Main actor @ Main Actress : :
Minhwan of FT Island
my friend named Tisha
Dongwoon of BEAST
Co-actor @ Co-actress : :
Leeteuk of Super Junior
Suzy of Miss A
So,,, the story begin .....
“Ciri-ciri boyfriend yang aku suka ialah kacak, kaya, bijak dan popular.
Kau ada ke?” tanya Tisha dengan sindir. Yongjae kecewa mendengarnya. “Aku rasa
kau memang kaya, bijak dan kau memang famous dalam kalangan budak nerd. Tapi
muka kau tu aku nak termuntah tengok! Macam longkang!” kata Tisha lagi. Dia
terus-terusan menyindir Yongjae. Bertambah luka di hati Yongjae. Puas Tisha
mengutuk Yongjae. Baik kita kutuk depan-depan daripada kita kutuk belakang dia.
“Tak apalah kalau awak tak suka saya. Tapi janganlah kutuk saya depan saya.
Sakit hati saya mendenagrnya. Awak cantik macam bidadari. Tapi mulut macam
longkang. Lebih baik muka macam longkang, jangan hati macam longkang. Orang
kaya yang kacak pun tak minat kau kau la kalau macam tu!” kali ini giliran Yongjae
pula mengutuk perangai buruk Tisha. Semua orang tahu perangai buruk Tisha tu.
Disebabkan dialah Goddess of the School, segala perangai buruk dia tu dibuang
ke tepi. Maklum sajalah, anak orang berada yang dibesarkan dengan segala
kemewahan. Apa yang dia nak, semua dapat. “Patutlah Dongwoon tak pandang kau!”
kata Yongjae lagi sebelum meninggalkan Tisha. Tersentak Tisha mendengarnya.
Kurang ajar punya jantan! Membuak-buak rasa marah di dalam hati Tisha. “Sial!”
tempik Tisha.
“Choi Minhwan.
Baru berpindah ke sekolah yang sama dengan Tisha. Muka,, bolehlah tahan. Kaya?
Tak tahu lagi. OTW. Dalam siasatan. Bijak? IQ dia 190. Popular? Paling popular
dalam sekolah dia. Dianggap bintang sekolah yang paling berharga,” kata Rian
memberi laporan. “Kelas mana?” tanya Pilsook dengan bersungguh-sungguh.
“Sekelas dengan Senior Leeteuk. Dengar kata, dia tu sebenarnya sepupu kepada
Senior Dongwoon,” kata Rian lagi. “Sepupu Dongwoon?” Tisha kini berminat pula
untuk mengetahui siapakah Minhwan yang menjadi kegilaan budak sekolahnya kini.
Rian mengangguk dengan bersungguh-sungguh. Dia yakin. “Dia sudah pun menyertai
kelab bola tampar bersama-sama dengan Senior Dongwoon. Dia sama macam Senior
Dongwoon, gila bola tampar. Sejak tahun satu lagi dia sudah menyertai pasukan
sekolahnya yang sebelum ni. Tiga tahun berturut-turut pasukan bola tampar Inyeonggi
School menang bola tampar peringkat wilayah. Dan yang paling penting, dia ada
fan club yang tersendiri. Fans dia dari seluruh dunia ada,” kata Rian panjang
lebar. Tisha bertambah minat pada lelaki itu. begitu hebatkah lelaki itu?
tunggu dan lihat sajalah.
“Dengar kata fan
club kau dah lebih sepuluh ribu orang betul ke?” tanya Dongwoon. Minhwan
memandang Dongwoon dengan pandangan yang kosong. “Dari mana kau tahu? Aku tak
tahu apa-apa pun? Kau bikin cerita je ke?” tanya Minhwan. Dia tidak melawak.
Dia memang tidak tahu. “Aku tengok la! Itu pun takkan kau tak tahu?” Dongwoon
berasa hairan. Minhwan menggeleng. Pecah ketawa Dongwoon. “Satu sekolah dah
kecoh lah! Itu pun kau masih tak tahu lagi?” kata Dongwoon. “Betullah! Aku tak
tahu apa-apa pun. Suzy ni pun satu! Bukan nak bagi tau!” bentak Minhwan. “Suzy?
Siapa Suzy? Awek kau ke?” tanya Dongwoon. Minhwan hanya tersengeh.
Jari-jemarinya ligat mendail nombor Suzy. “Hai, comel! Aku dengar fan club kita
dah lebih sepuluh ribu orang betul ke?” tanya Minhwan setelah orang di sana
mengangkat telefon. “Macam mana kau tahu? Kau tengok ke?” tanya Suzy. Hairan.
