Sunday, December 30, 2012

[FANFICS] Love between ELF and SUJU






Kali pertama aku jumpa dia, dia sedang sibuk menangkap gambar Eunhyuk. Rasa jealous pun ada masa tu. Kenapa dia tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada aku? Wajahnya yang kelihatan tenang walaupun sibuk dengan kameranya. Aku memberikan senyuman yang manis buatnya dan dia membalasnya. Sebelum ini, aku juga pernah bertemu dengan dia.

“Oppa, jaga Lee Hyuk Jae baik-baik,” katanya kepada aku. Aku memberi satu anggukan yang ikhlas. Pada sesi Fanmeeting yang diadakan di Seoul beberapa tahun yang lalu itulah kali pertama kami bertemu. Sejak dari hari itu, aku mula menumpukan perhatian terhadapnya walaupun dia hanya memandang Eunhyuk. Tapi aku tidak kisah, asalkan dia muncul di hadapan aku setiap hari.

Tetapi mungkinkah aku katakan ini jodoh? Aku bertemu dengannya secara tidak sengaja di kedai serbaneka. Kemungkinan besar dia tidak menyedari yang aku berada di dalam kedai itu. kelihatan dia bersendirian dan aku memberanikan diri menghampirinya.

“Hai!” aku meluahkan perkataan itu walaupun susah untuk melakukannya.

“Hai!” dia membalas kembali bersama senyuman. Aku juga membalas senyumannya itu.

“Awak Lee Donghae kan?” soalnya. Aku terdiam mendengarnya. Apa yang patut aku buat? Pilihan A, mengaku. Pilihan B, katakan aku ni abang Donghae atau pilihan C, cabut lari.

“Tak mengapa. Saya tak akan buat kecoh. Awak memang Lee Donghae kan?” soalnya lagi. Nampaknya aku terpaksa membuat pilihan A. Lalu aku mengangguk bersama senyuman.

“Hai, nice to meet you. I’m Julie,” ujar si dia sambil menghulurkan salam perkenalan. Aku menyambutnya dengan penuh debaran.

“Hai, Julie. Gembira dapat berkenalan dengan awak. Saya Lee Donghae.” Senyuman tidak pernah lekang di wajahnya membuatkan dia sentiasa kelihatan ceria. Namanya Julie, namun wajahnya menunjukkan kecantikan gadis Korea.

“Oppa, saya nak tanya satu soalan boleh tak?” soal Julie. Aku hanya mengangguk.

“Benarkah gambar ni?” soal Julie sambil menunjukkan satu gambar yang berada di dalam iPhone 5 miliknya.


Aku terkedu melihat gambar itu. apa yang harus aku katakan? Pilihan A, berkata benar atau pilihan B, menipunya? Ternyata rumor itu mengganggunya.

“Oppa ingat saya tak?” soal Julie lagi setelah soalannya sebelum ini aku biarkan tidak berjawapan. Aku mengangguk dengan penuh semangat.

“Awak pernah beritahu saya yang saya perlu jaga Lee Hyuk Jae baik-baik. Dan awak selalu muncul di mana ada Eunhyuk,” kata-kata aku sedikit mengejutkannya. Pasti dia tidak menyangka yang aku memerhatikannya. Ahh! Mungkin dia akan fikir yang bukan-bukan soal aku.

“Oppa nampak saya ke?” soal Julie bersama senyuman. Aku menggaru belakang kepalaku yang tidak gatal. Malunya! Aku memberikan satu senyuman.

“Kamu memang minat Lee Hyuk Jae sangat-sangat ke?” soal Donghae. Julie mengangguk dan aku ... sedikit kecewa walaupun aku sudah mengetahui kebenarannya. Julie melihat jam tangannya.

“It’s late already. I got to go! Saya rasa happy sangat dapat bertemu dengan oppa,” ujar Julie. Belum sempat Julie menghilangkan diri, aku menrik tangannya secara tiba-tiba. Aku juga tidak sangka dengan tindakan mengejut aku itu. Julie melihat aku dengan wajah yang bingung.

