Monday, December 3, 2012

The first time of my life




Tahun 2012 ialah tahun di mana aku banyak mengalami saat pertama kali. Dan bila aku mengingatinya kembali, aku rasa diri aku dah berubah. Cuma aku tak tahulah berubah ke arah kebaikan ataupun sebaliknya.

Tahun ini merupakan pertama kali aku memasuki asrama dan berjauhan dengan ibu bapa aku untuk lebih daripada sebulan. Sebelum ni, paling lama aku berjauhan dengan ibu dan bapa aku ialah selama lebih kurang sebulan. Itu semasa aku bercuti dengan adik aku di kampung.

Kemudian, aku pertama kali berjalan lebih daripada 2km menggunakan kaki aku sendiri dalam masa sehari. Mungkin lebih sebenarnya. Maklumlah jarak antara maktab dengan asrama lebih kurang 700m dan aku ulang alik dari maktab ke asrama lebih kurang empat kali sehari kalau hari sekolah. Itu belum termaksuk kalau aku terlebih rajin berjoging keliling kem. Tapi berat badan tetap tak turun juga. Aish!

Seterusnya, pertama kali aku tak tidur malam. Ini ialah pertama kali dalam seumur hidup aku. Tapi aku tak tidur bukan siapkan kerja sekolah atau pun belajar. Aku berjaga sebab nak tengok Hanakimi jepun sampai habis walaupun sebenarnya aku dah tengok. Tapi aku peduli apa. Yang penting best. Aku tak tidur dari petang hari khamis sampai jumaat pagi. Hari jumaat tu, mak aku call pun aku tak sedar sebab mengantuk sangat. Lepas tu, semasa bulan puasa. Orang dekat masjid buat qiamulail, aku kat unit buat maraton drama Sassy Girl dengan My Girl. Haha. Lepas subuh, terus tidur.

Kemudian, first time puasa tanpa parent di sisi, tanpa masakan mak dan first time tak sahur time sekolah pulak tu. Yang sakit hatinya kalau tak sahur tu. Alamatnya kena tahan perut sepanjang hari. Tu sebab lah aku buat maraton drama korea. Kalau tak memang akan terlepas sahur. Sedihnya! Tapi bila bukak puasa, macam macam diborong sampai tak cukup tangan.

Lepas itu, first time aku study sampai pukul dua pagi pada hari peperiksaan hanya semata mata nak faham force and motion (physic) dan akhirnya, markah tak naik jugak. Makin menurun adalah. Menyakitkan hati betul. Dah lah physic tu lima jam kredit dan mengganggu pointer aku. Tapi nasib baiklah tu ujian selaras saja. Kalau final semester, aku akan meraung sekuat hati.

Selepas tu, first time jumpa lelaki yang betul betul anti perempuan. Mula mula aku rasa dia ni gay. Tapi, dia ni lagi suci dari aku. Haha. Ye lah kot. Mulut memang sentiasa mencarut dan aku secara tidak sengaja banyak belajar mencarut dari dia dan yang lain lain juga. Mintak maap! Lepas tu, aku jumpa perempuan yang betul betul minat anime. Macam nak mati kalau tak ada anime. Dan aku banyak tahu pasal anime and manga semenjak aku menjejak kaki kat MRSM tu.

Lepas tu, pertama kali aku jumpa batch yang tiada persefahaman antara lelaki dan perempuan. Sebenarnya aku budak innocent yang tak pernah dengar lelaki mencarut dekat perempuan. Selalunya dulu, kalau di Johor kami selalu in one mind. Dulu, masa buat jadual waktu kelas, dorang semua tak pernah komen pun tu buruk. Ah, mungkin kami buat memang lawa kot. Tapi still, bila aku di MRSM aku tak jumpa lelaki yang betul betul ada sense of humor melebihi buddy aku yang sentiasa senyum sampaikan aku pernah tanya dia sama ada dia pernah marah atau tak.