Sebelum ni, Minhwan langsung tak mahu ambil tahu hal remeh-temeh ni. Nak tengok
laman web tu pun dia boleh bagi macam-macam alasan yang budah tadika pun boleh
buat. “Tak da lah. Ni, budak sekolah aku dah bising la,” kata Minhwan. Suzy ni,
macam tak kenal aku je. “A’ah. Aku batu fikir nak bagi kau suprise. Lepas kau
pindah sekolah, fans kau makin bertambah. Untungla kau. Masuk-masuk je dah
famous. Lepas tu, lupakan kitorang yanga ada kat sini, kan?” kata Suzy. “A’ah
lah! Macam mana kau tahu? Kau ni memang betul-betul tahu pasal aku kan? Aku
sendiri pun tak tahu,” kata Minhwan. “Alah, kau! Entah-entah kat sana jumpa
perempuan yang lagi comel dari aku. Terus lupakan aku!” kata Suzy lagi. “Suzy,
tak adalah macam tu. Aku ni bukan jenis lupakan kawanlah. Aku akan sentiasa
ingat kat kau dengan geng gila kau tu,” kata Minhwan. “Banyak lah kau punya gila.
Kitorang cuma gilakan kau je!” kata Suzy mempertahankan kawan-kawannya. Ketawa
besar Minhwan mendengarnya. “Aku appreciate giler perasaan sayang korang kat
aku. Tapi aku tak boleh terima. Kalau aku terima korang, yang lagi sepuluh
ribu, jealous pulak kan?” kata Minhwan. Dia cuba melawak. Ingin dibuang rasa
bersalahnya. “Yelah tu. Kitorang tak salahkan kau lah! Kitorang dah cukup happy
kau sudi kawan dengan kitorang. Bagi kitorang, kau lah prince charming
universe. Eh, nanti hujung minggu datanglah rumah aku. Kitorang buat party
sempena fans club kau. Jangan lupa jemput kawan-kawan kau yang handsome sekali
tau!” kata Suzy. Sebagai pengerusi Kelab Peminat Minhwan, dia harus mengaturkan
acara yang menarik demi merapatkan hubungan Minhwan dengan pemintanya. “Pukul
berapa? Ramai tak yang datang?” tanya Minhwan. “Pukul 8 malam. Dalam dua puluh
lebih. Itu tak termasuk dengan kawan-kawan kau lagi. Datang tau! Aku tunggu.
Siap kalau kau tak datang! Aku tanam kau hidup-hidup,” Suzy mengugut. “Berani
ke kau? Tak sayang aku lah tu! Nanti aku datang okey! Puah hati?” kata Minhwan
untuk menyedapkan hati Suzy. “Berani aje aku. Aku tunggu, tau! Okeylah, bye!”
talian dimatikan. “Kita ada party hujung minggu ni. Nak ikut?’ tanya Minhwan
kepada Dongwoon. “Ada ramai awek tak?” tanya Dongwoon. “Gila tak ramai!” kat
Minhwan lagi. Dongwoon hanya mengangkat kening.
“Depan tu, yang
jalan lagak diva tu, namanya dia Tisha. Goddess sekolah ni. Tapi berlagak tak
bertempat,” kata Leeteuk. Minhwan hanya memandang Tisha dari jauh. Jadi itulah
perempuan yang dimaksudkan Dongwoon. Cara dia jalan pun, kita dah tahu
perangainya. “Dia suka kat Dongwoon. Tapi kau tahu sajalah taste Dongwoon macam
mana. Dia tu kan tak suka perempuan yang manja. Semua cinta budak lelaki
sekolah ni dia tolak semata-mata kerana Dongwoon. Ciri-ciri boyfriend idaman
dia, kacak macam Senior Dongwoon, genius macam senior Dongwoon, kaya macam
Senior Dongwoon dan popular macam Senior Dongwoon. Bak kata pepatah, tiada yang
lagi handsome daripada Senior Dongwoon,” kata Leeteuk lagi. “Macam manakalau
perasaan dia berubah?” tanya Minhwan. Leeteuk tidak faham maksud Minhwan. “Kau
maksdudkan Dongwoon ke?” tanya Leeteuk. Minhwan hanya menggeleng. Sebaliknya
jari telunjuknya menunjuk ke arah Tisha. “Tisha? Nak berubah? Mustahil. Lima
thun dia menaruh perasaan kat Dongwoon. Macam mana nak beubah?” kata Leeteuk
tidak percaya. “Kau tahukan kuasa cinta boleh menjadikan yang mustahil itu
kepada realiti?” kata Minhwan. Leeteuk mengalah.”memang lah kuasa cinta boleh
mengubah segalanya. Tapi dengan siapa?” tanya Leeteuk. “Dengan siapa-siapa
je,”kata Minhwan. “Kau jangan buat kerja gila Minhwan!” kata Leeteuk
seolah-olah dapat membaca apa yang ada dalam fikiran Minhwan. “Dia boleh tahan.
Cuma sikap dia je yang buatkan dia nampak buruk. Tapi comel apa!” kata Minhwan.