“Jumpa lagi di sini lagi dua hari,” Julie hanya memberikan senyuman kepada aku. Adakah dia setuju? Secara perlahan-lahan aku melepaskan tangannya tanpa rela. Aku tidak sanggup membiarkan dia pergi. Aku mahu melihat wajahnya yang ceria itu.

Dua hari yang berikutnya, aku tidak dapat datang kerana berada di Hong Kong untuk majlis Mnet Asian Music Awards. Namun aku berharap sangat yang dia mengerti. Aku sangat berharap yang dia tidak menungguku. Kegelisahan aku menarik perhatian Yesung yang sememang seorang yang sensitif.

“Kamu kenapa?” soal Yesung kepadaku. Eunhyuk juga menghampiriku. Aku hanya menggeleng kepala sahaja sambil memberikan senyuman yang manis buat mereka. Semoga senyuman manis itu dapat menghindarkan mereka daripada merisaukan aku.

Persembahan kami di 2012 MAMA berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Aku juga berasa amat berbangga kerana kami, Super Junior menangi tiga anugerah yang amat berharga. Entah mengapa, aku teringat akan seorang sahabat baik aku yang memerhati aku dari langit. Dari dahulu lagi aku amat berharap agar dia berada di sisi aku dan memerhatikan persembahan aku.

Teuk hyung, Heechul hyung dan Siwon juga tiada di sini ketika kami menerima anugerah. Mesti Teuk hyung berasa gembira dengan anugerah ini. Somehow, aku amat merindui mereka bertiga dan amat berharap agar kami dapat berkumpul kembali seperti dahulu.

Sehari selepas kami tiba di tanah air, aku segera pergi ke kedai serbaneka itu. Aku menunggunya dengan penuh harapan agar dia muncul. Panggilan Siwon juga aku biarkan menyepi kerana aku tidak mahu diganggu. Akhirnya aku membuat keputusan untuk mematikan handphone aku kerana panggilan yang tidak putus-putus daripada Siwon.

Lama aku menantikannya. Mungkin sudah lebih dua jam aku berada di situ. Nasib baik mereka tidak mengecam aku sebagai Lee Donghae daripada kumpulan terkenal Super Junior. Sedang aku sibuk melayan perasaan, aku tersedar apabila ada seseorang menepuk bahu.

Aku sedikit terkejut dan gembira apabila melihat orang yang menepuk bahu aku tadi. It’s her. Julie sudahpun duduk di sebelah aku bersama senyuman.

“Oppa ni, adakah oppa ni ada penyakit lupa?” soal Julie bersama senyuman. Aku juga membalas senyumannya itu.

“Minta maaf. Saya betul-betul terlupa yang saya perlu ke HK keesokannya,” aku meminta maaf kepadanya dengan penuh rasa serba salah. Julie memberikan satu gelengan kepala.

“Tak apa. Saya faham. Saya ni seorang ELF yang sangat setia, tahu?” kata Julie dengan penuh bangga. Aku juga bangga dapat bertemu dengan seorang peminat yang sangat setia.

“So, kenapa oppa nak jumpa saya?” soal Julie. Aku sendiri tidak tahu hendak menjawab soalan itu bagaimana. Entah kenapa aku ingin bertemu dengannya lagi?

“Oppa ni suka kat saya ke?” teka Julie memnyebabkan aku terkelu lidah. Aku pasti dia hanya bergurau saja namun bagi aku, itulah soalannya yang paling mencabar minda aku.

“Oppa berguraukan?” sepertinya Julie dapat mengesan sesuatu. Aku masih lagi mendiamkan diri. Apa yang harus aku katakan? Plihan A, “Sebenarnya saya sudah lama jatuh cinta pada awak sejak pertama kali kita bertemu lagi.” atau pilihan B, “Haha.. pandai awak ni bergurau!” ataupun pilhan C, terus mendiamkan diri?