Dan aku first time jumpa tandas sekolah yang lebih busuk dan buruk berbanding tandas awam. Apakah MARA tak ada peruntukan untuk membaiki tandas yang betul betul mengerikan tu? Aku akan fikir seribu kali untuk masuk ke tandas. I hate that toilet very much! Maklumlah maktab dah lama, usang pulak tu. Tinggal masa nak roboh saja.

Aku juga first time jumpa cikgu yang bila pelajar dalam kelas tu bermasalah terus dia pulaukan. Dan kalau dia mengajar dalam kelas tu, pasti dia akan mengajar dengan separuh hati. Kenapa? Kenapa cikgu kat sana selalu sangat nak mendoakan kegagalan muridnya? Kadang kadang aku takut kalau cikgu tu mengajar aku dengan tak ikhlas. Pasti ilmu yang dia beri tak pernah sampai kat aku. Kat mana lagi aku nak cari Puan Yap, Puan Goh, Puan Fathiema, Sir Guna, Puan Tan yang sangat gigih mengajar walaupun pelajar benci dorang. “Peduli apa saya kalau awak benci saya. Yang penting saya tak makan gaji buta,”Puan Tan.

(macam sesi meluahkan perasaan pulak . hehe )

Aku juga pertama kali makan ikan keli. Aku bukannya alergik dengan ikan keli cuma kalau kat rumah mak aku selalu masak ikan keli dengan asam pedas johor. Dan aku pula tak suka asam pedas johor sebab ada santan. Bila sampai saja MRSM, aku jadi peminat ikan keli goreng. Lepas tu, aku pertama kali sarapan dengan mee sup dalam seumur hidup aku. Rasa macam orang kelantan lah pulak sebab breakfast makanan yang bagi aku agak berat.


Aku juga pertama kali tidur petang setelah aku lama meninggalkan tabiat itu sejak berpindah ke johor. Aku jugak pertama kali stay kat sekolah sampai petang untuk belajar. Ah! Petanda yang baik. Dan tahun ni aku cipta rekod iaitu, menyiapkan semua kerja sekolah (walaupun meniru) tanpa meninggalkan satu pun. Dan aku juga cipta rekod terbaru iaitu tertidur di dalam kelas. Haha. Selalunya kalau aku malas nak dengar cikgu tu membebel, aku pura pura dengar padahal aku tengah buat homework lain.

Dan tak lupa juga, first time aku bawak handphone ke sekolah selama sepuluh tahun aku bersekolah.  Sebelum ni, aku tak pernah bawak phone ke sekolah sebab takut kena rampas. Tapi bila kat MRSM, mula mula aku memang selalu bawak ke maktab sebab takut kena curi. Lepas tu, ah lantak lah kau phone! Aku tinggalkan je dalam loker tu. Kalau aku stay hari tu dan balik petang pun aku tak kisah.

 Lepas tu, sejak masuk semesta dua, aku lebih rajin turun untuk menyihatkan tubuh badan atau stay untuk study. Dan kadang kadang aku tak sempat nak baring atas katil sebab mengejar masa. Apatah lagi, bila dua minggu final semesta dua. Memang aku stay setiap hari sampai waktu makan malam. Makan pukul 6.15 petang dan habis lebih kurang pukul 6.45 petang. Balik berjalan ke unit lebih kurang sepuluh minit. Lepas tu bersiap dan keluar dari unit lepas maghrib dan sebelum pukul 8 malam untuk prep malam. Prep malam habis pukul 10.30 malam dan sampai unit lebih kurang pukul 10.55 malam. Balik unit, terus tidur sebab penat sangat.

Tapi segala yang aku buat semasa minggu exam tu sangat berbaloi walaupun target yang buat tak sampai. Tapi pointer final semester aku yang paling yang pernah aku dapat. Berkat pointer selaras aku yang kurang daripada 3.50. sebab aku frust pointer aku lower lah aku berusaha study elok elok.