KYUHYUN |
Seohyun |
Changmin |
Junsu |
Lee Joon |
Uee |
Kevin |
Hara |
Nurse Yoona |
Dah dua tahun aku tidak bertemu dengan Uee semenjak dia berkahwin. Aku juga tidak berharap untuk berjumpa dengan dia. Biarlah dia dengan kehidupan barunya dan aku harus berusaha membina hidup yang baru. namun, aku masih bersendirian. Lee Joon sudah lima bulan mendirikan rumah tangga dengan cinta pertamanya dan sekarang sedang menanti anak sulung mereka. Changmin pula sudah mendapat anak lelaki sulungnya dua bulan yang lepas. Akhir sekali Junsu akan melangsungkan perkahwinannya lagi lima bulan.
*** “Ada apa hal kau nak jumpa dengan kita orang semua ni? Mesti ada berita yang penting kan?” soal Lee Joon yang sudah tidak sabar. “Kalau ya pun, biarlah dia duduk dulu. Isteri kau kat rumah tu tak akan lari,” kata Changmin berseloroh. Lee Joon hanya tersengih. “Kita tunggu Kyu dulu. Aku nak semua ada dulu,” kata Junsu. Lee Joon hanya mengangguk faham. Beberapa minit kemudian, Kyuhyun datang dan duduk di sebelah Junsu yang kosong. “Hah, apa pasal lambat mengalahkan ada bini ni?” soal Lee Joon marah. “Kau tahu tak dia dah tak sabar nak balik rumah sebab isteri kesayangan dia tengah tunggu kat rumah,” kata Changmin pula. “Sorry lah! Tadi ada gangguan masa dalam perjalanan tadi,” kata Kyuhyun. “Hah, kau! Apa pasal diam? Cerita cepat kenapa kau nak jumpa kita orang ni?” soal Lee Joon yang sudah tidak sabar lagi. Junsu memperbetulkan suaranya buat seketika sebelum memulakan ceritanya. “Macam ni, aku akan berkahwin hujung tahun ni,” kata Junsu membuat pengumuman. Semua yang mendengar tergamam. “Hah? Kau biar betul? Perempuan mana yang malang sangat tu?” soal Lee Joon. Changmin menampar bahu Lee Joon ke atas keceloparan mulutnya. “Nama dia Victoria,” kata Junsu. Kyuhyun berfikir sesuatu. “Dia tu senior kita masa kat universiti ke?” soal Kyuhyun setelah mengingati nama itu. Junsu memandangnya lalu memberikan senyuman. “Hah?” Lee Joon bertambah terkejut. Dia tidak percaya. “Macam mana korang boleh rapat pulak?” soal Changmin. “Aku memang dah rapat dengan dia sejak zaman universiti lagi, tapi secara senyap sajalah. Lepas dia graduate, dia ke luar negara and kita orang terputus hubungan. Tapi aku jumpa dia balik hujung tahun lepas. Sejak dari situ kami contact kembali,” kata Junsu. Teman-temannya yang lain setia mendengarnya. “Oh! Kau bercinta senyap-senyap tanpa beritahu kita orang? Sampai hati kau!” ujar Changmin. Junsu melibaskan tangannya berulang kali. “Alah! Tu nasib baik dia bagi tahu kita yang dia nak kahwin. Kalau tak kita terserempak dengan dia dengan anak seramai satu team bola baru kita terkejut beruk nanti,” kata Kyuhyun mengundang tawa kepada rakan-rakannya. “Hah, kau bila lagi Kyu?” soal Changmin berserta sisa tawa yang masih berbaki. Semua mata kini memandang ke arah Kyuhyun. Kyuhyun memandang satu per satu kawan-kawannya. Dia hanya diam sahaja. “Apa kata kita main satu permainan?” tetiba Lee Joon mengeluarkan satu idea. Semua mata kita fokus pada Lee Joon. “Permainan? Permainan apa? Macam budak-budak je bunyinya,” kata Changmin. “Ni khas untuk Kyu sorang saja,” kata Lee Joon. Kyuhyun berkerut dahi. “Apa dia?” soal Junsu pula yang tidak sabar. “Apa kata kau bawak