Saturday, July 21, 2012

Buat mu SAHABAT ku ..

Assalamualaikum ..


Sahabat ku , 
ketahuilah sehingga ke saat ni , sahabat mu ini amat menyayangi mu dan merindui diri mu . 
tidak pernah terlintas difikiran untuk melupai diri mu walau sesaat pun . 
sesungguhnya , kehadiran mu memberi sejuta warna dalam hidup ku . 
sesungguhnya , aku sangat bersyukur kerana ALLAH menghadiahkan sahabat yang begitu memahami aku .
tiada yang lebih berharga daripada tali persahabatan kita .
di sini aku berharap agar hubungan ukhwah yang kita bina kekal hingga ke syurga . 
biarlah jarak yang menjauhkan kita . 
biarlah masa yang memisahkan kita . 
dengan teknologi yang tinggi , kita masih dapat berhubung . 
janganlah melupai diri ku yang hina ini . 
sesungguhnya , aku amat memerlukan mu .
kau lah yang pemberi semangat kepada ku .
kau lah pun aku terus kekal berjuang .
setiap kenangan yang kita bina , kekal di dalam minda ku dan tertanam di dalam hati ku .
suka dan duka , semuanya sudah sebati dalam diri ku .
segala kenangan itu lah yang menggembirakan aku tatkala aku dalam kesedihan .
dengan itu , marilah kita maju selangkah demi selangkah .
menuju ke menara gading .
marilah kita mencipta kejayaan bersama .
aku tidak mahu berdiri keseorangan di menara kejayaan .
aku ingin kau berdiri di sebelah ku .
semoga segala impian kita tercapai . 
dan semoga kta bertemu lagi di lain waktu dan tempat .


dalam hati ini ada nama mu , nama seorang insan yang aku rindu . dalam diri ini ada sayang mu , sayangnya diri mu tidak mengerti . dalam senyum ini ada tangisan , tangisan seorang insan terluka . dalam jiwa ini ada pilunya , pilu yang membuat aku menangis .oh , hibanya ...