Monday, December 3, 2012

Cinta Jarak Jauh ..

their love and smile make me crazy !
LOL


Haluu ... memandangkan aku tengah boring sambil menunggu aku download video, so aku rasa lebih baik aku reka satu karangan.

cinta jarak jauh. aku bukannya apa, tadi aku baca cerita yang aku buat (tapi tak siap). dan cerita tu ada kena mengena dengan cinta yang diputuskan disebabkan jarak.

aku tak tahu apa yang aku merepek pasal cerita tu, tapi permulaan dia memang suck sikit. so, aku cadang nak buat permulaan yang baru dan masih guna plot yang sama.

tapi kali ini bukan aku nak cerita pasal tu. aku nak cerita pasal kelebihan dan kekurangan cinta jarak jauh ni.

kelebihan yang first sekali dari segi Islam, mungkin cinta jenis ni dapat mengelakkan diri kita daripada maksiat. tapi, disebabkan kita sekarang hidup di dalam zaman yang serba canggis yang dipenuhi dengan mesin dan teknologi, jadi kita dapat menghubungi si dia walau berjuta batu sekali pun dia berada. maknanya, maksiat tetap berlaku. tapi, kalau jenis yang takut membazirkan duit dan rumah dia tak ada line internet, mungkin perkara ni dapat dielakkan. cuma bila sudah lama tak jumpa, rindu di dalam hati ni siapalah yang tahu. betapa bebannya hati ni menanggung rindu. agak agaknya tiap tiap malam asyik termimpikan orang yang tersayang.
cinta jenis jugak memberikan kita satu pelajaran iaitu belajar untuk setia dan jujur. maklumlah bila si dia berada jauh di mata tapi belum tentu dekat di hati. hari hari kita jumpa pelbagai jenis manusia dan tidak mustahil bila kita jumpa orang lain yang lebih cantik atau handsome, pasti kita akan tertarik. betul tak? itulah lumrah manusia. aku pun tak terkecuali jugak. hehe. tapi, bagi yang jenis setia dan jujur, dia akan sentiasa ingat bahawa ada orang yang menunggunya dan dia juga menunggu orang itu. kita juga akan tahu perangai sebenar pasangan kita. yalah, mungkin pada mata kita dia seorang yang setia dan jujur tapi cuba kalau berjauhan dengan dia? entah berapa ramai awek atau jantan yang cuba dia tackle dan permainkan. hehe. hati hati dengan manusia macam ni.
cinta jenis ini membuatkan kita terfkir sesuatu. apakah dia yang terbaik untuk diri ini? apakah dia jodoh aku? apakah kami ditakdirkan bersama? apakah dia yang tercipta untuk ku? tapi semua itu adalah rahsia yang tidak mungkin kita dapat mengetahuinya. apa yang penting sekarang ni, kita hanya perlu berdoa agar menerima jodoh yang baik. semua yang berlaku pasti ada sebab. dan semua yang terjadi mungkin yang terbaik untuk kita.

renung renungkan dan selamat beramal -Prof. Izzi-