“Oppa?” Julie memanggilku namun aku tidak menyahutnya. Aku terus memandang jalan yang dilalui perbagai kenderaan dan masih memikit perkataan yang sesuai untuk dikatakan kepadanya. Aku mengeluarkan sesuatu daripada poket jaket aku.

“Untuk awak,” aku menghulurkan satu helai kertas. Julie mengambil kertas itu bersama kerutan di dahinya. Perlahan-lahan dia membuka lipatan kertas itu.

To Julie,

Terima kasih kerana menjadi peminat saya dan menjadi ELF sehingga hari ini. Teruskan menyokong kami. Hanya kamu yang membuatkan kami bertambah kuat dari hari ke hari. Terima kasih!

From me, Lee Hyukjae.

Terdapat tandatangan Eunhyuk dibawah pesanan itu. Julie tersenyum membacanya. Namun tanpa dia sedari, aku telah pun keluar dari kedai itu dan berjalan menuju ke dorm kami. Tetapi sebelum itu, aku juga meninggalkan sehelai kertas buatnya di atas meja itu.

Saya rasa sangat gembira dapat bertemu dengan awak dan berbual dengan awak. Sampai kita bertemu lagi. Teruskan menyokong kami. Tanpa kamu, siapalah kami. J

Lee Donghae~

Sejak dari hari itu, aku tidak lagi bertemu dengannya lagi. Aku tahu dia ada menunggu aku di kedai serbaneka itu, namun aku hanya membiarkan sahaja. Aku juga kadang-kadang melihatnya dalam kalangan ELF yang lain. Aku gembira dapat melihatnya. Dia seolah-olah memberikan semangat kepadaku. Namun aku tahu, aku tidak mampu membahagiakannya.

Aku dengan Eunhyuk melawat Teuk hyung sebelum kami berlepas ke Malaysia untuk satu showcase di sana. Teuk hyung kelihatan gembira menerima kunjungan kami. Eunhyuk banyak menceritakan pelbagai kejadian yang berlaku sepanjang tempoh Teuk hyung berada di tentera. Teuk hyung pula seronok mendengarnya.

Ketika Eunhyuk meminta diri untuk ke tandas, Teuk hyung bertanya kepadaku, “Kenapa?”

“Hyung kata hyung kalau boleh nak berkahwin dengan ELF kan? Macam mana kalau ELF yang hyung suka tu lebih suka member yang lain?” Seperti biasa, Leeteuk menjadi tempat aku meluahkan segala rahsia. Leeteuk tersenyum mendengar pertanyaan aku itu.

“Kalau dia seorang ELF yang sejati, pasti dia sukakan kita semua. Cuma, salah seorang member yang dia suka sangat itu mungkin penyebab kenapa dia menyukai kita. Tapi kamu kenalah berani bertanyakan soalan yang begitu romantis itu,” ujar Leeteuk.

Entah mengapa, aku berasa sungguh bersemangat apabila Teuk hyung berkata demikian. Mungkin benar kata Teuk hyung itu. Kita sebagai manusia tidak mengetahui apa yang berada di dalam hati manusia yang lain. Malahan, hati kita sendiri kadang-kadang kita tidak memahaminya. Mungkin aku patut mencuba.

Setelah pulang dari menjenguk Teuk hyung, aku menuju ke kedai serbaneka itu sendirian. Aku menunggunya ditempat yang biasa. Namun, dia tidak muncul pada hari itu. Aku pulang dengan penuh kecewa. Keesokannya, kami, Super Junior M dan EXO M bertolak ke Malaysia.

Suasana di Malaysia tidak pernah mengecewakan kami. Kami bergandingan junior kami, EXO M and BTOB di atas satu pentas. Setelah menghabiskan masa beberapa hari di sana, kami pulang semula ke Korea. Seronok dapat kembali ke tanah air.

