Monday, December 31, 2012

#KalauAkuBukanKpoppers



#KalauAkuBukanKpoppers , mungkin aku ....

1.       Tak tahu yang manusia lagi handsome dan cute macam Luhan dan Siwon.

2.       Fikir yang Super Junior tu hanyalah nama saja sebab lagu Sorry Sorry dorang tu.

3.       Terlepas peluang mengenali JYP yang tak handsome tapi berbakat dan melatih ramai artis yang cukup berbakat.

4.       Tak tahu kewujudan Kpop. Bunyi macam keropok. Tapi disingkatkan.

5.       Tak mengaku yang aku ni orang Asia sebab lebih tertarik dengan budaya barat.

6.       Tak kenal budaya Korea. Apalah Arirang tu? Kimchi? Not my taste!

7.       Fikir lelaki yang berambut panjang dan blonde tu memang tak handsome. Sebab gaya ni memang tak sesuai dengan muka melayu langsung! So, lelaki melayu jangan buat rambut macam tu melainkan kalau korang tu mat saleh celup or mat korean celup.

8.       Tak ada akaun twitter. Sebab aku bukak twitter ialah @siwon407. Dorang tak ada official facebook masa tu, so aku pun bukaklah twitter. Dapat berhubung dengan pakwe aku dengan lebih dekat.

9.       Fikir 8TV tu hanyalah memaparkan cerita yang merapu saja dan asyik layan cerita melayu dan indon yang balik-balik, sama saja jalan cerita dia. Lagi-lagi indon.

10.   Tak ketagih internet macam sekarang. Sekarang ni, internet is everything for me!

11.   Hanyalah budak sekolah yang biasa yang tak tahu apa-apa dan buat benda yang tak berfaedah.

12.   Tidur pada waktu petang sebab kebosanan yang melampau dan tak ada hobi yang menarik untuk dilakukan.

13.   Ketinggalan zaman sebab tak tahu perkembangan dunia especially muzik yang gempak dan hot sedunia macam Gangnam Style.

14.   Tak kenal keseronokan music Kpop yang lebih best daripada lagu lain.

15.   Terlepas peluang menjadi ELF yang sangat unite. Agak sedih sebab ada orang kata daripada ELF, dorang tukar ke EXOTIC dan lepas tu tukar ke group yang paling baru, SEVENTEEN. Tapi aku peduli apa! Aku tetap ELF.

16.   Rasa tiada persahabatan yang lebih ikhlas berbanding persahabatan antara SUJU and ELF. SUJU mengajar ELF cara untuk menghargai antara satu sama yang lain.

17.   Fikir artis suka menjatuhkan artis yang lain. Tapi di Korea, aku tak pernah dengar lagi lah scandal macam tu.

18.   Tak jumpa artis yang begitu menghargai peminatnya macam SUJU and ELF, INFINITE and INSPRIT, BEAST and B2UTY, FT ISLAND and PRIMADONA, SNSD and SONE, SHINee and SHAWOL, B1A4 and BANA, BAP and BABY, EXO and EXOTIC, BIG BANG and VIP, 2NE1 and BLACK JACK, BOYFRIEND and BESTFRIEND, 4MINUTE and 4NIA, KARA and KAMILIA, 2PM and HOTTEST, 2AM and IAM, WONDER GIRLS and WONDERFUL, G.NA and G.NI, MISS A and SAY A, TVXQ and CASSIOPEIA,  MBLAQ and A+, CN BLUE and BOICE, SS501 and TRIPLE S, UKISS and KISS ME, and the others.

19.   Tak kenal erti kesusahan hidup seperti yang dilalui oleh idol Korea sebelum mereka debut.

20.   Fikir negara Korea ni kejam sebab bagi lelaki je masuk tentera selama 21 bulan.

21.   Fikir artis tu gila sebab menangis bila peminat menyanyikan lagu dorang semasa konsert.

22.   Fikir orang yang sanggup beratur panjang untuk beli tiket konsert tu membazir masa.

23.   Tak ada kawan daripada luar negara dan serata negara kerana ELF from all around the world bersatu demi SUPER JUNIOR.

24.   Tak kenal perkataan Korea. “Babo”, “Ne”, “Na”, “Saranghae”, “Bi” and so on.

25.   Tak pernah fikir untuk berjuang demi impian dan cita-cita. Macam, Kyuhyun, Siwon, Hoya dan Kim Hyun Joong. Parents dorang menentang apabila dorang kata nak jadi artis. Tapi dorang berusaha demi impian dorangh walaupun orang tua dorang tak menyokong dan kini aku yakin sangat orang tua mereka sangat bertuah kerana mendapat anak yang sangat disayangi nagera. Popular pulak tu. Seluruh dunia kenal mereka.

26.   Tak akan pernah jumpa lagu yang dibuat khas buat peminat mereka. Setakat lagu melayu, belum lagi. Banyak sangat lagu cinta dan putus cinta. Tapi bagi lagu SUPER JUNIOR, mereka banyak lagu yang memberi semangat. Contoh, MR. SIMPLE dan SEXY, FREE & SINGLE. Pastu tu dorang ada lagu untuk ELF macam From U dan SUPERMAN. Lagu Gulliver pun bagus jugak. Dan KISS ME pun dapat lagu yang special daripada UKISS jugak, Lifetime for KISS ME. banyak lagi sebenarnya. Cuba search. Setiap group mesti ada sekurang kurangnya satu lagu yang dibuat khas buat peminat dorang (kecuali group yang baru debut).

27.   Hanya kenal Senario, Edisi Khas, Raja Lawak dan Maharaja Lawak saja yang boleh buat aku ketawa. Bila aku tengok MBLAQ Sesame Player, aku ketawa sampai nak terguling guling sebab terlalu lawak. Dorang buat lawak tanpa dirancang. Terlalu spontan lawak dorang tu.

28.   Tak tahu kewujudan fanfic. Dalam kamus pun tak ada perkataan tu.

29.   Buat tak tahu je bila Golden Disk Awards diadakan di Malaysia. Dan mungkin aku akan cakap pada kawan aku macam ni, “GDA tu award untuk car racer je eh?” ataupun “Agak-agaknya Bunkface, Hujan atau Sixth Sense ada tak?” ataupun “Siapa artis yang buat persembahan tu nanti? Kenapa nama tu macam tak pernah jumpa pun?”

30.   Fikir f(x) tu hanya sekadar digunakan dalam math saja yang aku tak suka. Siapalah yang cipta bendalah tu?

31.   Fikir Donghae dan Amber ialah adik beradik lelaki sebab muka dorang sama dan Amber lagak macam tomboi.

32.   Fikir semua artis perempuan ialah adik beradik sebab muka dorang yang lebih kurang.

33.   Tak tahu yang lelaki macam Choi Siwon ada abs. Panggil chocolate abs pulak tu.

34.   Tak tahu yang pelakon dan penyanyi ada pangkat macam senior dan junior jugak. Ingatkan kat sekolah dan kat uni je ada.

35.   Fikir BEUTY and THE BEAST hanyalah sebuah dongeng. Budak kecik kena tipu dengan cerita seperti itu.