
tiada yang lebih berharga daripada tali persahabatan kita .
di sini aku berharap agar hubungan ukhwah yang kita bina kekal hingga ke syurga . 
biarlah jarak yang menjauhkan kita . 
biarlah masa yang memisahkan kita . 
dengan teknologi yang tinggi , kita masih dapat berhubung . 
janganlah melupai diri ku yang hina ini . 
sesungguhnya , aku amat memerlukan mu .
kau lah yang pemberi semangat kepada ku .
kau lah pun aku terus kekal berjuang .
setiap kenangan yang kita bina , kekal di dalam minda ku dan tertanam di dalam hati ku .
suka dan duka , semuanya sudah sebati dalam diri ku .
segala kenangan itu lah yang menggembirakan aku tatkala aku dalam kesedihan .
dengan itu , marilah kita maju selangkah demi selangkah .
menuju ke menara gading .
marilah kita mencipta kejayaan bersama .
aku tidak mahu berdiri keseorangan di menara kejayaan .
aku ingin kau berdiri di sebelah ku .
semoga segala impian kita tercapai . 
dan semoga kta bertemu lagi di lain waktu dan tempat .


dalam hati ini ada nama mu , nama seorang insan yang aku rindu . dalam diri ini ada sayang mu , sayangnya diri mu tidak mengerti . dalam senyum ini ada tangisan , tangisan seorang insan terluka . dalam jiwa ini ada pilunya , pilu yang membuat aku menangis .oh , hibanya ...

My Wish




I hope that the days come easy
and the moments pass slow
and each road leads you where
you want to go
and if you're faced with a choice
and you have to choose
I hope you choose the one that
means the most to you

And if one door opens
to another door closed
I hope you keep on walking
till you find the window
if it's cold outside, show the world
the warmth of your smile
but more than anything
more than anything

My wish, for you, is that this life
becomes all that you want it to
your dreams stay big
and your worries stay small
you never need to carry
more than you can hold
and while you're out there
getting where you're getting to
I hope you know somebody loves you
and wants the same things too
yeah, this, is my wish


nama kita



assalamualaikum

ada apa dengan nama ?
teringat ustaz kamal pernah cerita, kita kalau nak bagi anak nama, kenalah tahu maksudnya dulu . jangan main letak saja . entah entah maksudnya tahi ayam .. seumur hidup orang panggil kita tahi ayam . kan tak elok tuh ..
like myself .. my name is NURUL FATIHAH .. yang bermaksud cahaya pembukaan .
dan aku suka orang panggil aku FATH yang bermaksud kemenangan ataupun FATIHAH yang bermaksud pembukaan . janganlah panggil TIHAH , TEAH or what ever yang sama maksud dengannya. rasanya tak ada makna pun nama tuh .
dan kita sebagai umat manusia seharusnya bangga dengan nama yang diberi oleh ibu bapa kita . sudah tentu mak bapak kita cek dalam dictionary dulu sebelum bagi nama pada kita kan?

Friday, July 20, 2012

lama sudah tak bercerita


bila lama tidak bertemu, rasa rindu mula menebal dalam hati. sesungguhnya, rasa rindu pada blog yang tercinta walaupun taklah seberapa cantik dan cun ataupun comel, namun blog inilah merupakan halis creativity of myself yang perlu aku banggakan ..
haha ..
assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatu ... selamat sejahtera dan salam bahagia .
masa berlalu begitu pantas . tanpa disedari ramadhan bakal menjengah esok hari . tak sangka . aku sendiri tak sangka yang sudah lima bulan aku study kat MRSM . wah ! tahniah ! pencapaian yang bagus .
haha .
tapi untuk pengetahuan makhluk makhluk ALLAH di muka bumi ini , fathsiwontihah ni bukanlah budak yang baik .
buktinya , kalau malas tak pergi prep malam . prep pagi pergi pun sebab nak lunch and pergi prep pagi pun lambat . dalam kelas selalu TERtido . dan macam macam lagi lah . haha . jahat tak ? jahat kan ? tapi nak buat macam mana lagi . dah nama pun pemalas , mestilah semua tu terjadi . hikhikhik . 







beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa ketiadaan guru di dalam kelas . ada juga gambar yang aku ambil masa prep petang hari ahad . hehe . tak der keje . kebosanan . 
anyway , suju dah keluarkan album baru !! kyia!!!
haha ... best lah jugak Sexy, Free & Single .









haha . lawalah dorang punya teaser photo . lawa sangat . dah tak tahu nak kata apa lagi . 
nak cerita apa lagi ekk ??
oh ya! naik cuti ni , hari ahad balik . ari isnin masih belajar macam biasa, dan hari selasa sampai hari kamis , selaras 3 . hahaha .. tapi msih malas belajar .
pilihan raya BWP dah pun berlalu . kelas 4 Zarqali ada 4 wakil . yang pertama dan pilihan utama dan juga kini digelar 'anak Ustz Shuzaini' ialah Ikmal Fadzil. yang kedua , Fareez Izham a.k.a Boss , yang ketiga , Nabil Jamaluddin a.k.a JA (Johan Ashaari) sebab muka dia ada iras iras macam JA dalam Bunga Bunga Syurga (kot!) tak ingat nama drama TV3 tu . dan yang terakhir, Hafizah Azaman@Azman , yang juga naib presiden kelas . haha . ramai kot . dan banyak cerita duka dalam manifesto ni . tapi nak buat macam mana? dah nama pun politik kan ??

kay lah tu ! chow duluh ! bye bye !