Thursday, May 31, 2012

luahan hati ..



Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apa yang berlaku sekarang sudah tentu mempengaruhi masa depan kita. Sama ada masa depan kita menjadi cerah, disinari kebahagian atau menjadi gelap, kelam tanpa cahaya kebahagian, hanya kedukaan. Entah mengapa aku tidak boleh terima dengan apa yang berlaku dalam kehidupan aku sekarang ini. Sama ada ini hanyalah mimpi mainan syaitan atau realiti yang harus aku terima seadanya.
Perasaan rindu dengan rakan-rakan lama makin membuak di dalam diri. Ingin bertemu dengan mereka walaupun sekejap. Tapi niat itu disimpan dahulu. Alasan jarak yang jauh membantutkan hasrat hati. Orang kata jauh di mata, dekat di hati memang benar. Makin jauh mereka dari pandangan mata aku, makin rindu aku pada mereka.
Facebook tidak melepaskan rindu aku pada mereka. Rindu tetap mebuak di hati aku. Entahlah. Tiga tahun dilalui bersama, sudah tentu banyak kenangan terselit di hati, tertanam di minda. Suka duka, susah senang ditempuhi bersama. Rasa sedih bila teringat mereka tidak bersama aku di sini. Tapi kadang-kadang rasa banga sebab dapat masuk MRSM. Hehe .. mereka ada ke? Yang pasti, keputusan peperiksaan kita mesti dikongsi bersama untuk dibandingkan. Itu seharusnya.
Aku rindu bila kita berkongsi meja, membuat study group yang tidak dirancang. Berkongsi ilmu menyelesaikan masalah, membuat Maharaja Lawak live, mengkecohkan kelas, mengenakan Sir Guna, tidak menyiapkan kerja sekolah, berbual kosong, bergosip dan lain-lain lagi. Macam-macam yang kita buat sampai memeningkan kepala cikgu.
Kalau diingatkan kembali, lawak juga kita semua ni. Haha ... suka hati je. Yang paling best ialah masa perhimpunan, mulalah kita mengutuk Puan Mazlinah, Mr Elango, En Mokmin, Puan Rosni dan pengetua yang baru. Haha... tapi jangan salah faham. Kadang-kadang kami adalah juga memuji cikgu-cikgu yang memberi ucapan kat atas pentas.
Tapi sepanjang tiga tahun di situ telah memantangkan aku. Dalam dunia ini, tidak semestinya kita  harus berkepit dengan kawan dua puluh empat jam sehari seminggu, sebulan, setahun, sedekad, seabad sekalipun. Rakan yang baik pasti member pengarus yang positif kepada kita. Tiga tahun, aku kenal mana yang baik dan mana yang buruk. Tiga tahun itu juga merupakan tahun kegemilangan dan  kejatuhan aku.
Bila difikirkan kembali, aku rasa bersyukur kerana dapat berkenalan dengan mereka. Aku juga bersyukur dapat bersekolah di situ walaupun bangunan yang baru tak dapat dirasai sepenuhnya dan duduk di bangunan yang sudah using dan patut dirobohkan pun.  Apa-apa pun walaupun aku tidak dapat mengharumkan nama sekolah seperti Amalina tu, tapi aku selalu menjaja nama sekolah di MRSM ni. Hahaha.. dulu sekolah mana? Di SMKUT.
Di sekolah itu, aku kenal kawan-kawan aku. Di sekolah itu, aku kenal Epop. Di sekolah itu, aku kenal Kpop. Di sekolah itu, aku kenal Super Junior. Di sekolah itu, aku kenal Siwon. Di sekolah itu, aku kena ramai kenalan. Di sekolah itu, aku kenal cara berdikari. Di sekolah itu, aku kenal baik dan buruk. Di sekolah itu, aku kenal ilmu. Di sekolah itu, aku kenal keseronokan. Di sekolah itu, kau kenal kesusahan. Di sekolah itulah, aku menuntut ilmu untuk menuju kejayaan yang ingin dicapai.

written on :
29 of April 2012 ... 5.52 p.m.
at:
MRSM PDRM

Monday, May 28, 2012

Maaf .. jangan ungkap GOODBYE




salam buat semua ...

sudah lama tidak menaipkan sebarang cerita di sini ...

rindupun ada lah juga ..

setelah jadi budak MRSM .... rasa lain .. masih tak percaya yang aku ni dah jadi sebahagian daripada MARA ... pelik ...

okey sekarang nak cerita pasal perkataan kat atas ..
"GOODBYE"



Thursday, May 10, 2012

Aku ...



Ya Allah..
Hamba mahu mengadu..
Hamba sedang menangis ni Ya Allah..
Jiwa hamba sakit, tidak tenang,
Payah sungguh melawan hawa nafsu yang jahat,
Berkali-kali hamba diajak membuat perkara jahat,
Hamba pandang kiri, kanan, depan dan belakang,
Memang ada sahaja peluang!

Dunia sekitar hamba juga sakit,
Dunia akhir zaman,
Mengelirukan, memporak-perandakan otak,
Buat hamba sakit nak melawan,

Ya Allah selamatkan hamba!
Tak nak jadi jahat!
Tak nak jadi lemah jiwa!
Tak nak rugi!
Tak nak menyesal!

Kasihkanlah hamba yang sangat lemah ini.

Daripada :
http://kangensyurga.blogspot.com/

luangkan masa ..


Lamanya bagaikan setahun ..
tidak lain dan tidak bukan .. bukak blog ...
haha .. 
rindu giler ngan blog ..
macam sarang tikus... dah lama tak post
kat super junior .. lagilah rindu ...

ahh... rindu betul semangat nih ...
hehe ..