Ketika di lapangan terbang, aku sedikit terkejut kerana antara ELF yang bersesak di airport itu ialah Julie. I saw her and I know she saw me either. Aku lihat ke dalam matanya dan dia membalas kembali renungan ku itu. aku rasa dia mengerti apa yang ingin aku katakan kepadanya.

Kepenatan dari Malaysia ke Korea, aku biarkan. Aku harus berjumpa dnegan Julie secepat mungkin. Aku tidak boleh menyimpan perasaan ini lebih lama lagi. Aku terus menuju ke kedai serbaneka itu tanpa mengetahui bahawa Yesung yang sudah lama mencurigai aku mengekori aku daripada belakang.

Julie sudah pun menunggu ku di tempat biasa. Secara perlahan-lahan aku menghampirinya. Dia memandang aku sambil memberikan sebuah senyuman yang amat aku rindui.

“Oppa, apa khabar?” soalnya setelah aku selamat mendaratkan punggungku di atas kerusi. Aku memberikannya satu senyuman.

“Julie, boleh saya tanya satu soalan tak?” aku mula menyoalnya. Julie mengangkat keningnya sebagai tanda dia ingin mengetahuinya.

“Saya tak kisah kalau awak suka Eunhyuk sekalipun, tapi saya tetap nak tanya, sudi tak kalau awak menjadi teman istimewa saya?” ternyata pertanyaan aku menbuatkan Julie sedikit terkejut. Julie hanya mendiamkan diri.

“Perlukah saya beritahu awak yang saya sudah jatuh cinta pada awak sejak pertama kali kita bertemu?”

“Apa lagi bukti yang lebih kukuh jika seseorang lelaki sanggup menunggu seorang wanita walaupun dia sendiri tidak pasti apa yang wanita itu fikir tentang dirinya?” Julie menghilangkan diri setelah selesai berkata-kata. Aku cuba memikirkan apa maksudnya.

“Kenapa kamu ni bodoh sangat? Pergi kejar dia! Dia kata ya tu!” sapaan Yesung hyung mengejutkan aku. Namun, kata-katanya lebih mengejutkan aku. Entah mengapa, aku masih mahu mengikuti kata-kata Yesung hyung itu.

Aku mengejar Julie yang sudah jauh meninggalkan aku. Dari jauh aku terlihat kelibat Julie dalam kalangan manusia yang membanjiri jalan. Aku segera berlari menuju ke arahnya dan berhenti di hadapannya. Aku cuba menghilangkan rasa lelah akibat berlari tadi. Namun, Julie meninggalkan aku sendirian di situ.

Aku berjalan secara perlahan ke arahnya. Aku mengekori dan tanpa sedar entah di mana aku berada sekarang ini. Yang aku pasti, dia sedang menuju ke satu taman permainan yang tiada orang. Aku hanya mengikutnya sahaja. Aku pasti yang dia tahu aku mengekorinya. Julie mengambil tempat di atas salah satu buaian dan aku pula di sebelahnya.

“Yesung hyung kata, awak setuju. Betul ke?” aku menyoalnya. Aku inginkan kepastian.

“Sebagai ELF, saya tahu apa yang oppa semua suka dan tidak suka. Sejak pertama kali Super Junior berdiri di atas pentas lagi, saya sudah ada menyokong kamu semua. Tapi sudah tentulah oppa tetap ada rahsia yang seorang ELF tidak boleh ketahui. Salah satu impian saya ialah bertemu dengan lelaki yang boleh membahagiakan saya dan mencintai saya. Lelaki yang membahagiakan saya ialah Teukkie oppa, Chullie oppa, Yesung oppa, Shindong oppa, Kangin oppa, Siwon oppa, Kibum oppa, Kyuhyun oppa, Wookkie oppa, Sungminnie oppa dan juga tidak ketinggalan Hankyung oppa, Hyunkjae oppa dan oppa sendiri,” ujar Julie panjang lebar dan aku hanya mendengarnya.