bakal isteri kau pada hari perkahwinan Junsu nanti?” kata Lee Joon memberi cadangan. Hampir tersembul biji mata Kyuhyun mendengarnya. Changmin sudah menghamburkan tawa. Junsu pula membina satu gua di mulutnya. “Kau ni agak-agaklah dengan idea yang cukup bernah tu,” kata Kyuhyun tidak bersetuju. “Alah, kalau tak buat macam ni, entah bila kita dapat bubarkan Persatuan Lelaki Bujang Yang Handsome dan tubuhkan Persatuan Suami dan Bapa yang Mithali. Kalau tak pun kita tubuhkan je persatuan baru dan biarkan Kyu dengan persatuan lama tu,” kata Lee Joon yang tetap dengan pendapatnya. Changmin menghamburkan tawa. “Bila masa kita tubuhkan persatuan macam tu?” soal Junsu. ***
“Doktor Kyuhyun, ini pesakit yang terakhir,” kata Nurse Yoona. Kyuhyun hanya mengangguk faham. Tidak lama selepas itu, seorang pesakit masuk dan duduk di hadapan Kyuhyun. “Boleh saya tolong?” soal Kyuhyun sambil membelek kad pesakit. “Saya ada masalah dengan mata saya,” kata Seohyun. Kyuhyun segera memandang Seohyun. Mata Seohyun yang memerah lebih menarik perhatian Kyuhyun. “Mari saya periksa,” kata Kyuhyun. Seohyun hanya akur.
---
“Sila datang lagi minggu depan untuk sesi rawatan yang seterusnya, ya!” pesan Kyuhyun. Seohyun mengangguk faham. Dia beredar dengan segera. Setelah Seohyun hilang dari pandangan matanya, Kyuhyun segera melepas nafas lega. “Ahh! Apakah perasaan ni?” ucap Kyuhyun sendirian sambil mengurut dadanya. Dadanya berdegup dengan kencang sekali. Belum pernah dia merasainya walaupun kita bersama Uee dahulu.
*** Aku rasa aku bertemu dengan seorang bidadari hari ini. Ah, perasaan ini. Apakah dia? Kenapa aku rasa dialah yang tercipta untuk aku. Aku mahu bersama lebih lama. Senyumannya, membuatkan hati aku cair. Saat pertama kali memandangnya, dia sudah pun menambat hati aku. Apakah benar perasaan aku ini? ***
Kyuhyun berjalan sendirian sekitar Sungai Han. Permandangan malam itu sungguh menenangkan fikiran yang kusut. Namun, permandangan malam yang indah itu tidak dapat melupakan Kyuhyun terhadap seseorang yang telah membawa hatinya pergi. Namun masalahnya kini, dia tidak tahu di mana harus mencari penculik hatinya itu. Sedang dia berjalan sambil berpeluk tubuh, dia terlihat seorang perempuan sedang menangis sambil berpeluk lutut. Entah mengapa, Kyuhyun berasa ingin mendekati perempuan itu. Perlahan-lahan Kyuhyun mendekati perempuan itu dan duduk di sebelah perempuan. “Kenapa awak menangis sorang-sorang kat sini?” soal Kyuhyun. Namun perempuan itu hanya mendiamkan diri sahaja. “Tak malu ke menangis kat sini sorang-sorang?” soal Kyuhyun lagi setelah sekian lama soalannya yang terdahulu dibiarkan sepi. Perempuan itu memandang Kyuhyun. Kyuhyun sedikit terkejut kerana perempuan itu ialah Seohyun. Seohyun menjatuhkan kepalanya di atas bahu Kyuhyun. Mereka berdua hanya mendiamkan diri untuk beberapa ketika. Kyuhyun masih lagi terkejut. Dia rasa dia sedang bermimpi sekarang. Setelah keadaan reda, Kyuhyun memulakan bicara. “Are you okay now?” “Yaeh! Thanks,” ujar Seohyun sambil mengangkat kepalanya daripada bahu Kyuhyun. “What’s going on?” kata Kyuhyun ingin tahu. belum sempat Seohyun membuka mulut, Kyuhyun memotong terlebih dahulu. “Tak payahlah! Saya tak nak tahu,” kata Kyuhyun.