“Minhwan, kau sihat tak?” tanya Leeteuk sambil tangannya merasa kepanasan di
dahi Minhwan. “Aku okey lah! Waras lagi!” kata Minhwan.
Minhwan mendekati
Tisha. “Hei, boleh kenal?” tanya Minhwan sambil menghulurkan salam perkenalan.
Tisha tersenyum sinis. “Saya Minhwan. Awak?” tanya Minhwan setelah salamnya
dibalas. “Tisha. Kau budak baru tu kan?” tanya Tisha. Muka Minhwan lebih
handsome daripada gambar. Tiada cacat cela. Minhwan hanya tersenyum. “Hujung
minggu ni ada party kat rumah kawan saya. Awak nak join tak?” tanya Minhwan.
“Party? Hujung minggu ni? Boleh aje.kat mana?’ tanya Tisha. Minhwan
mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen. Segera dia menulis alamat rumah
Suzy. “Jangan lupa datang. Pukul 8 malam,” kata Minhwan. Tisha menyambut kertas
daripada genggaman Minhwan. “Okey, i’ll be there,” kata Tisha. “Pergi dulu,
bye!” Minhwan meminta izin untuk berundur. Setelah itu, dia hilang daripada
pandangan mata Tisha.
“Semua ni peminat
aku ke?” tanya Minhwan setelah berada betul-betul di hadapan Suzy. Suzy hanya
mengangguk sambil mengukirkan senyuman yang manis. “Kau layan dorang dengan
baik tau! Kalau tak, aku suruh kau bayar semua perbelanjaan yang aku guna untuk
buat party ni,” kata Suzy mengugut. Minhwan hanya tersengeh. “Berani ke kau
suruh aku bayar?” tanya Minhwan mencabar Suzy. “Boleh aje,” Suzy tidak takut.
Minhwan ketawa. “Kau memang tak takut dengan aku kan?” kata Minhwan. “Memang
pun,” kata Suzy. Minhwan memaut tangannya pada bahu Suzy. “Jom, aku kenalkan
kau dengan sepupu aku yang handsome. Konfem kau akan lupakan aku lepas ni,”
kata Minhwan dengan nada menyakat. “Lebih kau kata betul. Kalau tak kau kena
keluar date dengan aku sehari suntuk sebagai balasan,” kata Suzy. Minhwan
ketawa. “Boleh aje,” Minhwan tidak kisah. “Hei, Dongwoon! Ni perkenalkan, my
little princess, Suzy,” Minhwan memperkenalkan Suzy kepada Dongwoon dan
rakan-rakannya yang lain. “Hai!” Dongwoon menghulurkan salam dan Suzy
membalasnya. Tersenyum simpuh Suzy melihat Dongwoon. “Macam mana? Aku tak tipukan?”
bisik Minhwan di telinga Suzy. Suzy mengangguk tanda setuju. Dari jauh Minhwan
melihat kelibat Tisha. “Excuse me, guys” kata Minhwan meminta diri. Minhwan
segera mendekati Tisha. “Hei, datang pun!” Tisha hanya tersenyum. “Hei,
handsome! Lama tak jumpa. Ingat kat I lagi tak?” tegur seorang perempuan.
Berkerut dahi Minhwan mengingati siapakan perempuan yang berdiri di hadapannya.
Kemudian Minhwan tersenyum. “Nana kan? Lama tak jumpa,” kata Minhwan. “Ingat
pun. Ingatkan dah lupa I ni,” kata Nana. Tangannya lantas memaut lengan
Minhwan. Minhwan membiarkan saja. Fans service lah katakan. “Bukannya tak
ingat. Cuma lupa. Maklumlah lama tak jumpa. Nak kena bukak laci memori
satu-satu. Ramai sangat peminat. Sebab tu ingat-ingat lupa je,” kata Minhwan
memberi alasan. “Yelah tu. Hari tu, birthday party I kenapa you tak datang?”
tanya Nana. “Sorry lah! I busy masa tu. Sorry, okey?” Minhwan memohon maaf pada
Nana. Masih ingat rupanya perempuan ni. Ingatkan dah lupa. Kuat memori betul. “Yelah I maafkan. Eh, you bawak tak
kawan you yang handsome. Kenallah I dengan sorang,” kata Nana. Minhwan
tersengeh. “Tu. Ada kat sana. Pergilah,” kata Minhwan sambil menunjuk ke arah
Dongwoon dan yang lain-lain. Nana, dengan lenggang lenggoknya pergi ke arah
Dongwoon. Minhwan, tanpa melengahkan masa terus mendapatkan Tisha. Gara-gara
Nana dia terpaksa meninggalkan Tisha keseorangan. “Sorry. Dia memang macam tu.