“Tapi, kamu belum jumpa dengan lelaki yang mencintai awak dan membahagikan awak sekali gus?” Julie mengangguk dengan pertanyaan aku itu.

“That’s mean, lelaki itu ialah saya?” aku bertanya lagi. Kali ini, jari telunjuk tangan kanan aku ditujukan ke muka aku sendiri. Julie hanya memberikan sebuah senyuman kepadaku.

“Jika oppa benar-benar ikhlas, saya sudi menerimannya dengan hati yang terbuka,” ujar Julie sedikit menggembirakan aku.

“Walaupun kita terpaksa merahsiakan hubungan ini daripada pengetahuan semua orang? Walaupun kita akan jarang bertemu?” Julie mengangguk dan aku ... berasa lega.

“It’s good! Kan tak best kalau jumpa setiap hari. Belum sempat rindu nak kumpul, kita dah bertemu,” ujar Julie memberi alasan. Aku ketawa kecil mendengar jawapan Julie itu. memang benar katanya.

“Tapi, saya harus minta maaf pada oppa kerana mungkin saya lebih tumpukan perhatian pada lelaki lain berbanding oppa sendiri,” kata-kata Julie bagaikan bermain di dalam mindaku. Apa maksudnya? Julie katawa besar melihat dahi aku yang berkerut seribu. Nampak sangat aku tidak pandai menyembunyikan perasaan aku.

Julie menunjukkan wallpaper handphonenya dan itu ialah gambar Eunhyuk yang terbaru. Aku ketawa pada diriku sendiri akibat kebodohanku. Bagaimanalah aku boleh lupa yang Julie ni minat pada Eunhyuk?

“Oppa tak kisahkan?” soalnya dan aku memberikannya gelengan kepala sambil tersenyum.

“Selagi lelaki yang awak minat tu member Super Junior, selagi tulah saya tidak kisah.”

“Macam mana kalau dengan Luhan?” laju aku menggeleng memberikan jawapan.

“Walaupun dia tu dongsaeng saya, tetap tak boleh. Hanya lima belas sahaja! Yang lain memang tidak boleh!” Julie ketawa mendengarnya. Namun, akhirnya dia mengangguk jua.

“Baiklah oppa yang comel! Saya faham! Hanya ada nama Leeteuk, Heecul, Hankyung, Yesung, Kangin, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Siwon, Donghae, Kibum, Ryeowook, Kyuhyun, Zhoumi dan Henry sahaja di dalam hati saya!”

Sejak dari malam itu, aku dan Julie sering berhubungan melalui sms. Kadang-kadang aku melihat dia bersama dengan dengan ELF yang lain. Apabila mata kami bertemu, kami saling memberikan senyuman. Apabila aku keluar negara, aku sering membelikannya hadiah dan poskan hadiah itu ke rumahnya.

Ahli Super Junior yang lain juga mengetahui hubungan kami berdua kerana mulut Yesung hyung yang sangat bising itu. namun, selain Yesung hyung, tiada siapa tahu rupa Julie bagaimana. Mereka hanya meneka yang Julie itu kelihatan seperti orang barat sahaja seperti Abigail.

Tidak lama lagi, Super Junior M akan kembali dengan lagu baru yang diberi tajuk, Break Down. Dan setelah habis promosi Suju M, aku dan Eunhyuk akan berkolobrasi lagi untuk lagu kami yang baru. Setelah itu, pada pertengahan tahun pula, Super Junior kembali beraksi di hadapan kaca televisyen. Tak lupa juga Heechul hyung yang akan kembali dari tentera pada tahun ini.

Sudah tentu ELF tidak sabar menantikannya. Aku juga berharap hubungan aku dengan Julie sentiasa kekal hingga ke jinjang perkahwinan. Jika dia sanggup menungguku, pasti aku akan mengahwininya setelah aku selesai menjalankan kewajipan aku sebagai seorang lelaki Korea yang bertanggungjawab.