---
Kyuhyun masih belum percaya terhadap apa yang berlaku pada malam itu. Benarkah apa yang dia dengar? Dia masih lagi berfikir yang dia hanya bermimpi kerana angau dengan perempuan itu.
*** “Tak payahlah! Saya tak nak tahu,” kata Kyuhyun. “I broke up with my boyfriends,” kata Seohyun. Kyuhyun tersentak. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Seohyun mengesat air matanya yang jatuh di pipi. “Hey, can you help me with something?” soal Seohyun dengan nada ceria. “Apa dia?” “Can you be my mate for my high school reunion?” soal Seohyun sambil memandang Kyuhyun. Dia amat berharap agar Kyuhyun berkata ya. “Di mana?” “Incheon.” ***
Kyuhyun menyandar di keretanya sambil menghantar mesej kepada Junsu. “Kau girlfriend awak marah, saya boleh pergi sendiri,” kata Seohyun mengejutkan Kyuhyun. Kyuhyun hanya menggeleng. Dia membukakan pintu buat Seohyun. Seohyun melangkah masuk tanpa sebarang kata. “Saya tak ada girlfriend, tunang atau pun isteri. Saya single dan masih hot,” ujar Kyuhyun sebelum memulakan perjalanan. Seohyun tersengih mendengar perkataan hot yang disebut oleh Kyuhyun di hujung ayatnya. “And, if you fall in love eith me, you need to line up because there’s a lot of girls are waiting for me,” kata Kyuhyun. “Suka sangat perasan,” balas Seohyun. “Eh, bukan perasan. Cuma memberi tahu kebenaran saja,”
“Hye, Seohyun. Kau bawak siapa tu?” soal Hara. “He’s my ..” “Hello! Saya Kyuhyun. Teman lelaki Seohyun. Awak?” Kyuhyun memotong kata-kata Seohyun dan Seohyun pula ternganga mendengar perkenalan Kyuhyun. “Hai! Hara, tablemate Seohyun masa tahun tiga,” ujar Hara. Kyuhyun mengangguk faham. “By the way, senior Kevin bawa isteri dia. Cantik. Beruntung betul dia,” kata Hara kepada Seohyun. Membulat mata Seohyun mendengar nama Kevin. “Bila masa dia kahwin?”
---
“Kyu?” Kyuhyun mengalihkan pandangan ke arah perempuan yang memanggilnya. Seohyun juga. Tidak berkelip mata Kyuhyun memandang Uee di hadapan matanya. “Yah! Tulah isteri senior Kevin,” Hara berbisik kepada Seohyun. Seohyun memandang Uee. “What are you doing here?” soal Uee kepada Kyuhyun. “Err.. temankan my girlfriend,” pada mulanya dia teragak-agak untuk berkata. Namun setelah melihat Kevin berjalan menghampiri Uee, dia berani mengatakannya. Uee kelihatan sedikit terkejut. Seohyun berdiri di bersebelahan Kyuhyun. Begitu juga Kevin yang berdiri sebelah Uee. “Ini saya perkenalkan Seohyun. Seohyun, ini kawan saya sejak kecil lagi,” kata Kyuhyun memperkenalkan. Seohyun bersalaman dengan Uee. Bagi mereka berempat, keadaan begitu janggal. “Senior Kevin ialah cinta pertama saya. Saya rasa rimas lah duduk lama-lama dengan dorang kat sini,” Seohyun berbisik kepada Kyuhyun dan Kyuhyun mengangguk faham. “Sorry, dah lewat. Kami patut balik sekarang,” ujar Kyuhyun. Uee dan Kevin mengangguk faham. Kyuhyun dan Seohyun berjalan beriringan keluar. Di dalam kereta, masing-masing melayan perasaan sendiri.