Suka mencelah,” kata Minhwan. Tisha hanya tersenyum kelat. “Girlfriend ke?”
tanya Tisha. Minhwan menggeleng dengan bersungguh-sungguh. “Kalau ada dia
sorang je perepuan dalam dunia ni yang belum kahwin, saya tak ingin pun!” kata
Minhwan. Tisha tersenyum mendengar kata-kata Minhwan. Teruk sangat ke perempuan
tu? Sampai macam tu sekali Minhwan kata. “Kenapa awak cakap macam tu?” tanya
Tisha hairan. Minhwan hanya tersengeh. “Setiap perempuan ada kecomelannya yang
tersendiri. Tengok perempuan yang sedang bersembang dengan Leeteuk. Dia tu
susah nak bergaul dengan orang yang begitu asing dengan dia. Dia kena ambil
masa yang lama untuk bergaul mesra dengan orang lain. Dia ni jenis yang pemalu
sikit. Tapi orang selalu salah sangka yang dia ni sombong. Tapi bila dah lama
kita kenal dengan dia, dia sebenarnya seorang yang sangat manja dengan
temannya. Itulah kecomelannya,” kata Minhwan. Tisha pula yang tersengeh
mendengar kata-kata Minhwan. “How about me?” tanya Tisha. Dia ingin tahu
persepsi dirinya dari pandangan mata seorang lelaki. “Awak? Manja awak semua
orang boleh lihat. Jenis yang tak akan berputus asa. Setia pada yang satu. Wajah
yang comel walaupun tanpa solekan,” kata Minhwan memuji. Tergelak kecil Tisha
mendengarnya. “Ada-ada sajalah,” Tisha tidak percaya. “Kalau tak percaya sudah
lah!”
“Minhwan, aku nak
minta something boleh tak?” tanya Dongwoon. Dia masih teragak-agak. “Apa dia?
Lain macam je bunyi. Sebelum ni kau tak payah buat introduction pun, terus
mintak je,” kata Minhwan menyindir. Makin bimbang kalau-kalau Minhwan akan
ketawakan dia kerana minta yang bukan-bukan. “Cepatlah nak apa?” tanya Minhwan
setelah Dongwoon mendiamkan diri. “Aku nak nombor Suzy boleh?” akhirnya terluah
jua hasratnya. Minhwan ketawa terbahak-bahak. “Itu yang kau nak? ingatkan nak
apalah tadi. Serius sangat!” kata Minhwan setelah muka Dongwoon bertukar masam.
“Boleh aje. Tapi nak buat apa?” saja Minhwan mahu Dongwoon meluahkan isi
hatinya. Bukan senang nak tengok Dongwoon ni jatuh hati. Sekali dalam sejuta
tahun. “Saja. Nak kenal-kenal dengan dia,”
kata Dongwoon. “Mana pernah Son Dongwoon saja-saja nak kenal dengan
perempuan. Kau jatuh cinta dengan dia kan?” teka Minhwan. Dongwoon hanya
tersimpuh malu. “Kau ni! Malu lah aku!” kata Dongwoon. Dia sudah tidak tahu
hendak berkata apa. Minhwan sememangnya sudah mengenalinya. Isi hatinya mudah
saja dibaca oleh Minhwan. Cuma dia saja yang susah untuk memahami apa yang ada
dalam hati Minhwan. “Aku boleh bagi. Tapi kau kena janji dengan aku yang kau
tak akan pernah lukakan hati dia. Kalau tak, aku akan tanam kau hidup-hidup. Aku
dah anggap dia macam adik aku sendiri. Aku sayangkan dia,” kata Minhwan memberi
amaran. “kau tahukan aku jenis yang macam mana. Tak mungkin aku akan sakiti
hati dia. Aku malu nak mengaku tapi aku memang sayangkan dia,” kata Dongwoon
bersungguh-sungguh. Minhwan senang mendengarnya. “Aku percaya kau lelaki yang
baik,” kata Minhwan lagi.
“Betul ke Senior
Dongwoon dah couple?” tanya Tisha tidak berpuas hati. Rian hanya mengangguk.
“Aku dah siasat. Memang sah dia dah couple dengan sorang budak dari sekolah
lama Minhwan. Suzy namanya,” kata Rian lagi. “Sial! Macam mana dorang boleh
kenal?!” bertambah sakit hati Tisha mendengarnya. “Kat party yang suzy anjurkan
sempena sepuluh ribu fans Minhwan,” kata Rian. Tisha segera berlari
meninggalkan Rian. Rian resah dengan sikap Tisha. “Gunung berapi akan meletus!”
kata Rian seorang diri.
“Kenapa kau boleh
terima perempuan lain, tapi bukan dengan aku?” tempik Tisha. “Kenapa ni Tisha
marah-marah?” tanya Dongwoon dengan lembut. “Sudahlah kau jangan berpura-pura
lagi! Aku benci dengan kepura-puraan kau tu. Kau tak nak layan aku, tapi kau
layan perempuan lain. Kau memang jahanam lah!” kata Tisha tanpa mempedulikan
perasaan Dongwoon. “Kan saya dah kata yang saya tak akn pernah cintakan awak.