*** Semenjak masuk sekolah tinggi, aku sudah jatuh cinta pada Senior Kevin buat kali pertama. Cara dia melayan perempuan amat memikat aku. Aku cuba mendekatinya sebelum dia meninggalkan sekolah tinggi ini. Akhirnya, beberapa hari sebelum hari graduasi, aku meluahkan perasaan aku terhadap dia. Dia senang menerimanya dan aku sangat gembira. Namun pada hari graduasi itu, dia berkata sesuatu yang menyebabkan aku terluka. “Mari kita berpisah sajalah.” Aku terima keputusannya walaupun aku tidak rela. Lebih daripada setahun untuk aku melupakannya. Aku fikir sekarang aku mampu melupainya namun tidak juga. ***
Sudah lama aku tidak bertemu dengan dia. Semakin cantik dia di mata kau. Ah, Cho Kyuhyun! Lupakan dia! Dia ialah kisah lama. Jangan dikenang! Ternyata dia masih berada di dalam hati aku. Mengapa boleh jadi begini? Kyuhyun mengalihkan pandangan ke arah Seohyun yang memandang ke luar tingkap. Dia cuba untuk membuang perasaannya terhadap perempuan itu. “Boleh tak kita singgah ke suatu tempat dulu?” soal Kyuhyun. Seohyun segera memandang Kyuhyun. “Ke mana?” Kyuhyun tidak pula menjawab pertanyaan Seohyun itu.
---
Seohyun duduk menangis menghadap tasik di hadapan matanya. Kyuhyun di sebelahnya sudah terbaring memejamkan mata beralaskan kedua-dua telapak tangannya. Setelah puas dia menangis, Seohyun melihat Kyuhyun di sebelahnya. Kyuhyun mendepakan tangannya. Seohyun sedikit pelik dengan tindakan Kyuhyun. Lama dia memikirkannya. Akhirnya dia merebahkan kepalanya di atas lengan Kyuhyun. Kyuhyun membawa Seohyun ke pelukannya. “I love you,” kata Kyuhyun berbisik kepada Seohyun. Seohyun ingin berkata sesuatu namun dia tidak mampu. “You are the only one can make my heart beats so fast,” kata Kyuhyun lagi. “Nak tahu something tak, Uee tu ialah bekas kekasih saya. Dialah cinta pertama saya. Daripada kawan, kami menjadi pasangan kekasih. Tujuh tahun kami bersama. Namun, akhirnya dia berkahwin dengan orang lain. Selepas dia berkahwin, saya hidup sendirian sambil cuba melupakan segalanya tentang dia. Once I met with you, you made my heart beats so fast. Not even with Uee before,” ujar Kyuhyun panjang lebar. Seohyun tergamam mendengarnya. “Seohyun, terima kasih kerana hadir di dalam hidup saya,” ujar Kyuhyun. Dia mempereratkan lagi pelukannya.
---
Kyuhyun memikirkan kembali apa yang dia kata kepada Seohyun malam semalam. Seohyun masih lagi berbaring di sebelahnya. Yah! Ini keputusan yang betul, kata Kyuhyun berbisik kepada dirinya sendiri.
*** “Seohyun, terima kasih kerana hadir di dalam hidup saya,” ujar Kyuhyun. Dia mempereratkan lagi pelukannya. Mereka mendiamkan diri buat seketika. “Saya mungkin tidak dapat melupakan Senior Kevin, tapi saya akan cuba mencintai awak,” kata Seohyun. “Saya pun,” balas Kyuhyun. “Saya jatuh cinta pada senior Kevin sejak tahun pertama lagi. Saya couple dengan dia hanya untuk beberapa hari saja. Bodoh kan? Kena tipu dengan senior yang semua orang dah kata dia tu kaki perempuan,” ujar Seohyun. Kyuhyun hanya diam. ***
“Are you wake up already?” soal Seohyun perlahan. “A’ah,” balas Kyuhyun pendek. Seohyun bangun daripada baringan. “Jom kita balik,” ujar Seohyun. Dia menghulurkan tangan untuk membantu Kyuhyun bangun dan Kyuhyun menyambutnya. “You know what, kita boleh jadi, Hyun couple,” ujar Seohyun. Kyuhyun memandang Seohyun pelik. “Kenapa pulak?” “Saya Seo-Hyun dan awak Kyu-Hyun,” ujar Seohyun. Tergelak Kyuhyun mendengarnya. “Betulkan apa yang saya kata?” soal Seohyun. Dia memandang Kyuhyun untuk mendapatkan kepastian. Kyuhyun mengangguk. “Betullah tu comel,” kata Kyuhyun sambil mencubit pipi dengan geram. “Sakitlah!”
Kebelakangan ini, Kyuhyun lebih banyak meluangkan masa bersama Seohyun. Kadang-kadang, Junsu mengajaknya keluar namun terpaksa ditolak kerana dia sudah berjanji dengan Seohyun terlebih dahulu. Kyuhyun sendiri tidak pasti hubungan dia dengan Seohyun bagaimana kerana mereka tidak pernah membincangkan soal hubungan mereka. Masing-masing lebih suka mengelak daripada mengutara tajuk itu. “Seo, what do you think about US?” soal Kyuhyun. Seohyun sedikit pelik dengan pertanyaan Kyuhyun. Selama ini, dia belum terfikir untuk bertanyakan soal itu. “Apa yang awak cuba katakan?” soal Seohyun kembali. “Don’t know. I just want to know your feeling towards me. That’s all,” ujar Kyuhyun. “Well, I don’t know,” balas Seohyun. “Serius?” Kyuhyun tidak percaya. Seohyun mengangguk dengan bersungguh-sungguh. “Kenapa tanya?” “Actually, saya kena ke Somalia untuk jadi sukarelawan di sana,” ujar Kyuhyun. Seohyun sedikit tersentak. “Berapa lama?” “Setengah tahun,” balas Kyuhyun. Seohyun terdiam seketika. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Dia sudah kehilangan kata-kata. Kyuhyun bertindak menggenggam tangan Seohyun. “Jangan risau,” ujar Kyuhyun. Seohyun mengangguk faham. “Bila nak pergi?” soal Seohyun. “Hujung bulan ni,” sekali lagi Seohyun terdiam. “Seo, hujung minggu ni ada perkahwinan kawan saya. Awak nak ikut tak?” soal Kyuhyun. “Hujung minggu ni? Tak boleh. Kakak sepupu saya nak kahwin juga,” kata Seohyun. Kyuhyun sedikit kecewa. “Sorry,” kata Seohyun dengan serba salah. Kyuhyun menggeleng kepala. “Tak apa.”
“Hoi, apa pasal duduk termenung sorang-sorang ni?” tegur Junsu mengembalikan Kyuhyun ke alam realiti. “Tak ada apa-apa. Kau dah siap?” soal Kyuhyun kepada Junsu pula. Junsu mengangguk. “Jomlah! Nanti lambat pula,” ujar Junsu. Hari ini hari perkahwinannya. Setelah puas dipujuk akhirnya Kyuhyun bersetuju untuk menjadi pengapitnya.
---
Kyuhyun menggosok matanya berulang kali. Dia seperti melihat Seohyun. Namun, wanita itu sudah hilang. Dia amat yakin yang dia melihat Seohyun. Kyuhyun bertekad untuk mencari wanita itu. “Kyu! Kau nak kemana tu? Jom kita bergambar sekali,” kedengaran Junsu memanggil. Kyuhyun terpaksa mengalah. Dia sedikit tersentak kerana Uee juga ada di situ bersama seuaminya. Namun dia bertambah terkejut kerana Seohyun juga berada di samping Victoria. Dia melihat muka Seohyun yang juga terkejut. “Yah! Kau datang sorang saja ke?” soal Lee Joon. Namun pertanyaannya itu dibiarkan sepi kerana Kyuhyun lebih sibuk memerhati Seohyun. “Kau tengok Uee ke?” soal Changmin yang sedikit berbisik kepadanya. Kyuhyun kemudian menggeleng. “Siapa di sebelah Vic tu?’ soal Kyuhyun. “Oh, dia ke. Aku dengar dari Junsu yang perempuan tu adik sepupu Vic yang paling rapat sekali dengan dia,” ujar Lee Joon. Hujung minggu ni? Tak boleh. Kakak sepupu saya nak kahwin juga. Kyuhyun teringat kata-kata Seohyun beberapa hari yang lalu. Kemudian dia tersengih sendirian. Memang ada jodoh betullah. “Kau kenapa Kyu? Ada masalah ke?” soal Lee Joon yang sedikit hairan. Kyuhyun hanya menggeleng sahaja.