Tapi awak tak percaya. Sekarang ni saya cintakan perempuan lain. Awak tak ada
hak untuk marahkan saya. Saya bukan siapa-siapa pada awak,” kata Dongwoon.
Bertambah sakit hati Tisha mendengarnya. “How dare you say like that!?” kata
Tisha dengan marah. Tinggi suaranya. “Apa yang berlaku ni?” tanya Minhwan
dengan cemas. “I’m so dare to say that to you! Dah berpuluh kali aku kata yang
aku tak pernah sukakan kau! Tapi kau, kau tetap dengan kata-kata angkuh kau!
Kau fikir kau cantik, so semua orang akan sukakan kau? Sorry sikit! Tak akan
pernah terlintas dalam otak aku untuk cintakan kau!” kata Dongwoon dengan
keras. Perempuan ni bukannya boleh cakap dengan lembut. Makin lembut kita
cakap, makin keras kepala jadinya. “Sampai hati kau kata macam tu kat aku. Kau
tak pernah sikit pun nak jaga hati kau. Apa buruknya aku berbanding dengan
dia?” tanya Tisha sambil mengalirkan air mata. Minhwan tidak pasti apa yang
berlaku sebenarnya. Tapi apa yang dia pasti, dia tidak mahu air mata seorang
perempuan terus mengalir. Segera dia menarik tangan Tisha supaya Tisha pergi
meninggalkan Dongwoon sendirian. “Lepaskanlah!” Tisha melepaskan genggaman
Minhwan dan terus berlari meninggalkan Minhwan.
Tisha masih
mengalirkan air mata. “Bodoh! Aku tak sepatutnya mengalrkan air mata demi
seorang lelaki yang sial tu!” kata Tsha mengutuk dirinya sendiri. Dia berusaha
menahan air mata tu daripada terus mengalir namun gagal. Makin deras air
matanya mengalir. “Kenapa terus mengalir? Tolonglah berhenti!” kata Tisha lagi.
“Mari sini saya hentkan,” kata Minhwan yang muncul secara tba-tiba di hadapan
Tisha. Air mata Tisha dilap menggunakan tangannya. “Hdup kita masih panjang.
Banyak lagi yang boleh kita buat selain bercinta,” kata Minhwan lagi. “kan saya
pernah kata yang setiap perempuan ada kecomelannya yang tersendiri. Dan setiap
lelaki mempunyai pendapat yang berbeza,” kata Minhwan lagi. Tisha masih
menangis. Entah kenapa, kata-kata Minhwan langsung tidak masuk dalam kepala
otaknya.
‘Kenapa hati aku
sakit bila tengok dia menangis? Kenapa hati ni terasa macam nak peluk dia saja
untuk tenteramkan dia? Kenapa aku sakit sedangkan dia yang terluka? Kenapa aku
ingin bahagiakan dia?’ puas Minhwan mencari jawapannya. Kenapa susah sangat nak
cari jawapan bagi persoalan itu? padahal soalan mathematics lagi susah, kena
pakai fomular berbagai. Kenapa dia selalu muncul dalam bayangan aku? Minhwan
akhirnya menjerit sekuat hatinya. “Hoi! Bising lah!” Dongwoon marah. “Sorry!
Aku kejutkan kau ke?” tanya Minhwan sambil mempamerkan senyuman ala-ala kerang
busuk gitu. “Gila! Dah tahu, boleh tanya lagi! Kau kenapa?” tanya Dongwoon. Dia
tahu Minhwan ada masalah. Dia sangat pasti masalah yang dihadapi Minhwan sangat
besar. Kalau tak, takkanlah dia menjerit macam orang gila, kan? “Aku macam ada
masalah ke?” tanya Minhwan. Jari telunjuknya dituju tepat ke arah mukannya.
Muka blur dipamerkan. Dongwoon tergelak besar. “A’ah. Lagi pun kat dahi kau tu
ada tulisan ‘Aku ada masalah besar giler, wei!’. Orang buta pun tahu lah kau
ada masalah! Cuba cerita kat aku. Mana tau aku boleh tolong kau,” kata
Dongwoon. Minhwan hanya tersenyum kecil. “Aku cerita kat kau, tapi kau jangan
bagi tahu orang lain dan jangan sesekali ketawakan aku. Kalau tak aku buat
fitnah kat Suzy yang kau ada minah lain kat belakang dia,” kata Minhwan dalam
nada mengugut. Dongwoon mengangkat kening. Boleh percaya ke? “Aku serius! Tak
main-main tau!” kata Minhwan lagi. Muka serius dipamerkan. “Okey okey! Aku
janji!” kata Dongwoon sambil mengangkat tangannya sebelah kanan.