---
“Hai, Junsu! Tahniah!” ujar Uee sambil tersenyum. “Thanks. Mana suami?” soal Junsu. “Dia ada terima satu panggilan tadi,” balas Uee. Mulut Junsu berbentuk ‘o’ sambil mengangguk tanda memahami. “Kenapa teman wanita Kyuhyun jadi pengapit Vic?” soal Uee. Junsu berkerut dahi kerana tidak memahami apa yang dikatakan Uee itu. “Awak tak tahu ke yang Seohyun tu teman wanita Kyu?” soal Uee lagi. Junsu dengan blur menggeleng kepalanya. “Seohyun tu adik sepupu Vic,” ujar Junsu. “Oh, yakah? Tapi baguslah kalau Kyu dah jumpa pengganti saya. Saya risau bila dapat tahu yang Kyu masih belum mahu lupakan saya,” ujar Uee. Uee mengalih ke belakang kerana suaminya memanggilnya. “Sorry lah! Saya pergi dulu. Tahniah!” ujar Uee sebelum pergi. Junsu hanya mengangguk. Dia masih lagi berfikir soal Kyuhyun tadi. Patutlah dia asyik sibuk saja. Rupa-rupanya sibuk dengan kekasih hati. Junsu segera mendapatkan Kyuhyun yang sedang sibuk bermain dengan anak Changmin. “Lebih baik kau terus terang dengan aku sekarang,” kata Junsu dan Kyuhyun memandang dengan penuh ketidak fahamannya. “Berterus terang pasal apa?” soal Kyuhyun. Lee Joon dan Changmin juga mendekati mereka. “Apa sebenarnya hubungan kau dengan adik sepupu Vic?” soal Junsu. “Kenapa tadi kau tanya pasal dia?” soal Changmin pula. “Jangan cakap dengan aku yang kau dah kahwin dnegan dia,” ujar Lee Joon pula. “Ish, korang ni! Agak-agaklah! Aku dengan Seo tak ada apa-apa lah. Kita orang kawan saja,” ujar Kyuhyun menafikannya. “Tipu! Kenapa Uee boleh kata yang dia tu teman wanita kau?” semua mata terbeliak mendengarnya apatah lagi Changmin dan Lee Joon. Kyuhyun tidak tahu hendak berkata apa. “Kamu semua ni buat apa?” soal Victoria. Seohyun ada di sisinya. Junsu memberikan senyuman yang paling manis buat isterinya yang tersayang. “Tak ada apa-apa. Dorang nak buat parti selepas majlis ni. Seohyun ikutlah sekali. Kyu pun ada juga,” ujar Junsu lancar. Seohyun sedikit terkejut dengan kata-kata itu.