Setelah selesai
Minhwan menceritakan masalahnya, Minhwan tanya pendapat Dongwoon. “Kawan yang
juga merangkap sepupu aku yang paling bodoh dalam bab cinta, kau dah jatuh
cinta dengan dia. Tu pun kau tak sedar lagi ke? Itu pun takkan aku nak beritahu
kau!” kata Dongwoon. Dia ketawa. Tak sangka prince charming ni bodoh dalam bab
cinta. Minhwan merenung Dongwoon dengan tajam. “Apa?!” Dongwoon tidak berpuas
hati. “Kau dah janjikan tak nak ketawakan aku!” kata Minhwan mengingati janji
yang dimenterai oleh mereka berdua beberapa ketika sebelum Minhwan memulakan
kisah jatuh hatinya. “Oh, ya ke? Sorry, aku lupa,” kata Dongwoon . “So, macam
mana ni?” tanya Minhwan dengan risau. “Macam mana lagi, luahkan sajalah kat
dia,” kata Dongwoon. Senang punya plan apa! Bukan susah pun. Ngadap depan dia
dan kata I love you. Senang je kan. “Kau fikir senang ke?” kata Minhwan.
“Senang je. Lagipun kau bukannya bisu dan dia pun tak pekak,” kata Dongwoon.
“Masalahnya bukan yang tu. Kau tahu kan yang dia tu baru frust cintan cintun
dengan kau. Mana mungkin dia terima aku dengan senang hatinya,” kata Minhwan
meluahkan permasalahan yang bermain dalam fikirannya. “Bukan salah aku, bro!
Okey, macam ni. Kalau straight to the point tak boleh. Kau main belok-belok
sikit. Kau approch dia sedikit demi sedikit. Gerenti dia jatuh cinta punya.
Lagipun kau memang perfect. Cukup perfect untuk penuhi ciri-ciri boyfriend
idamannya,” kata Dongwoon memberi nasihat. Ceh! Orang pro cinta bagi nasihat
tu! Minhwan mendengar segala nasihat Dongwoon dengan begitu khusyuk sekali.
“Siapa yang letak
bunga ni kat atas meja aku?” tanya Tisha dengan suara lantang. Tiadas siapa pun
di dalam kelasnya mengaku. Seorang lelaki mengangkat tangan. Budak nerd. “Kau?!” sergah Tisha. “Bukan.
Bunga tu dari pagi lagi dah ada,” kata Eunhyuk dengan tergagap-gagap. Tisha
menghampiri Eunhyuk. “Kau selalu datang awalkan? Takkanlah kau tak nampak siapa
yang letak?!” jerkah Tisha lagi. Eunhyuk menggeleng laju. Tisha mendengus
kasar. Latas dia membawa bunga itu dan dicampaknya ke dalam tong sampah.
“Menyampah aku!” kata Tisha seorang diri. Keesokan hatiinya pula, satu sampul
surat berwarna hijau diletakkan di atas mejanya. ‘Siapa lah yang gila sekarang
ni!’ bebel Tisha di dalam hatinya. Dengan laju dia meletakkan sampul surat itu
ke dalam mejanya. Malas hendak dibuang. Keesokannya pula, satu sampul surat
berwarna kuning pula di atas mejanya. Dengan selambanya, tanpa membaca dahulu,
Tisha menyelit di dalam buku Sejarah. Kesokannya lagi, sampul surat berwarna
merah di atas meja. Tisha sudah malas mahu naik angin. Membazir tenaga. Sampul
surat itu diletak terus ke dalam begnya. Ketiga-tiga surat tersebut tidak
dibukanya apatah lagi mahu membacanya. Kesokannya, Tisha mengambil keputusan
untuk belajar di sekolah hingga ke petang. Seorang diri dia di dalam kelasnya.
Sunyi sekolah itu tidak seperti pada waktu pagi tadi, yang riuh rendah dengan
suara pelajar dan guru. “Kenapa duduk sorang-sorang kat sini?” tanya Minhwan
mengejutkan Tisha yang sedang khusyuk membaca buku Sejarah. Tisha mengurut
dadanya perlahan-lahan. “Sorry! Awak terkejut ke?” tanya Minhwan. Sedikit risau
kalau-kalau perempuan di hadapannya naik angin. “eh, tak adalah! Cuma berlakon
je,” kata Tisha. Minhwan ketawa kecil. “Sorry! Kenapa awak duduk sorang-sorang
je? Tak balik lagi ke?” tanya Minhwan. “Tak nampak ke? Atau awak ni rabun? Saya
tengah study. Esok kan ada exam,” kata Tisha. “kenapa tak study kat rumah?”
tanya Minhwan lagi. “Nak ambil feel sikit. Nak berkat dari kelas. Tak boleh?
Yang awak dok tanya orang, awak tu kenapa tak balik lagi?” tanya Tisha pula.
“Saja. Malas nak balik rumah sekarang. Lagipun kat rumah membosankan,” kata
Minhwan. Minhwan membuang pandangan ke luar tingkap. “Awak lama lagi tak?”
tanya Minhwan tiba-tiba. Tisha hanya mengangguk. “Kalau macam tu, saya pergi
ambil beg saya kat kelas kejap. Jangan tinggalkkan saya tau!” kata Minhwan yang
sudah pun tiba di pintu kelas Tisha. Tisha tidak menjawab. Beberapa seketika,
Minhwan sudah pun muncul dengan begnya. “Saya nak lepak kat sini. Awak terus
study ye. Kalau dah nak balik, panggil saya,” kata Minhwan memberi peringatan.
Tisha terus saja membaca. Minhwan membawa diri ke tepi tingkap. Dia duduk di
tingkap. Seklai tersilap langkah, pasti dia jatuh tersembam ke bawah tanah.
Sedang Tisha menyelak buku Sejarahnya ke halaman yang lain, dia terjumpa sampul
surat berwarna kuning. Tanpa berlengah, Tisha membukanya. Dibaca segala isi di
dalamnya.
Bila lihat kau menangis, sakitnya hati aku. Aku tanya Dongwoon pasal ni, tapi dia ketawakan aku. Dia kata aku bodoh. Gila! Ranking aku tak pernah jatuh tercorot. Steady je! Sekali lagi aku kena bodoh dengan dia. Dia bukan kata aku bodoh dari sege pelajaran, tapi dari segi cinta. Tanpa aku sedar yang aku dah jatuh cinta pada kau. Itu kata dia. Aku ncuba fikirkannya. Ah! Naik gila aku dibuatnya. Aku sudah jadi gila. Ini semua gara-gara kau lah! Kaulah yang membuatkan aku tak boleh duduk diam. Dada aku macam nak meletup bila terserempak dengan kau. Apakah ini dinamakan cinta?
Tak ditulis nama
penulisnya. Namun, Tisha dapat mengagak siapakah dia. Baris pertama surat itu
pun dia sudah mengagak siapakah dia. Lantas Tisha mencari sampul surat berwarna
hijau di dalam mejanya.
Pertama kali aku menjejak kaki ke sekolah ini, macam-macam cerita yang kurang enak pasal kau aku dengar. Cerewek lah, suka menengking orang lah dan macam-macam lagi yang aku dengar. Bila pertama kali aku melihat raut wajah kau, cantuk. Tapi kenapa kau macam tu? You must be lonely right? Samalah kita. Tapi itu bukannya cara kita melepaskan segala kesunyian dengan memaki orang berbagai. Kita sepatutnya buat lebih ramai kawan. Tengok macam aku ni. Siap ada fans club lagi. So, kalau aku bosan, aku bagi free date kat fans aku yang paling bertuah. Aku anggap fans aku tu kawan aku. Kau bayangkan betapa ramainya kawan aku? Kau ada?
Tersenyum Tisha
membaca ayat terakhir. Sah! Memang mamat ni. Walaupun kau tak tulis nama, aku
dapat tangkap siapa yang tulis. Kemudia dia mengorek begnya mencari surat
berwarna merah.
Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku dan kaulah yang paling bertuah kerana kau akan menjadi satu-satunya yang akan mendengar ayat keramat yang belum pernah aku ucapkan pada mana-mana perempuan dalam dunia ni melainkan ibu aku dan nenek aku je. Sebab setiap kali aku jumpa mereka, aku selalu ucap perkataan tu. Dan kau akan dengar aku ucap perkataan tu setiap hari di telinga kau. Itu pun kalau kau setuju la. Kalau tak setuju, aku buat kau setuju. Eh, salah! Aku akan ucap juga setiap hari. Ada aku kisah. Aku cuma ingin luahkan yang aku ........
“Tulis surat pun
tak habiskan ayat. Benci betul aku!” kata Tisha dengan kuat. Minhwan yang dari
tadi hanya mengelamun jauh, memandang Tisha. Ditangan Tisha ada surat yang dia
tulis. Minhwan tersengih. Segera dia mendekati Tisha dan duduk betul-betul
dihadapan Tisha. “Kau nak dengar ke apa ayat yang seterusnya?” tanya Minhwan.
Tisha tidak menjawab. Namun Minhwan dapat membacanya. Jelas terpancar di mata
Tisha. Minhwan mendekatkan mukanya ke telinga Tisha. “Kau cantik dan aku jatuh
cinta pada kau. I love you,” bisik Minhwan kemudian dia mencium pipi Tisha.
Tisha terkejut. Minhwan kembali duduk dihadapan Tisha. Bulat mata Tisha.
Minhwan hanya tersenyum. “Jomlah balik!” kata Tisha. Tangannya pantas mengemas
mejanya yang agak bersepah.
“Jomlah aku
hantar kau balik. Rumah kau dekat mana?” tanya Minhwan. Tisha tidak membalas.