Pada malam itu, Junsu, Victoria, Lee Joon dan Changmin yang bersama isteri dan anak mereka, Kyuhyun dan Seohyun menghabiskan masa di sebuah restoran yang sudah ditempah oleh Lee Joon. “Ini ialah parti ketiga yang kami buat. Sebelum ni, tentu Victoria dan Seohyun tidak pernah hadir kerana mereka juga tidak menghadiri perkahwinan Lee Joon dan Changmin. Untuk pengetahuan semua, saya, Junsu berserta Changmin, Joon dan Kyu sudah berkawan sejak kecil lagi. Sekarang ni antara kami berempat, Kyu saja yang masih single dan ini amat merunsingkan saya sebagai hyung kepada mereka. Harap Seohyun dapat mengajar dia erti cinta yang sebenar,” kata Junsu memberi ucapan. Lee Joon dan Changmin ketawa mendengarnya. “Jangan dengar sangat orang yang dah tak betul tu,” kata Kyuhyun berbisik kepada Seohyun. “Kyu, kau kata kau nak buat pengumuman,” panggil Changmin. Kyuhyun bangun lalu berdiri di hadapan semua. “Sebenarnya, aku akan pergi ke Somalia hujung bulan ni selama enam bulan,” ujar Kyuhyun memberi perkhabaran buat kawan-kawannya. Ternyata yang mendengarnya sedikit terkejut kecuali Seohyun yang sudah mengetahuinya. “Buat apa?” soal Junsu. “Sebagai sukarelawan kata sana sambil buat research,” balas Kyuhyun. Suasana diselubungi dengan kesedihan. Kyuhyun memandang ke arah Seohyun. “Seohyun,” panggil Kyuhyun. Semua mata memandang ke arah Seohyun tatkala ini. “Will you wait for me?” soal Kyuhyun. Seohyun terkejut mendengarnya. Semua sudah tidak sanbar hendak mendengar jawapan Seohyun apatah lagi Kyuhyun yang berdebar menanti jawapan Seohyun. Akhirnya Seohyun mengangguk dan mengundnag senyuman di bibir Kyuhyun. “Thanks.”
~ tujuh bulan kemudian ~
“Bali!” “Paris!” “Bali!” “Paris” “Bali” “Paris” “Paris” “Bali” Akhirnya, Kyuhyun bertepuk ke atas kemenangannya. Seohyun mencebik tidak berpuas hati. “Main tipu!” ujar Seohyun. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia tidak mahu melihat wajah Kyuhyun. “Alah-alah! Merajuk pula.”
---
“Mr. Cho Gyuhyun, will you be a good husband and father, stay next to your wife for the rest of your life, love her until the end of your breath, and always be beside her and face the hardships together?” “Yes, I do,” balas Kyuhyun. “Ms. Seo JooHyun, will you be a good wife, listen to your husband, take care of your husband’s good name, love him as he loves you, always beside him even through the hardship and be the mother of Cho Gyuhyun’s kids?” “Yes, I do,” ujar Seohyun. Kemudian, mereka berdua berdiri bertentangan antara satu sama yang lain. Mereka menyarungkan cincin di jari masing-masing. “Now, I declare you both as husband and with. You may kiss you bride now.”
“Sayang, saya ada something nak tunjuk,” ujar Kyuhyun. Seohyun seperti tidak berminat dengan kata-kata Kyuhyun itu. Kyuhyun tersengih melihatnya muka Seohyun yang masih cemburut. Mesti merajuk lagi soal bulan madu mereka. “Tengok ni,” Kyuhyun menunjukkan satu sampul surat kepada Seohyun. “Benda apa?” soal Seohyun lalu merampas sampul surat yang berada di tangan Kyuhyun. Kyuhyun segera menyembunyikan senyuman lalu pergi ke beranda. Pura-pura hendak menghirup udara segar pada pagi itu. Seohyun membuka sampul surat itu lalu membelek isi kandungan sampul itu. Seohyun menjerit gembira lalu berlalu mendapat Kyuhyun di beranda. Dia memeluk Kyuhyun dari belakang. “Thanks sayang! I love you so much!” ujar Seohyun. “Baru sekarang dia nak love kita,” kata Kyuhyun seakan-akan merajuk. “Eleh, nak merajuk pulak!” Seohyun bertindak menggeletek Kyuhyun menyebabkan Kyuhyun kegelian. “Yah, ni main kotor!” ujar Kyuhyun tidak berpuas hati. Seohyun segera melarikan diri daripada Kyuhyun. Naga comel sudah mengamuk.