Minhwan tersenyum sumbing. ‘Takkanlah masih terkejut kot?’ kata Minhwan di
dalam hatinya. Minhwan hanya mengikut jejak langkah Tisha. Kalau dia belok, dia
pun belok. Tiba-tiba Tisha berhenti di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat.
Besar giler! Minhwan berdiri betul-betul di sebelah kanan Tisha. Tisha menarik
tangan Minhwan untuk masuk ke dalam rumah itu. minhwan hanya mengikut.
“Minum lah,”
jemput Tisha. Minhwan hanya mengikut saja. Tisha asyik merenung wajah Minhwan
menyebabkan Minhwan sedikit malu. “Kenapa pandang macam tu?” tanya Minhwan
akhirnya. “Awak ada ramai peminat. Keliling dunia ada kan? Kenapa awak tak
pilih salah sorang dari mereka?” tanya Tisha. “Kalau saya pilih dorang, jangan
harap awak nak tengok muka saya kat sini. Mungkin kita tak akan berjumpa.
Walaupun saya anggap fans saya tu kawan, tapi kadang-kadang dorang tu merimaskan.
Dulu, disebabkan saya ni famous, jawatan-jawatan tinggi semua dorang serahkan
pada saya. Giler banyak tanggungjawab yang berat dorang serahkan macam tu saja
pada saya. Dengan rela hati pulak tu. Lagipun saya tak nak bercinta dengan
peminat saya. Nanti mesti salah sorang dari mereka akan cemburu buta dan dorang
akan bergaduh. Saya cuba elakkan seratus-peratus,” kata Minhwan panjang lebar.
“Macam mana awak tahu yang saya ni bukan fans awak?” tanya Tisha. “Senang je.
Saya suruh Suzy cari nama awak dan nama samaran yang awak selalu guna kat fans
club saya. Tak ada. Semua budak perempuan sekolah kita, semuanya dah berdaftar
jadi fans yang rasmi. Termasuklah kawan-kwan awak. Tapi awak tak. Lagipun cara
awak tu pun saya dah tahu,” kata Minhwan. Dia kembali meneguk air. “Siapa Suzy
tu?” tanya Tisha. “Pengerusi fans club saya lah. Kawan baik saya. Adik saya.
Girlfriend saya. Eh, salah cakap! Bukan girlfriend saya tapi girlfriend
Dongwoon,” kata Minhwan membetulkan apa yang salah. Muka Tisha sudah berubah
bila Minhwan menyebut girlfriend saya. “Okeylah, saya nak balik dulu. Dah malam
ni,” kata Minhwan meminta izin untuk pulang ke rumah. Minhwan mengeluarkan
sesuatu dari begnya. CD case? “Dengarlah lagu dalam ni. Satu tu saja buat dan
lagi satu saya nyanyi sendiri. Dengar! Jangan dibuang macam awak buang bunga
hari tu,” kata Minhwan kemudian meninggalkan Tisha.
This Song(2AM)
dan Hatiku. Tisha mendengarnya. Meleleh air mata Tisha dibuatnya. Nyanyian
minhwan membuatkan lagu itu menusuk ke dalam kalbunya. Lirik yang sunggu
bermakna. Tisha tahu harus berbuat apa. “Terima kasih kerana hadir dalam hidup
aku,” kata Tisha. “Kau menangis ke Tisha?” tanya Minhwan. Kedengaran ketawa
Tisha. “Menusuk kalbu. Aku tak tahan dengar nyanyian kau,” kata Tisha. Giliran
Minhwan pula ketawa. “Macam tu pun boleh? Hebat sangatkah aku nyanyi?” tanya
Minhwan. “Daebakkkk!!! Hehe ..” kata Tisha. “Tak sangka pulak aku. Tu first
time, tau tak?” kata Minhwan. “Takkkk... tak tahu pun!” kata Tisha. Minhwan
ketawa mendengar balasan Tisha. “Kenapa kau tak tidur lagi?” tanya Minhwan.
“Nak tidurlah ni,” balas Tisha. “Tisha, sebelum tu, aku nak dengar jawapan kau.
Kau sudi tak jadi girlfriend aku?” tanya Minhwan. Tergagap sikit. Tisha ketawa
kecil. “Kau rasa aku ni sanggup ke nak layan kau malam-malam macam ni sebab
saja-saja? Tolonglah fikir! Okeylah bye! Goodnight and sweet dreams!” kata
Tisha mematikan talian. Tidak lama selepas itu, Tisha mendapat satu mesej. Dari
Minhwan.
Kau cantik dan aku jatuh cinta pada kau. I love you. Goodnight dan mimpi pasal aku tau!
Minhwan
menghantar pesanan yang mampu menggeletek hatinya. Ngada-ngadalah Minhwan ni!
Kata Tisha di dalam hatinya.
>>>> the END <<<<